Pendinding diri, pada zaman sekarang sangat diperlukan. Tambahan lagi dengan sikap manusia yang semakin hari, semakin aneh. Ada sahaja yang tidak berpuashati dengan orang sekeliling. Bukan sahaja dengan orang yang dikenalinya, bahkan dengan orang yang tidak dikenali pun turut dilihat dengan pandangan penuh hasad dengki. Oleh itu, pendinding diri dengan mengamalkan beberapa zikir dan doa setiap hari menjadi satu kewajipan. Jika tidak, anda dan keluarga  akan menanggung segala rasa sakit.

 

pendinding-diri
Ayat Al-quran juga sebagai pendinding diri





Pandangan manusia bukan sahaja kosong, apabila melihat kesenangan orang lain. Mesti disertai hasad. Dengan pandangan ini jugalah, membinasakan seseorang. 

 

Amalan wajib ayat pendinding diri yang boleh diamalkan :

      لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك

وله الحمد يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير 

"Laa ilaaha illallaahu wahdahuu laa syarikalah, lahul mulku wa lahul-hamdu yuhyii wa yumiitu wahuwa'ala kulli syai'in qadiir." 

Rasulullah SAW ada mengkhabarkan bahawa, barangsiapa yang di dalam sehari ada membaca (secara lafadz) zikir ini sebanyak 100 kali, maka tidak ada orang yang boleh menandingi pahala amalannya pada hari itu kecuali jika ada orang yang buat perkara yg sama, dan ALLAH SWT akan melindungi si pembacanya dari Syaitan / jin.



Abu Hurairoh radhiyallahu ’anhu, dari Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam, beliau bersabda,

« مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ ، وَلَهُ الْحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ . فِى يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ ، كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ ، وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ ، وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ ، وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنَ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِىَ ، وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ ، إِلاَّ أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ » .



”Barangsiapa mengucapkan "Laa ilaaha illallaahu wahdahuu laa syarikalah, lahul mulku wa lahul-hamdu yuhyii wa yumiitu wahuwa'ala kulli syai'in qadiir." 


[tidak ada sesembahan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kerajaan dan segala pujian. Dia-lah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu]



dalam sehari sebanyak 100 kali, maka baginya sama dengan sepuluh budak (yang dimerdekakan), dicatat baginya 100 kebaikan, dihapus darinya 100 kejahatan, dan dia akan terlindung dari setan pada siang hingga sore harinya, serta tidak ada yang lebih utama darinya kecuali orang yang membacanya lebih banyak dari itu.” (HR. Bukhari no. 3293 dan HR. Muslim no. 7018)

Mengikut pengalaman aku sendiri sudah hampir 2 minggu mengamalkan zikir ini :

1. Jiwa tenang 

Jika tidak, tiada sales rasa gelisah semacam. Tapi kali ini, setenang-tenangnya. Aku faham, sekarang adalah dalam fasa diuji allah. Bisnes aku seolah ditutup. Entah lah, yang ini ustaz pernah cakap aku terkena pandangan ain tapi dalam masa yang sama aku pernah bermimpi ular sawa berkepala 2 manusia, dengan wajah perempuan yang tidak dikenali. Seakan marah pada aku. Pernah benda ni datang dalam mimpi dan terbawa selepas aku sedar dari tidur malam, suara perempuan yang memarahi aku dalam bahasa yang tidak ku faham.

2. Solat khusyuk.

3. Manis bersama keluarga

Jika dahulu bercuti rasa biasa jer. tapi sekarang ni rasa manisnya bila dapat berkumpul dengan suami dan anak-anak. 

4. Hati dijentik mengenali al-quran

Sebelum ini, aku hanya baca ak-quran sahaja beserta maksud ayat. Tetapi kali ini, aku rasa seronok sangat tadabbur al-quran. Sebelum ni langsung tidak pernah belek belakang al-quran, tapi allah jentik hati ini untuk bertadabbur. Masya allah! 

 

Itu mungkin kebaikan dimata yang aku nampak, dan selebihnya hanya rahsia allah.

Inilah zikir yang paling ditakuti oleh para Jin dan syaitan. Mereka akan menangis ketakutan apabila mndengarnya. Mereka yg mengamalkan zikir ini secara istiqomah (berterusan) setiap hari, maka InsyaALLAH dia akan pulih dari masalah gangguan jin.



Ayat pendinding lain yang boleh diamalkan setiap hari

Ayat untuk batal sihirkan :

Petikan dari surah Al-Furqan ayat 23. 

وَقَدِمْنَآ اِلٰى مَا عَمِلُوْا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنٰهُ هَبَاۤءً مَّنْثُوْرًا  23. 

Dan Kami akan perlihatkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami akan jadikan amal itu (bagaikan) debu yang beterbangan. 

Satu lagi, boleh jadikan doa pendinding diri dengan Bismillah 5

    Kesimpulannya, kita sebagai manusia tidak pernah terlepas dari ujian allah. Ada yang datang dalam pelbagai bentuk seperti gangguan iblis,syaitan dan jin. Jadi, sebagai pendinding diri lazimi dengan zikir "Laa ilaaha illallaahu wahdahuu laa syarikalah, lahul mulku wa lahul-hamdu yuhyii wa yumiitu wahuwa'ala kulli syai'in qadiir sebanyak 100 kali." 

 

 

Facebook :  Nor Azlina Mohd Ali 

 

Post a Comment