Berbaloi Menulis dengan Artikel Mesra SEO

Berbaloi menulis artikel mesra SEO di Website. Apabila aku luangkan masa berhari-hari  mencari keyword bagi menulis artikel mesra SEO buat client di ruangan blog persendirian ini. Serta berjam bagi  menulis artikel review tersebut.  Alhamdulillah, selepas 2 jam artikel disiarkan diruangan blog.

 

Artikel produk review berjaya ranking di halaman pertama google, ia bermaksud aku menulis dalam keyword yang betul untuk bersaing dengan artikel-artikel SEO yang ada di halaman pertama Google. 

 

Kenapa Orang berebut nak muncul kan artikel di halaman pertama GOOGLE?

 

Salah satu sebabnya adalah pembaca dia nak baca artikel di halaman pertama jer, halaman kedua, ketiga dan seterusnya orang tidak suka baca dan tak ambil peduli. Sebab memang macam tu. Kalau tanya aku pun, aku pun sama. Kiranya, halaman pertama di Google tu trusted lah.  


Apabila artikel berada di halaman pertama, brand kalian akan dikenali dan akan disyorkan oleh mana-mana pihak.

upah-menulis-artikel-SEO



Artikel  kat atas tu baca sini : Ciri-ciri beg sekolah rendah yang Support Tulang Belakang

 

 

Tidak dinafikan, untuk mencari keyword yang tepat amat sukar. Berbekalkan ilmu yang ada, aku gunakan terus. Biasanya artikel SEO  client jer aku ambil upah menulis, dalam blog sendiri jarang nak menulis artikel dalam bentuk SEO. Kebetulan feel tu sampai, jadi rajin lah menulis artikel SEO dalam blog sendiri. Petang raya kot duduk membongkok depan laptop. Kes kecewa ayam tidak dapat beli..

 

Menulis dalam gaya penulisan artikel mesra SEO 

 

Menulis dalam gaya penulisan artikel mesra SEO bukanlah mudah. Tambahan lagi perlu membuat carian tajuk-tajuk, yang mampu tarik audien untuk membaca artikel ditulis. Perlu faham apa yang audiens mahukan dan apa yang mereka tidak mahukan. 

 Masya allah, tabarakallah. Berkat berjam juga dan berbulan dan mungkin makan tahun aku try and error. Akhirnya, muncul lah artikel aku tulis di halaman pertama Google tanpa spam score. 

 

Cara mengetahui Artikel ditulis, berada di Halaman Pertama Google ataupun tidak

 

Bagi melihat artikel betul-betul muncul di halaman pertama GOOGLE, pastikan kalian buka 'New private window' atau 'New Incognito Tab' di smartphone. Tujuannya, bagi kalian tak perasan, kang artikel sendiri jer yang muncul di halaman pertama. Ehehehe

 

 

Belajar menulis Artikel Mesra SEO di mana?


Serius aku beritahu, nak belajar SEO bukan mudah juga. Ada yang kenakan yuran tahun untuk belajar SEO. Tapi tak faham-faham apa benda yang diajar. Ada yang buat kelas fizikal, itu pun aku teringin sangat. Cuma aku kekangan masa dan kewangan ketika itu. 
 
Jadinya, aku biarkan sahaja hasrat mati begitu sahaja. Sedih gila kan? bertahun teringin nak belajar buat artikel mesra SEO. Tahun 2022 baru perasan, artikel sendiri dah berjaya menjadi artikel mesra SEO. Itu pun sebab dapat produk review mahal dari SwanBag Malaysia. 
 
 
Hello! selain artikel review. Aku juga menulis artikel bagi pihak pelanggan. Pernah menulis 90 artikel kesihatan, 10 artikel kecantikan, 10 artikel kekeluargaan, dan 10 artikel keagamaan. 
 

Artikel lain : Cara Menulis Artikel Menarik




Artikel-mesra-SEO
Antara pelanggan yang berpuas hati dengan servis menulis artikel mesra SEO


 

Kenapa aku serius menulis Artikel Mesra SEO di Website

 

Nak dijadikan cerita, pada bulan lepas June 2022. Diizinkan allah, client push aku untuk menulis artikel mesra SEO. 

Jadi, aku pun menerima pelawaan tersebut. Aku ni sentiasa berpegang kepada petua orang lama-lama. Seperti, rezeki yang masuk tidak baik ditolak. Jadi aku terima dengan hati terbuka. 
 

Artikel yang aku tulis tu pun agak urgent. Semua artikel deadline seminggu. Maka, berhempas pulas aku buat kerja-kerja mencari keyword seperti yang diinginkan client. Walau pun client ada berikan satu keyword untuk aku menulis artikel, namun masih tidak mencukupi. 

 

Aku sendiri lah yang kena buat analisis tu semua. Berhari-hari juga, dan keluar macam-macam jerawat juga sepanjang menghasilkan artikel mesra SEO client tu. 1500 patah perkataan aku menulis dalam niche keagamaan. Fuhh! basah ketiak. Makan pun tidak kenyang, sebab menulis artikel urgent begitu. 
 
Namun, aku tetap bersyukur. Sebaik sahaja satu artikel berjaya disiapkan, client memberikan tugasan artikel SEO lain pula ketika itu. Kali ini, 2000 patah perkataan artikel mesra SEO perlu aku menulis dalam niche kekeluargaan.


 Jerawat tidak sempat kecut, tumbuh pula jerawat lain. Stress lain macam kan? hahaha. Syukur rezeki anak-anak dan keluarga kecil kami serta mak abah sebelum Raya Aidiladha.

 

 Upah Menulis Artikel Mesra SEO di Website 

 

Sebagai salah seorang ghostwriter, upah menulis artikel memang takkan lari dalam servis menulis yang aku tawarkan sehingga kini. Lagi pun, aku sudah bermula menulis artikel di blog tahun 2016 sebagai blogger. Kadang- kala menulis artikel review dan advertorial.  Hal-hal yang berkaitan menulis di wordpress dan platform blogger pun aku boleh uruskan.  Ini juga kerana memiliki blog wordpress Azlina Ghostwriter
 
Oh ya, kalian nak tahu cerita tak? berkenaan artikel produk review yang aku tulis , beg sekolah rendah dari Swan Bag Malaysia.

 

Baca artikel lain : 7 tip Review Produk Dengan Berkesan

 


Artikel review di blog personal muncul di halaman pertama Google. Kali ini, artikel yang ditulis aku berada di top #3 . Untuk melihat artikel betul-betul berada di halaman pertama Google adalah dengan membuka "New Incognito Tab" 


Pernah dahulu, client meminta sample penulisan artikel SEO yang ditulis olehku. Namun, gagal kutunjukkan demi menjaga kerahsiaan. Ya lah, aku pun dibayar oleh pelanggan bagi menulis artikel di website mereka kan. Jadi, kena lah rahsiakan. Jika pelanggan lalu tidak izinkan aku tunjuk kepada prospek, mengapa aku perlu lakukan?
 

Berbeza pula dengan ;

Produk review yang ditulis di blog persendirian, boleh sahaja di jadikan sample penulisan. Sebab menulis di blog kepunyaan sendiri, berbeza dengan menulis artikel bagi pihak pelanggan.

Dimana menulis produk review sudah terang-terangan penulis menggunakan produk pelanggan (Sponsored product ).

 
 
 
 Justeru itu, berbaloi penulis dengan usaha berhari-hari mencari keyword (kata kunci artikel yang tepat ) untuk artikel mesra Seo yang ditulis. Seterusnya, pelanggan juga menerima faedah terhadap artikel tersebut. Iaitu pembaca buat carian menerusi google dan terus menjumpai artikel yang ditulis oleh penulis.
 
 
 
 

 4 Sebab mengapa  perlu menggunakan servis menulis artikel seo Bahasa Melayu : 


 
1. Jimatkan masa
 
Aku percaya kalian sudah pastinya sibuk dengan hal-hal perniagaan,  mahu layan pelanggan dan sebagainya. Jadi, sudah tentu ketiadaan  masa untuk duduk berfikir tentang artikel yang mahu ditulis. 

Dengan mengupah penulis artikel sudah tentunya dapat menjimatkan masa kalian.

 
2. Tidak sakit kepala


Kalian tidak perlu lagi sakit kepala untuk mengarang artikel. Tambahan lagi artikel yang disukai oleh Google ( enjin carian google ) . Serahkan sahaja kepada aku, berpengalaman menulis artikel pelanggan dalam niche kesihatan, kecantikan, kekeluargaan, keagamaan, bisnes, gaya hidup dan lain-lain.


3. Tidak perlu bermain dengan Keyword


Sebelum menulis artikel mesra SEO, kalian akan sakit kepala untuk mengkaji Keyword serta menganalisis Keyword yang bersesuaian dengan niche bisnes kalian. Penyelesaiannya, upah sahaja penulis.



4. Mengatasi Pesaing 


Jangan nak tipu ya! mana-mana pelanggan yang datang kepada aku mengadu nak bersaing secara sihat dengan menghasilkan artikel berkualiti. Secara tidak langsung, dapat membantu  meningkat kredibiliti brand kalian dalam industri. 



artikel mesra seo
2 blog persendirian aku telah berjaya ranking top 1-4 di halaman pertama Google. Dalam masa yang sama telah mengalahkan pesaing dibawah.


 
 
 
 
Bagi pemilik bisnes servis, founder produk   perlukan servis menulis artikel mesra SEO dan inginkan penulisan artikel mesra SEO :
 



PAKEJ LANGGANAN ARTIKEL SEO 1500 PATAH PERKATAAN


5x RM 300 per artikel RM 1,500.00 
10x RM 280 per artikel RM 2,800.00 

Upah ini termasuk menulis dan siarkan di website pelanggan. Dan, saya juga akan pantau artikel tersebut selama 30 hari. 


Jika mahu artikel melebihi jumlah perkataan diatas, boleh bincang.
 
 
Mahu bisnes kalian berkredibiliti dan mendapat kepercayaan pelanggan sebelum membeli? jom penuhkan artikel di website kalian dengan mengupah aku sebagaii Penulis Artikel Mesra SEO, terus ke sini  : wasap.my/60189107161/sayanakartikel
 
 
 

 
 
 
 

 

  

 

type='text/javascript'>