Idea VIRAL di TikTok

    TikTok adalah satu platform yang paling cepat untuk VIRAL kerana ia berbentuk video pendek. Jadi, jika salah penggunaannya, memang memakan diri sendiri. Ianya juga mudah VIRAL kerana satu-satunya  platform untuk membuat storytelling iaitu bercerita. Sebab itu jika satu video itu mempunyai emosi marah, takut, sedih, gembira dan kecewa sangat mudah banyak views iaitu engagement yang tinggi.

 

 

idea-viral-tiktok

 


    Seperti aku sendiri, selain blog tempat aku bercerita. Aku juga jadikan TikTok sebagai platform untuk aku bercerita. Ya, hobi aku juga suka bercerita selain menulis setiap hari di social media untuk diri sendiri dan juga client. Di rumah ini pun, setiap malam mesti aku ada cerita untuk anak-anak sebelum mereka masuk tidur ke bilik masing-masing.  Sekarang aku sudah temui tempat bercerita iaitu dalam bentuk video pula. 


    Masya allah, apa yang aku lakukan ini suami langsung tidak menghalang. Lagi pun, suami faham aku  jenis yang suka bercerita. Aku tahu mana buruk baik dalam melakukan content di TikTok. Sehinggakan suami sendiri dah tak larat mendengar aku bercerita. Ya lah, perempuan dengan pendirian dia kan? mesti nak menang punya setiap kali perbualan. Hahahah~


    Sebenarnya content di TikTok aku tidak fikirkan langsung mengenai sales. Apa yang aku tahu, aku nak 'memberi ilmu' kepada pengguna di sana. Selain ilmu, aku juga bercerita pengalaman aku disana. Pada awalnya amat sukar membina content jenis video ( sebab aku introvert ). Tapi aku niatkan  sahaja nak memberi. Lagi pun, bila dah banyak memberi ilmu dan bercerita terasa sangat lega. Terlalu banyak pengalaman hidup aku perlu bercerita, asalkan ianya tidak membuka aib aku dan orang sekeliling. 


Cabaran di TikTok

 

    Yang best, apabila video TikTok korang dah VIRAL. Video sudah mencecah ratusan ribu. Video-video lain juga akan naik laju. Di sini, korang kena bersedia menerima segala komen netizen. Ada yang suka komen negatif. Tapi aku percaya, netizen yang komen di Video TikTok aku semuanya yang baik-baik. Sebab content aku bercerita semuanya mengenai diri sendiri dan pengalaman. Jadi aku tiada content buat reaction pun. 


Jangan Sombong bila di TikTok


Korang jangan sombong bila berada di Tiktok. Sila lah berkawan ( dah namanya pun social media, mesti berkawan). Korang rajinkan diri untuk komen dan Liked di status video orang lain juga. Perkara ini tiada paksaan langsung. Jika korang sukakan content tersebut, like atau komen.

    Tapi bagi aku sukakan komen di status rakan lain, dari sini pun boleh dapat engagement sebenarnya. Jika rezeki korang, TikTokers akan reply komen korang dengan Video TikTok mereka. 


Perbanyakkan Content di TikTok


Sebaiknya perbanyakkan content di TikTok korang. Jika content tiada dan tidak berupdate, orang juga tidak mahu tekan butang 'Follow'.


    Content jika boleh pelbagaikan. Tapi jika berbisnes tetapkan niche. Dan nak buat content, pastikan content sendiri dan bukanlah content di Youtube atau content orang lain. 


Engagement di TikTok


    Biasanya content relate dengan orang sekeliling akan cepat grow akaun TikTok. Maksudnya buat content mengikut audien, Insha Allah. Sekejap je views bertambah. Bila views bertambah, orang yang sukakakn video TikTok anda itu akan automatik FOLLOW anda. Ini yang di mahukan. 


    Engagement macam ni, engagement organik. Tidak perlu paksa orang untuk menonton video anda. Tidak perlu juga join group support. Bukan lah sombong, tapi ada betulnya. Jika sekadar group support each other. Pun tidak membantu, sebab mereka bukan target content anda. Ingat ye, manusia akan LIKE dan KOMEN jika video tersebut ada kena mengena dengan dia atau pun dia minat content macam tu. 

 

 

 

idea viral di TikTok

 

 

 

 


    Baca artikel ini juga : Cara Naikkan Engagement di TikTok 

 

    Perlu di ketahui, Keyword di TikTok ialah EMOSI. Jadi gunakan juga emosi dalam setiap Video TikTok anda. Yang mana mempunyai kemahiran seperti Design, menjahit, memasak, transition dan lain-lain, boleh lah tunjukkan kemahiran anda dengan memberi tips di sana.  Anda memberi, maka dapat lah anda Views dan engagement yang cantik.

type='text/javascript'>