Personal Facebook

https://www.facebook.com/ina.norazlina/
     Sering teringat pesanan sifu. Katanya nak berjaya, tidak boleh selesa. Dah pernah berjaya, tidak boleh hanya setakat duduk dan goyang kaki menunggu 'sales masuk'. Itu salah! walau bagaimananapun, kerja-kerja marketing mesti dibuat setiap hari bahkan setiap masa jika ingin capai target setiap bulan. Dengar pun gerun kan? dengar macam serabut pula. Tetapi, jika anda minat dengan apa yang di buat itu, tidak mustahil ianya mudah pada anda, bahkan anda excited setiap hari untuk melakukan.
 
 
 
    Teringat dulu-dulu sewaktu kemunculan aku dalam bidang ghostwriter. Satu job menulis pun takde. Nasib baik aku bukanlah jenis berputus asa. Aku usaha jer setiap hari sampai jadi. Nak meminta job pada rakan-rakan ghostwriter, itu bukan aku. Aku sejenis yang egonya tinggi. Apa-apa yang aku inginkan, aku mencuba sendiri.  Di samping itu, allah tempat aku mengadu segala masalahku.
 
 
     
    Usahakan memasuki kelas mana-mana yang berbayar demi dahagakan ilmu. Pernah aku mendaftarkan diri kelas mencecah hampir 4 angka untuk 2 hari. Berasap otak ku masa tu, kelas sampai malam. Masya allah, tak sia-sia. Dengan kelas tersebut aku mahir menulis copywriting, sehingga waktu ini aku di gelar copywriter oleh client. Namun aku tidak lah fokus sebagai copywriter. Aku menerima semua kerja penulisan lain juga seperti artikel, menulis content social media dan  menulis ebook.
 
 

Job menulis kecil

 
Aku ambil sahaja job menulis kecil-kecilan. Dari copywriting, kemudian artikel, menulis content dan social media pula. Pernah client tidak percayakan servis penulisan ku, semua sample penulisan dia minta. Proses close tu jadi panjang, nampak tak disitu? sepatutnya jika yang serius, waktu close deal boleh berlaku dalam 5 minit paling cepat dan sehari juga. Prospek ini datangnya daripada LinkedIn, seorang wanita. Fuh! masa ni aku reda je. Sebab dalam doa, sering aku selitkan begini "Ya allah, hadirkan client yang baik-baik sahaja, jika tidak jauhkan". Ya, memang betul. Dengan izin allah, prospek tu dah tidak mencari aku lagi. Syukur! 

    Dalam masa yang sama juga, aku banyakkan jenis penulisan aku di platform LinkedIn. Daripada storytelling, penulisan artikel dalam pelbagai niche dan segala berkenaan kerja menulis aku. 

 
    Pernah menerima, 1 artikel jer walau bayaran tidaklah mahal. Kadang kala, prospek ingin test kita sebenarnya. Dan paling mencabar menulis artikel dalam niche teknologi.  Dan 1 Copywriting. Namun, bukan itu masalah. Sebab niat memang ingin membantu client dengan menulis buat mereka. Aku seronok menulis, tak kisah  job kecil ke job besar. Aku layan client sama rata. Takde kurang. Kerana mereka lah aku semakin mahir menulis dalam pelbagai niche.

 
 

Allah hadirkan hujan sebelum pelangi 

 
 
    Masya Allah, dari sini lah datang satu persatu job menulis. Masa ni memang manis memorinya. Tetapi di sebalik kisah-kisah bahagia mendapat job menulis yang banyak. Allah juga datangkan ujian terlebih dahulu sebelum menerima rezeki ini. 


 
Tangan melecur teruk dek periuk tekanan meletup, keguguran 2 kali lakukan proses d&c dalam bulan yang sama, emosi tidak menentu sepanjang keguguran sehingga perlukan berjumpa ustaz untuk pulihkan semangat, dan menjadi suspek Covid19
 
 
 
    Masya allah, tabarakallah. Allah sayang aku. Aku kembali bangkit selepas episod keguguran yang menjadikan aku beremosi. Aku paksa diri untuk bangun malam, iaitu mengadu pada allah tanpa putus. Memang lah rasa malas, bila fikirkan di atas dunia ni tempat persinggahan sahaja. Aku kembali bangkit demi diri sendiri, tidak mahu menyusahkan suami.  Lagi pun aku sudah berjanji pada diri, bahawa aku mempunyai banyak komitmen perlu di penuhi. Semuanya jalan menuju akhirat kelak. 

 

Testimoni daripada client, yang menggunakan servis menulis artikel bagi siaran di website nya.
 
 
 
penulis artikel bahasa melayu
testimoni menulis artikel

 



     Tabarakallah, aku bangkit sebab aku reda dengan ujian-ujian berat yang allah datangkan kepadaku. Juga atas izin allah juga.  Aku tidak lagi menyalahkan diri sendiri lagi. Semuanya ketentuan allah untuk menaikkan darjat aku sebagai seorang hamba allah supaya aku tak leka dengan duniawi. 
 
 
Sepanjang aku keguguran, selama sebulan aku tiada job. Ada job yang masuk, cuma emosi masih tidak stabil ketika itu. Aku luangkan masa dengan melanggan 'netflix' sebagai hiburan. Sampai satu masa, hati di ketuk allah. Sampai bila nak jadi macam ni? takkan nak tinggalkan dunia ghostwriter. Aku ada komitmen lain juga iaitu duit mak abah kena beri setiap bulan.

 
 
      Sering minta pada Allah supaya di berikan kesihatan mental dan fizikal yang baik. Tabarakallah.. Begitulah kisah aku sebagai ghostwriter. Tiada benda mudah dalam kehidupan ini, demi secangkir kejayaan. Mesti ada ujian daripada allah. 
 
 
 
    Mengenai kejayaan pula, jangan berada dalam keadaan terkenang-kenang kisah berjaya yang lalu. Oleh sebab, sikap terkenang-kenang kisah kejayaan lalu membuatkan  menjadi malas berusaha lebih. Mindset kita perlu di ubah. Jangan selesa sangat. Maksudnya, cipta kembali kejayaan yang baru untuk terus konsisten. 
 
 
 
 
Instagram : azlina6861

1 Ulasan

Catat Ulasan