Pengalaman pahit sebagai Blogger buat saya beralih kepada Penulis Upahan

 Sejak kebelakangan ini, saya menerima jemputan review bagi kerja-kerja sebagai blogger. Jika difikirkan kembali, sudah lama saya tinggalkan kerja review sebagai blogger sejak saya serius menjadi seorang Penulis Upahan ( 2020) yang lebih menjamin pendapatan secara bulanan. Bila kerja -kerja review ni, serius memang penat. Manakan tidak, kadang-kadang bayaran diterima selepas sebulan. Memang tidak berbaloi, sedangkan blogger kena keluarkan duit terlebih dahulu tetapi permintaan daripada klien blogger pelbagai, serta tidak setimpal dengan bayaran. 

 

 

 

penulis upahan-blogger
Jemputan daripada pihak komaci

 



Alhamdulillah, sebelum saya perlahan-lahan untuk bertukar kerjaya kepada blogger. Allah sudah susun sebaiknya perjalanan hidup saya. Semua orang macam tu kan? erm, paling sedih job saya tiada langsung masa tu. Maklumlah, masa tu muka pun tidak cantik. Dan sekarang pun masih, cuma sekarang saya bina personal branding untuk naikkan nilai saya sebagai seorang penulis upahan. Klien nampak saya sebagai penulis upahan. Masya allah, tabarakallah. Syukur allah berikan saya jalan untuk jana pendapatan sebagai penulis upahan sepenuh masa. 


Perkara yang buat saya lucutkan kerjaya sebagai  Blogger


penulis-upahan- blogger
Invitation hotel review
 
 

Last saya ambil job review ketika itu adalah makanan. Dan, saya terdengar klien bersembang antara mereka. "Siapa blogger ni? tak popular pun. Saya tak kenal langsung!" 


Cuba anda bayangkan, bila ada suara bercakap macam tu wei. Apa pula perasaan anda? mestilah sedih. Siapa lah saya. Dah lah tak cantik, popular pun tidak. Jadi, saya memang malas dah nak buat job review jika orang rekomen atau saya yang kena pitching klien tersebut. Bidang blogger ni, hanya sesuai yang orangnya garang kot. Macam saya, tidak sesuai sama kali. 





 

 

Klien berbeza dengan penulis upahan 

 

Melainkan klien itu sendiri datang daripada melalui blog azlinaghostwriter.com . Yang ni memang tahu nilai saya sebagai seorang penulis upahan.

 

Berbeza pula dengan kerjaya sebagai penulis upahan. Sememangnya, tidak memilih rupa untuk menjadi  menulis bagi pihak pelanggan. Disini, klien pilih penulis melalui idea penulis bukannya paras rupa menjadi ukuran. Kerjaya ini lah yang seronok. Bayaran diterima sebelum menulis, kemudian baki bayaran. Erm, kadang-kadang klien yang dah biasa menggunakan servis penulisan saya mereka terus lakukan bayaran penuh. 



Sejak tahun 2020, jika mana-mana klien yang mahukan servis penulisan daripada saya. Hanya penulisan artikel sahaja diterima. Review ke mana-mana majlis memang saya sudah tidak ambil lagi. Kalau ada pun, kemungkinan besar saya akan pass kepada rakan blogger yang lain, yang lebih popular dan cantik. Ehehehe. 



Takde payment erk? sebab tu tak nak ambil job?

 

 

Pernah rakan blogger bertanya soalan diatas. Bukan sebab tiada payment. Tetapi bayaran tidak berbaloi. Malahan, memenatkan fizikal dan mental saya sebenarnya. Sebab dunia freelance saya sebagai penulis upahan perlukan deposit terlebih dahulu sebelum kerja menulis bermula. Tambahan lagi, saya percaya apabila penulis tidak dibayar deposit, berisiko besar untuk ditipu oleh klien. Huhuhu~ lagi pun, nampak klien seolah tidak serius dengan penulis tersebut. 

 

Jika klien direct melalui blog saya, tahu nilai saya. Memang saya akan menerima job bertulis di blog personal.  Dengan umur dah menginjak ke angka 35, saya seolah malas nak bergambar untuk produk-produk sangat. Bagi saya, hanya mahu tonjolkan USP dan VP klien dalam penulisan saya di blog personal.

 

 

Katakan dunia sebenar sebagai penulis upahan berlainan. Misalnya, klien nak minta buatkan copywriting, penulisan artikel, tulis kapsyen, dan perlu transkrip. Ada 4 harga sepatutnya caj tersebut. 

 

Sebagai contoh :

 

Copywriting media sosial RM 50, Penulisan artikel di blog RM 150, jika artikel SEO berlainan caj, Transkrip video ( ikut panjang video ). Kerja transkrip memang sukar sebab perlu dengar serta melihat berulang  video tersebut. 


Itu belum lagi, jika klien buat permintaan tambahan. Semuanya sepatutnya dibincang awal-awal dan ada perjanjian. Itu lah bezanya. Bukan setakat klien jer ada syarat, penulis pun ada juga terma yang klien perlu ikut. Sebab ini juga, saya nampak industri blogger ditindas dan saya awal-awal menarik diri. Huhuhu. 

 

 

penulis-upahan-blogger
Alhamdulillah, klien percayakan servis penulis upahan yang saya jalankan secara serius. Beliau membayar penuh perkhidmatan menulis sebanyak 3 angka untuk copywriting website.

 

 


Brand extension


Alhamdulillah, selain saya menjadi penulis upahan. Saya juga tawarkan Kelas Basic SEO untuk penulis wanita. Semuanya tidak dirancang pun. Semuanya atas permintaan rakan-rakan penulis sebenarnya. Mereka nak belajar tentang ilmu Search Engine Optimization (SEO)  daripada saya. 


Kelas Basic SEO hanya perkara basic sahaja. sebab itu lah, saya hanya buka kepada beginner penulis sahaja. Saya gabungkan ilmu dan study case saya selama menguruskan artikel-artikel SEO klien selama ini. Teknik dan strategi bagi kegunaan artikel dan media sosial. Bagaimana nak jadikan artikel SEO, buat seeding keyword, Penggunaan tools, carian keyword secara manual dan sebagainya. 


Ada yang cakap kelas saya mahal. Saya okay je. Kelas ni pun, bukan keutamaan saya tau. Kalau keutamaan sumber pendapatan saya, saya dah buka 1 kelas 20 orang   pelajar. Tapi ni bukan. Saya masih lagi menulis sebagai seorang ghostwriter ( penulis upahan ). Kelas ni, macam coaching juga. Saya fokus kepada seorang pelajar sahaja satu masa. RM 199 selama 2 hari. Keseluruhan kelas mengambil masa 6 jam. 



Kesimpulannya, tidak kisah lah kerjaya kita apa sekalipun sebagai freelance. Asalkan kita ada ilmu dan kemahiran. Jika tiada 2 perkara ini, kita akan ditindas selama-lamanya. Saya pun, masih juga belajar dalam dunia freelance ini. Alhamdulillah, sebagai sorang ghostwriter. Saya berkebolehan menulis artikel seo, copywriting website, copywriting media sosial, bina content markerting berstrategi, menulis e-book dan jugga manuskrip klien. Selain itu, saya turut menawarkan 15 jenis servis Penulis Upahan

 

Selain menulis sebagai penulis upahan, saya kembangkan karier dengan mengajar penulis baharu wanita yang berminat mendalami Search Engine Optimization. Sebelum mendapat kejayaan begini, sudah banyak saya menerima rejection daripada prospek. 



Ikuti saya di facebook : Nor Azlina Mohd Ali



 

 




Catat Ulasan

0 Ulasan