Sejuk selepas subuh ni lah punca kita menarik selimut kembali. Demi janji semalam, Kak Ina nak lunaskan juga ada entri sambungan 'Sakit dada dan mudah penat' . Ini adalah kesinambungan kepada cerita semalam. Kak Ina positif mengandung.


sakit dada dan mudah penat


 

    Alhamdulillah, segala puji bagi allah. Allah izinkan lagi Kak Ina mengandung kali ke-5  pada usia  34 tahun. Hari seterusnya Kak Ina repeat checkup ke klinik Wyko, pakar hospital bersalin di Kuantan. Pagi jumaat, lebih kurang jam 11.00 pagi ada disana bersama suami.

 

    "Kenapa datang sini. Ada masalah kandungan apa?" tanya seorang doktor lelaki berbangsa cina kepada aku.  Lembut tutur katanya, dan Bahasa Malaysia nya cemerlang. Fasih sekali berbahasa. Ini salah satu sebab Kak Ina suka ke sini. 

 

    "Saya dah check semalam, di klinik berlainan. Katanya saya pregnant. Dalam masa yang sama, saya takde langsung simptom mengandung." Luan aku yang semakin risau.

 

    "Okay, kita scan terus." Mengajak aku terus naik ke katil untuk di scan rahim. 

 

    "Saya tengok kat sini, memang betul. Ada kantung. Tapi masih kecil lagi. Baru nak menjadi ni." Terang doktor sambil menekan-nekan rahim ku dengan alat scan. 

 

    "Memang betul lah ya. Saya ingatkan UPT tu invalid. Lagi pun, check semalam dah tengah hari."  Masih tidak berpuashati dengan jawapan doktor tadi.


    "Betul. Mesin scan saya tak pernah tipu. U memang positif. Kenapa? Tak mahu ker ada baby?" berkerut dahi doktor tersebut.


    "Err, saya ni bukan apa doktor. Saya ada komplikasi semasa mengandung. Saya dah tak larat lagi nak mengandung. Keluh saya depan doktor, di temani oleh suami.


    "Okaylah kalau macam tu, saya akan berikan alamat klinik ni untuk awak pergi sana." Sambil laju tangan  doktor tadi, menulis alamat di atas kertas scan tadi. 


    "Terima kasih doktor." Aku mengangkat punggung dari kerusi empuk yang di sediakan klinik tersebut. 


+++++++++


    Kami pulang ke rumah, untuk makan tengah hari dan solat. Anak-anak di tinggalkan di rumah mak, bagi melancarkan urusan kami di hari jumaat. Manakala, makan tengah hari kami bungkus sahaja.


    Jam 2 petang, kami tiba di alamat yang diberikan oleh doktor tersebut. Setelah nama di daftar di kaunter klinik tersebut, 5 minit kemudian giliran nama di panggil.


    "Nor Azlina, masuk bilik doktor sekarang ya." Perempuan sedikit gempal, berbangsa india mengarahkan aku masuk ke bilik doktor.

 

    "Dik, awak dah kahwin ke belum?" Sergah seorang doktor lelaki berbangsa cina. Wajah tuanya serius bertanyakan soalan.


    "Mestilah dah kahwin. Ni kandungan ke-5." Balas saya pendek.


    "Jadi apa masalah, tak mahu baby?" soal doktor lagi, sambil di sebelah nya kelihatan seorang wanita yang lebih kurang sama umurnya.


    "Macam ni, saya ada komplikasi semasa mengandung. Saya akan bleeding setiap kali mengandung, walhal bukan uri di bawah. Jadinya, saya tak nak ambil risiko untuk mengandung kali ini." Jelas aku panjang lebar.

 

    "Okay, kalau macam ni. Saya scan awak sekejap, sebab nak tengok keadaan kandungan awak dulu." Tangan nya menunjukkan katil dan tempat untuk scan kandungan.

 

    "Teruskan doktor." Aku berjalan kearah katil yang di tunjukkan itu.


Aku membaringkan badan di katil scan.


    "Saya tengok ni, kandungan kamu macam ada kantung kosong sahaja. Belum ada janin, tapi ikutkan kiraan sepatutnya sudah ada hearbeat." Doktor menjelaskan keadaan sebenar.

 

    "Ha, ye ke?" Aku seolah terkejut, dalam masa yang sama betul lah firasat aku. Rasa macam kandungan kali ini tidak sempurna.

 

    "Betul, kantung kosong. Jadi, memang kena buang lah. Tak boleh simpan. Merbahaya untuk rahim awak.

 

    Temujanji di buat. 13.7.2021 adalah tarikh untuk proses cuci ( d&C ) rahimku.  Semoga dipermudahkan urusan esok. Berdebar pula rasa, pertama kali kena buat rawatan menggugurkan janin. Kata doktor, hanya segumpal  darah. Belum cukup sifat.