9 Langkah hilangkan sakit kepala sebelah kanan melalui urutan

 Sakit kepala berdenyut sebelah kanan. Saya kira, sudah lama suami tidak mengadu sakit kepala begini. Terakhir berlaku pada tahun lepas. Namun, saya tidak pasti adakah sebab tekanan ditempat kerjanya adalah punca utama terjadinya. Dalam artikel ini, saya mahu kongsikan, 9 langkah cara saya  hilangkan sakit kepala berdenyut sebelah kanan.

 

 



sakit-kepala-sebelah-kanan


 

 

Sejujurnya, saya bukanlah tukang urut. Tetapi cara urutan ini mampu melegakan kesakitan suami. Antara langkah-langkah urutan yang saya lakukan adalah :

 

9 langkah demi langkah, urutan bagi menghilangkan sakit kepala berdenyut sebelah kanan

 

1. Sebelum proses berurut bermula, pastikan kalian menggunakan minyak.

 

2. Bermula dengan urutan pada bahagian anak rambut. Urutan membulat. Dari arah dahi tengah sehingga ke tepi dahi.

 

3. Seterusnya di bahagian tepi leher. Urutan menghala kearah bawah.

 

4. Urutan diteruskan kepada bahagian belakang telinga. Urutan membuat kawasan sekitarnya.


 Lakukan selama 5 minit. Seperti suami, angin keluar melalui sendawa mengikut point urutan disini.

 

5. Belakang tengkuk. Urutan dibawa ke bahagian bawah, menuju ke bahu kiri dan kanan.


 Setiap bahu, perlukan proses selama 5 minit. Memang lama, kalian perlu bersabar.

 

6. Di bahagian belakang kepala, hanya urutan selama 1 minit sahaja. Saya menggunakan tapak tangan dengan gerakan memutar.

 

7. Seterusnya, urutan pada bahagian leher depan. Point sini, terdapat banyak angin yang terkumpul.


 Angin sendawa keluar tanpa henti apabila urutan dilakukan. Disini, saya tambah masa sehingga ke 10 minit. Saya gunakan ibu jari sahaja untuk urutan sini.

 

8. Bahagian rahang juga, saya menyentuhnya pada point sini. Saya dapati, bahagian ini turut terkumpul angin. 


Dengan kaedah tangan kiri saya memegang ( seakan menampung ) dagu suami.  


Manakala sebelah tangan menggunakan 4 jari sahaja mengurut point tersebut secara kebawah. Alhamdulillah, angin banyak keluar. Urutan selama lebih 10 minit.


( Saya minta suami 'relax' kan badan, supaya mudah kerja urutan saya berlangsung. )

 

9. Bukan sekadar point sebelah kanan rahang saya urutkan. Malah, urutan sebelah kiri rahang turut saya lakukan.

 

Di pengakhiran urutan sakit kepala sebelah kanan tadi, suami berpuashati apabila angin turut keluar melalui 'kentut'.


Selain itu, sering saya nasihatkan suami supaya tidak makan makanan berangin seperti labu dan kekacang. Tambahan pula, suami pernah diserang Gerd suatu masa dahulu. Ikuti  Kisah suami diserang gerd

 

 

Secara kesimpulannya, sakit kepala berdenyut sebelah kanan semakin berkurangan setelah hari pertama diurut. Hari kedua, hilang sepenuhnya. 


Tetapi saya sarankan suami untuk lakukan ulangan urutan hari ke-3 sebagai penutup urutan. Bukanlah apa, saya lebih suka mengurut 3 kali. 


Semuanya untuk kesegaran tubuh badan. Urutan sebagai alternatif sahaja selain berjumpa doktor.

 

Justeru itu, sakit kepala boleh juga dikurangkan dengan kaedah menjaga pemakanan seperti minuman berkafein, makan bila lapar supaya angin tidak naik ke kepala, kurangkan aktiviti melihat skrin smartphone, dan tidur awal serta dapatkan tidur berkualiti iaitu selama 8 jam setiap hari. 


 

 Facebook : Nor Azlina Mohd Ali