Disebalik penjenamaan diri 'Kak Ina'


Selasa, Jun 29, 2021

    Jika dulu, saya bahasakan diri dengan kata ganti nama 'saya'. Tapi kali ini, saya nak pembaharuan sedikit. Anda boleh panggil 'Kak Ina'. Rasanya Kak Ina lebih dekat dihati. Lebih orang ingat. Terima kasih tak terhingga kepada prospek dan juga client kerana mereka lah yang asyik panggil nama Kak Ina.


disebalik penjenamaan nama Kak Ina
Penjenamaan diri 'Kak Ina'


    Kisahnya, ada seorang prospek masa tu. Kak Ina pitching ( sesi temuduga ) secara dalam telefon. Iaitu prospek menelefon secara spontan dan bertanyakan mengenai servis ghostwriter. Buat pengetahuan anda, prospek ni seorang founder Institusi swasta. Jadual kerja nya mesti lah sibuk. Jadi, dia terus call Kak Ina.


    "Assalamualaikum, saya Tuan xxxxxxx dapat nombor awak dari seorang rakan. Katanya awak ghostwriter ya?  soal dia.


    "Wa'alaikummussalam. Ya, memang betul tuan. Saya Azlina , ghostwriter sepenuh masa."  bagaikan ingin luruh jantung, apabila seorang lelaki di hujung talian menyoal.


    "Alhamdulillah. Memang betul awak ada buat buku yer? berapa buku yang dah awak terbitkan ni?" bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut seorang prospek. 


    "Setakat ini, saya sudah hasilkan 2 buah buku. Iaitu novel dan sebuah lagi buku antologi."  Terketar-ketar Kak Ina menyusun ayat bagi menjawab pertanyaan prospek.


    "Wah, bagus. Awak ni ghostwriter, memang minat menulis ker? Saya nak panggil Kak Ina boleh? Walaupun saya ni dah tua daripada awak. Bagi saya, panggil Kak Ina sedap sikit." Jelas prospek ini seorang yang penuh teliti untuk memilih ghostwriter bagi menulis bukunya.

 

    "Ya, saya memang minat menulis. Saya bermula menulis sebagai seorang blogger pada tahun 2016. Kak Ina menulis artikel untuk produk-produk ahli perniagaan kadangkala menulis content di social media sendiri tanpa gagal setiap hari. Mengenai nama panggilan, takpe tuan. Kak Ina tak kisah, janji tuan bahagia."  Kami sama-sama ketawa di hujung talian seperti sahabat baik.



        Begitulah, asal usul nama Kak Ina tercipta. Sebelum ni, dah ada rakan-rakan lain memanggil dengan nama gelaran Kak Ina. Cuma masa tu, mungkin hati belum terbuka untuk menerimanya. Ya lah, perempuan paling marah jika ada individu lain memanggilnya dengan pangkal nama KAK walaupun si pemanggil sendiri menjangkau usia 5 series. Ehhehe, mesti rasa seperti tercekik tulang ayam kan? Jika ini berlaku. 



        Hari berganti hari, bulan bertukar bulan seterusnya terpaksa telan juga. Walau sakit, tapi Kak Ina terima dengan hati terbuka. Kak Ina kasi anda muda lah senang. Lagipun, takkan disebabkan panggilan nama boleh bermasam muka kan? Kak Ina dah pun berusia 34 tahun. Anak 4 orang dah. Jadi, Kak Ina redha. Kak Ina bahagia macam ni. Jangan bermusuh, jangan berdendam hati pun tenang. Paling best, bila tak fikir masalah kecil macam ni. Kurang nampak muka tu berkedut. Lagi satu, rezeki pun mudah masuk. Sentiasa positif orangnya.

 

 

Jika nak tahu, penjenamaan diri ni penting. Bagus untuk market kan diri anda. Buat orang rasa dekat dengan anda seterusnya buat orang selesa ketika berurusan dengan diri anda. Bila orang selesa, mudah nak close deal sebarang job.



    Justeru itu, anda dah tahu kan rahsia di sebalik nama Kak Ina. Ini  boleh di panggil juga penjenamaan diri Kak Ina juga. Alhamdulillah. Apa pula nama untuk personal branding anda? meh komen, nak tengok. 




    

    

Disebalik penjenamaan diri 'Kak Ina' Disebalik penjenamaan diri 'Kak Ina' Reviewed by azlina ina on Selasa, Jun 29, 2021 Rating: 5

2 ulasan:

  1. Owh macam tu kisahnya
    tapi itulah panggilan Kak Ina tu dekat dengan orang.
    bagus lah.
    macam Hans memang pakai Hans...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yea. Itulah, baru sekarang nak branding ni.

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.