Belum berlaku lagi, JANGAN CERITA!

 
    Orang tua-tua cakap, apa sahaja benda yang masih belum berlaku jangan cerita. Jangan gatal mulut pergi bercerita kepada orang lain, melainkan ianya sudah berlaku kepada anda. Itu tak apa lah nak canang satu dunia pun tak apa. Tetapi jika ianya tidak berlaku? tidak kah anda merasa malu? entah mana lah nak simpan muka ni. 

 

 

ghostwriter jangan cerita

 

 

Ceritanya begini, pada bulan Disember 2021 yang lepas. Aku mendapat perkhabaran bahawa, suami ku akan di tukarkan sementara ke luar Negeri atas urusan kerja. Luar Negeri yea, bukan luar negara, hahaha. Kang ada pula yang salah tafsir. 


    Suami akan di tukarkan ke luar Negeri dan bakal meninggalkan kami 4 beranak. Ha, sedih kan? lebih menyedihkan lagi, aku tidak boleh ikut serta. Katanya suami, boss tidak izinkan keluarga mengikuti sebab rumah sewa itu di kongsikan bersama staff lain. Sedih lah memikirkan, dengan suami yang bakal kena tukar luar negeri. Dan, gaji pula sama tiada kenaikan atau elaun apa-apa untuk projek ini. 

 

    Projek pula tidak tahu berapa lama boleh siapkan, sebab kilang besar.


    Sebagai seorang isteri dan suri rumah, fikiran aku dah mula 'travel' akhirnya migrain ku kembali. Kepala rasa nak meletup! 


    Sebenarnya, bagus juga jika bercerita ni. Dan akhirnya, dengan izin allah. Allah tidak izinkan suami ku bekerja dan berpisah jauh daripada 'kami'. Ya suami memang milik allah, tapi suami aku tu punyai ramai tanggung jawab. 


     Suami aku mempunyai tanggungjawab bukan sahaja demi aku dan anak-anak. Sebaliknya, tanggung jawab dia kepada ibunya. Dan tak lupa juga 2 ibu saudaranya. Jadi, sangat bertuah, bila allah tidak izinkan berlaku. 


Terima kasih kepada allah, dengan ujian ini juga. Aku telah jadikan sebagai push factor untuk aku bekerja keras dengan meraih pendapatan sebagai penulis upahan. 


    Lagi pun, tidak berbaloi dengan bergajikan dengan  angka 3 ribu untuk bekerja ke luar negeri dan tiada elaun lain. Tambahan lagi, stress semakin bertambah serta bebanan tinggi. Dan juga, kerja sampingan sebagai specialist cctv juga tidak boleh di lakukan pada cuti hujung minggu.


 
Jadi apa yang aku buat, hanya mampu berdoa serta lakukan solat hajat dan meluahkan di Twitter. Hahaha. Dengan izin allah dan luahan tu, boss suami tak jadi nak transfer suami ke luar kawasan. Masa tu lega sangat-sangat.

 

    Pengajaran dari kisah aku ni, korang jadikan lah panduan ya. Cuba relate dengan kisah korang, jika ada. Lagi-lagi hal yang baik, jangan bercerita  sana sini. Kerana pastinya 'hal itu takkan terjadi'. Berbalik kisah aku, memang aku tidak mahu ianya terjadi. Tu sebab aku bercerita kepada orang ramai. Selain itu, segala impian dan angan-anganku simpan ketat dalam genggaman. 

 

 

 

 



type='text/javascript'>