Kali ini saya mengajak anak-anak bermain permainan yang ada di mortgagecalculator.org .  2 jenis permainan  menguji minda anak-anak berfikir, serta ketangkasan minda mereka membuat keputusan. Walaupun cuti persekolahan baru sahaja bermula, saya mahukan mereka bermain sambil belajar melalui permainan. Secara halusnya, dapat juga mendidik mereka mengenai hartanah dan pengurusan melalui permainan. 

 

Permainan Menguji minda iaitu CASH BACK

permainan-menguji-minda-anak

Anak-anak saya masih bersekolah rendah. Jadinya, saya sarankan kepada mereka untuk bermain permainan CASH BACK. Iaitu permainan yang melibatkan pengiraan membeli barangan  serta pemulangan wang tunai. 

 

Permainan ini memerlukan ketangkasan minda untuk  mencongak secara spontan. Sebagai contoh, berapa baki sebetulnya yang diperlukan untuk pemulangan wang  tunai kepada pembeli setelah pembelian berlaku. 

 

Selain daripada itu, permainan ini mempunyai tempoh masa untuk menyelesaikan pengiraan tersebut. Jadi, disinilah minda bekerja keras untuk memproses data. Serta ketangkasan mata untuk mencari coin yang perlu dipulangkan.

 

Menjerit-jerit juga lah anak-anak ni nak selesaikan permainan ini. Haha. Mujur tiada yang keluarkan airmata sebab kalah. 

 

Jika kalian nak juga bermain permainan menguji minda anak-anak, boleh mencuba permainan CASH BACK  

 

dalam permainan ini mempunyai 3 tahap iaitu paling senang, sederhana dan tahap sukar.  Selain anak-anak, orang dewasa pun sesuai jika mahu uji minda dan ketangkasan.

permainan-menguji-minda-anak

Grocery Cashier

Anak-anak saya memang suka mengira. Begitu juga di rumah pun main kira-kira. Habislah kalkulator abahnya asyik tekan je. Nah! sekarang saya berikan kepada Sara, tekan sepuasnya kalkulator. Makanya, permainan yang sesuai dengan anak adalah permainan Grocery Cashier.

permainan-menguji-minda-anak

Grocery Cashier adalah melibatkan kerja-kerja mengira. Sambil membeli dan mengira. 

 

Menambah baik kemahiran matematik iaitu menolak dan menambah nilai yang tertera pada skrin. 

 

Cara bermain boleh rujuk di Grocery Cashier .

Sesuai dimain oleh usia kanak-kanak pra sekolah sehingga peringkat sekolah rendah. 

 

 

The Loud House Germ Skirmish permainan menguji minda

 

The Loud House Germ Skirmish adalah permainan yang tidak memerlukan pengiraan. Namun begitu, berbeza pula dari 2 jenis permainan diatas kerana ianya memerlukan pemain membina strategi untuk menyelamatkan diri daripada serangan kuman dan bakteria. 

 

Pemain perlukan ketangkasan bermain bagi mengejar waktu yang diperuntukan bagi misi membersihkan rumah dengan serangan bakteria dengan penggunaan spray. 

 

Pemain perlu bijak melindungi diri dengan menggunakan Spray bagi membunuh kuman tersebut, mengikut jumlah isi yang ditetapkan. 

 

Pemain boleh bebas bergerak untuk mendapatkan hadiah yang ditinggalkan di setiap pelusuk rumah.

permainan-menguji-minda-anak

Soffea pula suka bermain dengan permainan yang banyak pergerakan begini. Katanya seronok dengan halangan yanga ada, jadi di sinilah strategi untuk dia bina sendiri tanpa bantuan saya. 

 

Merge Blocks permainan uruskan Hartanah

Adalah permainan yang memerlukan pemain menyusun blok bangunan. 

 

Susun dalam satu barisan dengan blok yang sama, kemudian barisan tersebut bercantum serta 'boom' serta selesai blok tersebut.

 

 Boleh cuba dengan bermain di Merge Blocks 

 

permainan-menguji-minda-anak
didik anak-anak sejak kecil melalui hartanah menerusi permainan MERGE BLOCKS

 

Justeru itu selain bermain, anak-anak juga dapat melatih minda mereka dengan strategi yang tepat dalam merancang menyelesaikan masalah hartanah. 

 

Menurut pandangan saya sendiri, permainan daripada Mortage Calculator bagus. Bantu asah skill matematik anak-anak juga. Menjimatkan ruangan komputer, tidak perlu install lagi permainan setiap kali mahu bermain. 

 

Boleh bermain secara atas talian sahaja. Keseluruhanya dari artikel ini, dapat disimpulkan bahawa permainanan ini melibatkan bidang hartanah serta pengurusan. Dari kecil anak-anak, kita sebagai ibu bapa sepatutnya mendidik bagaimana mahu uruskan iaitu melalui permainan daripada Mortage Calculator.

 

 Kerana minda anak-anak mudah menyerap pembelajaran melalui permainan bermanfaat seperti yang saya nyatakan.