Beberapa hari lepas, ada seorang rakan ghost writer ku mengadu mengenai kerja ghostwriting. Katanya lagi, sukar untuk mendapatkan job selaku ghost writer. Tambahan lagi, dunia ghost writer seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ya, itu aku tak nafikan lagi. Persaingan memang sengit, persaingan sihat orang cakap.  Tetapi yang boleh membezakan anda dengan ghost writer lain adalah dengan pengalaman dan sijil pengiktirafan. Tidak lupa juga personal branding yang kukuh. 




Dulu masa zaman sekolah, fikiran tak terbuka lagi. Tak fikir langsung mengenai masa depan untuk kerjaya.


    Kakak aku selalu paksa, paksa aku aktif dalam badan beruniform. Katanya lagi, nak dapat kerja mudah apabila habis sekolah nanti. Tapi aku malas. Tak percaya. Ya lah. Rasa selesa tuu. Itu yang takde impian. 

 

 

Sebagai inividu yang mengambil upah menulis Ghostwriter, Sijil amatlah penting dalam bisnes yang kita sediakan. Tanpa SIJIL begini, maka kuranglah yakin prospek untuk menggunakan servis.

 

 

 


    Berbalik kepada cerita asal..
Bila dah dewasa dan berkeluarga barulah matang. Jauh berfikiran, bukan setakat luar kotak. Setiap inci kotak aku berfikir.


    Dan, aku pun masuk lah kelas berbayar yang di minati. Guna duit sendiri jer, sebab tak suka menyusahkan suami walaupun mempunyai seorang suami. 


    Alangkan lesen memandu, aku gunakan duit sendiri. Sebab yang pertama dulu, guna duit suami terus 'fail dalam ujian komputer'. Aku bukanlah nak burukkan suami, tapi dapat BEZA bila menggunakan duit hasil sendiri dengan duit suami. Semangat tu lain macam lah.
Tetapi betul lah, di zaman digital ni. Kita perlu ke depan lagi. Macam mana
hebat pun servis dan produk yang kita jual perlu ada sijil. 


    Jangan tak tahu, bisnes servis pun perlukan sijil untuk menyakinkan prospek untuk pilih awak sebagai individu yang dipercayai dalam sesuatu GHOSTWRITING selain pengalaman. 

 

Baca artikel lain : 9 Kaedah Pitching Client Tanpa Perlu Pitching


Hampir terlupa, aku sebenarnya merupakan salah seorang alumni Sekolah Penulisan Ramadan. Kelas ni mengajar aku menulis manuskrip dan semua berkenaan dunia penulisan. Daripada aku KOSONG mengenai manuskrip, sekarang dah tahu. Seronok rupanya menulis manuskrip. 


    Manuskrip tu adalah bahan bertulis untuk di jadikan sebuah naskah buku. Ada pelbagai jenis manuskrip iaitu mengenai kisah hidup, Travelog, biografi, memoir dan buku. Dan, Masya Allah tabarakallah daripada kelas ini lah aku berani mengambil upah manuskrip pada tahun lepas. 


    Itu jer lah pengalaman aku sebagai ghostwriter dalam menulis manuskrip. Jika di beri pilihan, aku suka menulis buku jenis panduan dan tutorial. Sebab manuskrip jenis kisah hidup agak renyah ( temubual, transkrip, menulis, editing cerita ). Maklumlah, kena sentiasa berhubung dengan client untuk mendapatkan maklumat. Jika client VIP atau VVIP masa mereka agak terhad untuk kita 'catch up' dateline. 

 

    Selain daripada memiliki sijil Sekolah Penulisan Ramadan, aku turut memasuki kelas marketing Sifubad ( 2comma Tribe iaitu marketing dan Copywriting ) tapi sekarang kelas ni di upgrade kepada kelas yang bernilai RM 5000. Lain-lain kelas anekdot, ebook, storytelling, dan  Pengurusan Media Social. 



Pengalaman Di reject sebagai Ghost writer


Nak berjaya, kita perlu melalui prosesnya. Ya, aku melalui proses yang sangat teruk. Aku bermula sebagai ghostwriter yang hanya memiliki asas kelas ghost writer sahaja. Masa tu, aku masih blur. Apa lah servis nak open ni. Jadinya, aku hanya open servis menulis artikel sahaja masa tu. Sebab aku pun berasal daripada blogger. Makanya, asas penulisan artikel aku sudah mahir menulis. Dari artikel 500 ke 1000 patah perkataan. SEO dan tanpa SEO pun aku mahir menulis. 


Tetapi nak di jadikan cerita, servis yang aku buka tu takde masuk job. Banyak copywriting, sebulan 50 copywriting aku keluarkan masa tu. Entahlah, aku pun tak percaya apa lah orang yang suka dengan copywriting aku tu.


Ramai juga yang berminat dengan servis ghostwriter masa tu, tapi tak boleh close. Sebab masih baru, orang pun tidak kenal. Connection di LinkedIn pun 20 orang sahaja. Tapi lama-lama sehingga ke hari ini connection di LinkedIn sudah mencecah 484. Fuh! susah nak buat orang percaya kita, jika tidak dengan personal branding.
    

Cerita hujung minggu ini untuk aku BANGKIT pada hari  ISNIN. 

 

 Dunia penulisan atau bidang kreatif lebih mengutamakan portfolio juga berbanding sijil akademik. Pada awal pembabitan aku dalam dunia penulisan, sedih lah juga berpuluh kali kena reject. Portfolio tak kukuh, pengalaman menulis takde. Tapi percaya lah, sekali portfolio kukuh dengan mudah prospek nampak kita. Begitulah, walau ianya menyakitkan..

 

    Sebagai ghost writer juga, aku percaya jika tidak memiliki sijil amat sukar untuk mendapatkan job ghostwriting. Ya lah, dengan sijil ini juga menandakan kita tahu lakukan kerja  ghostwriting menulis manuskrip.  Selain pengalaman menulis, sijil juga penting selaku individu yang menawarkan servis penulisan. Maka, dua perkara ini amatlah penting. Tiada salah satu, amat sukar prospek menerima anda sebagai Ghost Writer , iaitu mereka yang mengambil upah menulis. 

 

 

 

 

FACEBOOK :  https://www.facebook.com/ina.norazlina

PAGE            :  https://www.facebook.com/AzlinaGhostwriter

LINKEDIN   :  https://www.linkedin.com/in/nor-azlina-mohd-ali-5469511a7/

TIKTOK        : https://www.tiktok.com/@norazlinaghostwriter

WHATSAPP klik sebelah   : 0189107161

 

 

 

6 Ulasan

  1. Saya baru nak join copywriting class 22hb nanti. Thanks share link class haritu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Err, copywriting dan Ghost writing lain. Copywriting adalah ayat menjual atau ayat memujuk hati prospek supaya membeli.

      Manakala, kelas ghostwriter ialah kelas penulisan untuk menjadi seorang ghostwriter. Harap Puan Ammi dapat bezakan antara 2 perkara ini.

      Padam
  2. Waaa.. betul tu. zaman la ni utk bezakan kita semuanya sijil Macam sijil vaksin. Eh. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak nak ada sijil pun takpe, jika tidak serius dalam bidang tu. Vaksin pun nak bukti sekarang ni.

      Padam
  3. Apa yang bezakan kita dengan orang lain selain bakat adalah sijil, pangkat, ilmu.. hihiih all the best ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika awak dalam bidang Freelance, memang kena ada ni semua. Ia di panggil portfolio. Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Harap komen ini jelas. Semoga awak pun berjaya dalam bidang blogger.

      Padam

Catat Ulasan