Apabila bekerja sendiri iaitu sebagai  penulis upahan secara sepenuh masa, memang perlu struggle ke titisan terakhir. Selagi belum habis bulan, perlu usaha. Macam mana pun, tetap perlu cari sales. Sales menulis, aku yang tetapkan sendiri. Berapa aku nak capai, dan plan tersendiri untuk mencapai sasaran bulanan, bukan arahan daripada mana-mana pihak, dan juga suami.

 

Bila semakin dewasa, aku menjadi seseorang yang mesti ada komitmen demi kelangsungan hidup. Komitmen bukan lah semata-mata membayar hutang serta mencipta hutang (alhamdulillah  tiada hutang ), tetapi tanggungjawab sebagai seorang anak. Sudah tentu ingin membalas jasa kedua orang tua selagi mereka ada di dunia dan juga begitu hayatku masih ada di muka bumi. Aku tidak mahu bergantung harap sepenuhnya kepada suami. Lebih seronok mencari duit sendiri dengan hasil penat lelah menulis. Sebab yang kuat inilah, menolak aku untuk terus berusaha mencari job.


ghostwriting job


Apabila menjadi penulis upahan, memang tidak boleh mengharapkan job menulis daripada sesiapa. Sebab kita sebagai penulis upahan yang perlu rajin promosikan servis. Tiada istilah job menulis bergolek datang. Tambahan lagi, bidang penulisan  ini berbentuk servis. Perlukan portfolio untuk diberikan kepada prospek untuk dinilai sebelum diberikan sebarang job.


Separuh bulan

Aku pernah merasa tiada sales. Namun, bukan sebulan cuma kadang kala lambat je job tu masuk. Ya, aku pun pernah lewat solat, itu pun zohor aku solat jam 2 petang. Sebab ambil anak pulang dari sekolah. Jadinya, 1 job pun tiada lagi muncul. Rezeki jadi lambat masuk lah.

 

Tambahan lagi, separuh bulan dah pun masuk. Anak-anak pula selalu tanya mama, mengapa tidak bawa jalan-jalan. Barang dapur pun dah mulai susut.

"Mama takde job ke masuk?"

"Takde Sara. Belum lagi masuk. Sara dan adik-adik tolong boleh tak?"

"Boleh. Jap mama, kakak nak panggil adik-adik." Berlari keluar dari bilik menulis.

1 minit kemudian..

"Mama, kakak bawa adik-adik ni sebab nak tolong doakan mama supaya ada job." Sambil angkat kedua belah tapak tangan dan berdoa serentak bersama adik-beradik nya.

Lantas, aku memeluk 4 orang anakku. Ekor mataku sudah mulai bertakung.

Kemudian, 1 job menulis artikel masuk dipertengahan bulan

 

Berbaki  RM 300 didalam akaun bank


Dalam akaun bank ada RM 300 je masa ni. Aku terus buat sedekah subuh, secara online. Transfer duit pada mak abah juga.


Aku dah usaha sebaiknya. Dah memberi kepada mereka yang memerlukan. Dalam aku memberi, aku tidak berniat untuk jadi kaya. TIDAK! aku tidak mengharapkan balasan.

 

Kunci ketenangan di waktu Malam 


Aku ke langkah seterusnya. Rasanya sudah hampir 3 bulan ( aku keguguran ) aku tidak lakukan solat-solat sunat di tengah malam serta membaca al-quran. Hanya membaca al-quran selepas solat 5 waktu sahaja.


Solat sunat dan mengaji sebelum subuh. Aku banyakkan bercerita kepada Allah sewaktu berdoa. Bukan berdoa diberikan job. Aku inginkan ketenangan ketika ini. Dan, alhamdulillah. Jiwa ku sangat tenang walaupun job aku tiada pada pertengahan bulan. Pelik kan?

 

Juling mata dengan Quotation


2 hari kemudian, whatsApp masuk dan aku dapat job 4 angka. Client ini sebenarnya sudah berbincang denganku mengenai e-book bagi jualan syarikatnya. Masya allah, lagi 2 minggu mahu habis bulan June 2022 dan   sales sudah melepasi target yang sebenar. 


Sungguh tidak menyangka ianya berjaya close sales. Kerana sepanjang minggu itu, sudah banyak quotation aku keluarkan untuk prospek. Antaranya ialah manuskrip buku 150 muka surat, 3 artikel SEO Badan berkanun, 30 artikel SEO dan 60 muka surat e-book.

 

 Diikuti client artikel tadi asyik menyambung servis artikel SEO. Bermula dengan 2000 patah perkataan, kemudian 800 patah perkataan artikel kekeluargaan, dan 2 artikel keagamaan dengan masing-masing 1000 patah perkataan.


 Bukan aku tak offer client ambil pakej artikel, katanya budget tidak mencukupi. Setiap 2 hari sekali, client meminta aku menulis artikel seo di website nya. Masya allah, syukur sangat. Bab ini, client mahukan SEO Score 90 keatas. 


Jika anda nak tahu, disebalik cerita gembira ini terselitnya ujian aku sebagai seorang ibu, isteri dan hambanya.

 

Artikel lain : Cara Pitching Client untuk dapatkan Job Menulis!

 

penulisan artikel website

 

Sungguh, ujian Allah itu manis belaka. Kita jangan pernah merasa diri tidak berguna dan membunuh diri dengan kata-kata negatif. Kita kawal emosi, jangan dibiarkan berlarutan. 

 

Perlu agresif untuk ke plan seterusnya jika ingin berjaya capai impian. 

 
Coretan ditulis, sebab ada yang PM aku katanya nak jadi macam Puan. Ini lah cara aku buat.


Akhir kata, job menulis ini jika client berpuashati dengan servis kita mereka tetap mencari kita sahaja. Mereka tidak akan curang dengan servis yang kita tawarkan. Walaupun kita pernah reccomend rakan penulis lain. 


Jadi, jika anda mahukan job menulis juga sila berusaha. Lagi pun, client mahu melihat portfolio anda sebagai penulis. Apa job menulis yang anda pernah menulis sebelum ini, jenis penulisan, dan lain-lain lagi client menilai seorang penulis dari kacamata client. Aku doakan semoga anda berjaya. Nak dapatkan job menulis, kita yang perlu menulis terlebih dahulu di platform media sosial. 

 

 Ikuti perkongsian aku di platform Media Sosial lain :


LinkedIN  :  https://www.linkedin.com/in/nor-azlina-mohd-ali-5469511a7

Whatsapp  : wasap.my/60189107161/SayaperlukanGhostwriter

 

 



 

1 Ulasan

Catat Ulasan