Bercuti sambil Beli Barang di Kelantan.

 

Bagaikan bermimpi bawa pulang barang yang di beli di Kelantan. Tanpa sebarang perancangan apa pun, tiba-tiba boleh shopping di sempadan Kelantan Thailand iaitu di Rantau Panjang. Kemudian, berada di Tumpat dan pergi menjejak kasih pula dengan waris abah yang berada di Bunut Susu.

 

Homestay malam pertama sampai di Kelantan

 

 

Homestay-Pasir-Mas

 

 

 

Aku kira, percutian kali ini sungguh mencabar. Banyak pula dugaan untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju. Dari Kuantan jam 11.00 pagi kami bertolak dengan 6 dewasa dan 6 kanak-kanak. Maka, itulah waktu yang sesuai. Sebenarnya sebelum subuh dah bangun, tapi biasalah masing-masing mempunyai anak masih kecil. Nak bancuhkan susu baby, dan mandikan anak-anak yang umur bawah 7 tahun sangat mencabar jika perjalanan sebelah pagi.

 

 

 

Oleh sebab, ini pertama kali aku bercuti bersama 2 buah keluarga. Jadi, kami menginap di homestay sahaja. Jenuh lah juga mencari. Pada perancangan awalnya, aku ingin ke Melaka, sebab suami lambat memberi kata putus. Owner homestay sudah tidak mahu melayan lagi, mungkin mereka fikir aku dan suami scam kot. Tapi betullah, nak memilih homestay yang selesa perlu teliti memilih. Tambahan lagi homestay yang mencecah ribuan ringgit. Uiiii, lagi lah kena berfikir puluh kali sebelum buat bayaran deposit.

 

Artikel lain : Destinasi Percutian Menarik ke Jakarta

 

 

Homestay ada kolam renang di Kelantan

 

Last minit bertukar plan ke Kelantan. Malam yang sama, kami suami isteri buat kerja gila, mencari homestay bagaikan orang kurang waras. Lebih 20 Homestay di Kelantan kami telefon dan juga whatsapp bagi bertanyakan kekosongan. Homestay yang menjadi keutamaan kami adalah, homestay ada kolam renang di Kelantan.

 

 

Semua homestay yang kami inginkan penuh. Maklumlah, cuti tahun baru islam ( Maal Hijrah 1444H ). Kami di Pahang bercuti selama 3 hari, dan Kelantan adalah pilihan tempat bercuti murah di Malaysia. Eheheh. Ya, tak tipu!

 

Tengah malam tu, aku dapat satu homestay yang di rekomen oleh rakan blogger, ciknor. Dia juga menetap di Kelantan. Pemilik blog Norminieza .

 


 

Beli Barang di Kelantan

 

 

Oleh sebab aku nak membeli barang di Rantau Panjang, makanya aku memilih homestay terdekat iaitu di Kg Lati.

 

Homestay ini berkonsepkan mewah dan moden, hanya RM 250 semalaman. Tapi itulah, suami dan keluarga pula takut nak tidur 2 malam disini. Homestay ni dah cantik sangat-sangat, tapi dikelilingi pokok-pokok getah. Dalam masa yang sama, aku dan anak-anak teruja dengan pokok getah. Siap buat video lagi tau. Kali ni, ala-ala adventure lah sikit sebab bercuti serta dapat mengenali pokok getah dengan lebih dekat. Macam tu rupanya getah keluar. Awal pagi, kami nampak kelibat penoreh getah memulakan tugasan menoreh. Dan sebelah petang, mengutip getah yang dah penuh.

 

Video Pokok getah

 

 

Seram wei! aku bukan apa, risau pontianak mengilai ke atau pak belang keluar jer. Tambahan lagi, adik aku ada bawa baby 4 bulan. Risau jer, sebarang kemungkinan berlaku di tengah malam. Homestay ni memang pedalaman. Line umobile pun takde sini.

 

Jika tidak silap aku, 30 minit perjalanan untuk ke Rantau Panjang. Sewaktu dalam perjalanan ke Rantau Panjang tu, siaran radio pun dah bertukar kepada siaran Thailand. Ada jumpa 2 temple Thailand juga lah sini. Google Maps bawa kami masuk ke jalan alternatif.

 

Apa yang menariknya, sewaktu melalui jalan alternatif ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang. Pengamatan aku, penduduk di Kelantan semuanya kaya raya. Tidak jumpa langsung rumah perumahan, yang ada rumah banglo-banglo. Dasyat juga orang Kelantan, jika kaya betul-betul kaya raya. Jika miskin, sungguh-sungguh daif.

 

Sepanjang perjalanan, perasaan bercampur baur antara sedih dan kagum dengan penduduk Kelantan. Rumah banglo dan masjid memang banyak dibina, yang aku tahu Kelantan ramai berniaga. Usahawan berjaya!

 

Berbalik kepada cerita beli barang di Kelantan, aku berhajatkan ingin mencari set sudu garfu dan periuk. Benda lain, memang tiada dalam senarai. Tapi tulah, perempuan. Suami aku pun sama naik. Anak ada 4 orang, semuanya dapat ole-ole Kelantan dari suami.

 

 

 

Barang yang dibeli di Rantau Panjang ( Zon Bebas Cukai ):

 

 

1. Kain pelikat cap gajah duduk = RM 28

Murah jer harga kain pelikat Gajah Duduk ni, dulu selalu beli dalam online je.

 

 

 

2. Periuk non stick Saiz 26cm = RM 90

 

 

 

3. Baju Blouse Zebra hijau= RM 35

 

 

 

4. Seluar Palazo = RM 35 ( Seluar palazo murah, di Kuantan dah jadi RM 50 sehelai )

Aku dah cuba seluar palazo murah ni, kain dia selesa dan tidak menampakkan potongan bentuk kaki dan paha. Bila guna seluar palazo ni, rasa selamat je sebab aurat terjaga.

 

 

 

5. Set sudu garfu = RM 50 ( harga asalnya sedozen sudu RM 28, manakala garfu RM 28 sedozen ) sedozen tu ada 6pcs jer.

 

 

 

6. Cermin mata hitam anak = RM 10

 

 

 

7. Beg dompet Soffea = RM 18

 

 

 

8. Baju budak dan seluar jean sepasang = RM 25/ helai  beli 2 pasang.

 

 

 

9. Legging kanak-kanak = RM 18 / helai ( beli 2 helai )

 

 

 

10. Tali pinggang ( ni tak tahu harga, sebab suami cari sendiri )

 

 


 

 

Dek kesuntukan masa untuk memilih, aku beli barang di Kelantan hanya beberapa barangan sahaja. Ikutkan tikar, karpet, periuk nak lagi tambah. Allah tidak izinkan, ada sahaja perkara berlaku. Mungkin allah bagi hint supaya jangan boros. Masih muda lagi bulan.

 

 

 

 

 

Berdasarkan pengamatan aku semasa berada di Rantau Panjang. Antara barang wajib beli di Kelantan ( Rantau Panjang ) ialah :

 

 

 

1. Toto.

 

2. Kain selimut.

 

3. Periuk belanga.

 

4. Baju wanita.

 

5. Aneka asam dan kekacang.

 

6. Set pingan mangkuk Corelle

 

 

 

Mengapa aku sarankan begitu? sebab senarai barangan diatas satu keperluan. Harga pun murah-murah dan cantik.

 

Beli apa di Rantau Panjang

 

Apa yang aku lihat di Rantau Panjang, semua barangan disini gred. Maksudnya dia copy ori pun ada. Macam beg galas Carlo Rino, hanya RM 38. Suami aku membebel, katanya sini lagi murah daripada beg yang aku beli di GPO ( Genting Premium Outlet ) 3 bulan lepas. Jenis aku, sukakan yang berbaloi bila membeli. Biarlah mahal, janji boleh ulang pakai lama. Lagi pun, yang original tu kulit.

 

 

 

Keluar dari tempat membeli di Rantau Panjang, kami dikenakan Cukai sebanyak Rm 5 kerana barang melebihi RM 100. Bayar di kaunter Kastam, dan perlu transfer terus ke akaun yang dinyatakan.

 

 

 

 

 

Setelah siang hari penat berjalan-jalan membeli belah di Rantau Panjang. Sebelah malam, kami keluar seawal jam 6.30 petang untuk makan malam. Kami ketakutan, sebab sini pun bukan kawasan kami. Homestay pun pedalaman, risau pak belang keluar. HIhihi. Salah sendiri juga yang buat keputusan last minit.

 

 

 

Langit pun gelap gelita, seakan ingin ribut malam itu. Dan, aku meminta suami untuk berhenti makan malam di warung tepi jalan.

 

 

 

Misteri di Warung

 

 

 

Entahlah, sama ada kebetulan atau apa. Sebaik sahaja suami berhentikan kereta di warung tersebut, angin tiba-tiba kuat menerpa kearah mukaku sebaik daun pintu dibuka. Zapp! sekilas macam tu. Aku tergamam, dan tutup semula pintu. Tunggu angin hilang, kemudian aku keluar semula.

 

 

 

Lebih kurang 10 minit kemudian, kami 2 buah keluarga selesai memesan makanan. Satu lagi tiupan angin kencang memasuki warung. Botol-botol sos pecah, angin kencang selama 15 minit. Aku hanya melaungkan azan sederhana perlahan, dan kemudiannya angin terus hilang. Nyaris aku nak melarikan diri tau apabila 3 kali kena serangan angin macam tu. Teringat cerita Final Destination.

 

 


Menu makan malam yang aku pesan adalah :

 

 

 

Sup keting

Sup Perut muda

Sup tulang

Tomyam

Paprik ayam

Telur dadar

Nasi Goreng Cina

Mee Goreng

Air carrot 2

Air Jagung 4

Air Laici 3

 

 

Keseluruhan makan malam berjumlah RM 108.00

 

 

Sup yang aku suka adalah Sup Keting Kelantan. Sedap dan lembut, kuahnya pun pekat. Cukup perasa, ada masam dan masin. Terbaik! sup keting tu, kalau tidak silap aku bahagian kaki lembu. Kenyal dan lembut. Antara negeri yang popular dengan masakan SUP.

 

 

 

Malam tersebut, mak aku sakit perut cirit birit diikuti abah pula sekitar jam 2 pagi muntah dan cirit birit tanpa henti. Yang peliknya, hanya mereka berdua sahaja yang terkena. Wallahualam.

 

 

 

Bertukar plan : menginap semalaman di Homestay Tumpat Kelantan. Homestay yang ada kolam renang di Tumpat pada malam ke-2

 

 

Hari yang sama aku dan suami menggelupur, mencari homestay lain di Tumpat. Perancangan awalnya, mahu membeli belah di Pengkalan Kubor. Jadi, kami sepakat memilih homestay Tumpat Kelantan. Macam biasa, suami memilih homestay ada kolam renang di Kelantan. Maka, terjumpalah satu homestay ni, Hasmi Homestay Tumpat. Semalaman dengan bajet RM 250 sahaja, dilengkapi kolam renang. Rumah taman perumahan, walaupun kecil tetapi boleh lah bermalam.

 

Homestay ini mempunyai gazebo dan meja batu untuk tetamu homestay berehat dan juga boleh barbeque.

 

Beli barang di Pasaraya Econsave SuperMas

 

Malam ke-2, kami tidak berani lagi untuk makan di luar. Dek kerana abah dan mak keracunan makanan semalam. Selepas maghrib singgah ke pasaraya terdekat untuk membeli bahan-bahan memasak. Dengan berbelanja RM 90.++ , kami memasak nasi putih, lauk telur dadar dan 2 sardin serta bersama barangan lain untuk sarapan keesokan harinya.

 

 

Homestay di rantau panjang, Kelantan kebanyakannya sudah penuh. Jadi, aku memilih dengan menginap semalaman di Hasmi Homestay & Pool Tumpat. Iaitu salah satu homestay Tumpat Kelantan. Dalam kepala banyak tempat nak terjah sebenarnya seperti Wakaf Che Yeh, Pengkalan Kubor, Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, dan  Pasar Siti Khadijah. Tetapi plan terpaksa dirombak, kerana ketidakcukupan masa untuk pergi membeli barang di sana. Jauh rupanya jarak antara satu-satu tempat tu.

 

 

homestay-tumpat-kelantan

 

 

Perancangan kami berubah lagi, memandangkan kenalan abah di Bunut Susu memberitahu bahawa ada berlaku tembakan di Pengkalan Kubor. Jadi, kami tidak mahu ambil risiko. Tukar ke rancangan membeli belah di Pasar Siti Khadijah, 1 jam jarak perjalanan kami. Sebelum kami ke Pasar Siti Khadijah, kami singgah ke Bunut Susu terlebih dahulu.

 

 

 

Disini, sejurus memasuki ke Bunut Susu. Pemandangan di kelilingi sawah padi, dan apa yang tidak best. Akibat kepesatan ekonomi, ramai penduduk membina rumah banglo sebuah satu lot. Ini menjadikan, saluran longkang kurang. Dan paling aku tidak suka sepanjang jalan menjadi semakin kecil. Dek kerana masing-masing memilih untuk membina banglo, sepatutnya boleh buat taman perumahan. Dapat jimatkan tanah.

 

 

 

Kami nyaris lagi nak termasuk ke bendang semasa mencari rumah waris abah tau. Google Maps punya penangan. Proses mencari waris memakan masa sejam. 40 tahun terpisah katakan. Kami melepaskan penat hanya setengah jam sahaja, memandangkan kami perlu bergerak untuk ke Pasar Siti Khadijah.

 

 

 

Beli barang di Pasar Siti Khadijah

 

Sebelum pulang ke Kuantan, kami singgah hanya setengah jam sahaja di sana. Cadangan mahu membeli sedikit rempah ratus dan kuih muih.  Bangunan Pasar Siti Khadijah mempunyai 3 tingkat. aku hanya sempat menerjah ke tingkat dua dan bawah sahaja. Iaitu bahagian kain pasang, tudung, kerongsang dan kain telekung. Tingkat bawah menjual bahan-bahan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ikan masin, dan buah- buahan. Buat korang rambang mata, dalam bangunan Siti Khadijah dipenuhi dengan kedai emas. Jenuh lah melihatnya.

 

 

 

Baca artikel : Berbaloi menulis dengan Artikel Mesra SEO

 

 

 

Sesuai sangat bagi sesiapa yang ingin mahu mulakan perniagaan. Boleh membeli secara borong seperti pakaian, tudung, kain telekung dan kain batik. Kain telekung Siti Khadijah copy original pun cantik, murah je RM 50. Aku nak beli sebenarnya, tapi tidak sempat. Sebab ada satu insiden, dimana aku dan adik bongsu ke tandas.

 

 

 Isu air di Pasar Siti Khadijah

 

Kami terpaksa menggangkut air dari belakang tandas, bahagian tu pula macam pasar tempat potong ayam. Antara rela dan tidak, terpaksa menimba air satu baldi dari sana. Huhuhu~ ia satu pengalaman buruk yang aku terima. Apapun, buat kerajaan Negeri Kelantan tolong lah buat sesuatu. Dek kerana isu air begini, pengunjung takkan jejakkan kaki lagi ke sini. Mood membeli-belah pun dah mati.

 

Jalan Alternatif Kelantan

 

Berbalik kepada cerita beli barang di Kelantan, kami sekeluarga sangat seronok dengan percutian kali ini. Perjalanan selama 7 jam, dari Kuantan ke Kelantan. Pitsop kami Pasir Mas - Tumpat - Rantau Panjang - Kota Bahru - Bunut Susu. Percutian ini juga membuatkan aku dan anak-anak belajar mengenali pokok getah semasa di homestay Kg Lati, serta merentasi perkampungan sekitar Bunut Susu semasa menggunakan jalan alternatif.

 

Walaupun kami menerima dugaan pelbagai sewaktu berada di bumi serambi mekah, kami reda dengan ketentuan allah. Teruja dan kagum dengan adat budaya serta kepesatan ekonomi di Kelantan. Memasuki bandar Kelantan, terlalu banyak kedai-kedai emas berbanding Shopping Complex. Aku rasa, dah boleh tukar Bumi Emas Kelantan. Hahah. Lawak jer ye. Jangan kecil hati. Indahnya pertama kali untuk seumur hidup dengan pengalaman bercuti,  kami berada di sempadan Thailand untuk membeli-belah tanpa perancangan khusus.

 

 

 

 

Facebook : Nor Azlina Mohd Ali