Kali ini berkongsi kisah mengenai makanan sedap Kuantan. Walaupun saya penduduk tetap di Kuantan selama 36 tahun. Tetapi, kali ini saya terbuka hati mahu menulisnya kerana berpuas hati dengan makanan yang kami nikmati pada malam Jumaat di Kotasas. 


makanan-sedap-kuantan
Corn Cheese tersedap di Kuantan



Apakah makanan sedap Kuantan

Kami dah puas makan dengan makanan ikan bakar dan masakan Thai semuanya. Jadi, malam Jumaat lepas suami baik hati bawa kami keluar. Kononnya mahu ke Lotus, hari pembukaan di Kuantan. Namun, cubaan gagal. Dan, terus ke Kotasas. 

Tujuan utamanya ingin mencari Corn Cheese Tarik sebagai dinner. Saya dan anak-anak sahaja yang gemarkan makanan begini. Makanan sedap kot. Tetapi tidak bagus di makan selalu. Suami pula kurang, tetapi jika ada anak-anak yang tidak habis maka dia yang habiskan makanan tersebut. 

Di manakah lokasi Kotasas?

Walaupun bandar  Kotasas sudah hampir setahun dibuka, agaknya. Sebab hari itu adalah kali pertama suami bawakan kami bersantai di situ. 

Lokasi jika arah dari Pelindung, akan mengambil masa selama 20 minit jarak perjalanan. Lokasi terletak di kawasan perumahan elit. Jika kalian mahu tahu, Kotasas ini best untuk beriadah bersama keluarga dan students di kawasan berhampiran. 

Pendapat saya, Kotasas ini strategik. Yang mana tempat tumpuan anak-anak muda, keluarga dan pelajar. Mengapa saya cakap begitu?

Kotasas ini hanya tempat makan-makan dan beriadah sahaja. Yang mana di bahagian belakang, terdapat Foodcourt berhadapan Tasik. Jadi, selepas makan boleh bersiar-siar di Tasik. Juga terdapat taman permainan untuk anak-anak bermain. 

Saya rasa, dah jumpa kot jika nak siapkan kerja manuskrip di sini. Jika ada lah tugasan manuskrip. Mungkin boleh ubah angin menulis pula di suasana begini. 

Harga makanan sedap di Kotasas Kuantan Foodcourt 

Selain Pizza Hut, Family Mart, dan beberapa kedai makan lain. Terdapat Foodcourt di bahagian belakang. Kotasas ini sangat luas. Jenuh exercise berpusing-pusing untuk sampai ke Foodcourt. 

Makan malam dengan Corn Cheese Extra Moza, Corn Cheese Mamee, Corn Cheese Cornflakes, Corn Cheese Normal. Makanan yang saya order ini, semuanya makanan sedap! 

Buat mereka yang suka makan western dan makanan sedap serta mudah, saya syorkan makan Corn Cheese. Menu lain kisok ini ada, cuma masa yang saya datang tu kiosk hampir tutup jam 9.45 malam. 

Masya allah, tabarakallah. Langsung tidak rugi dengan harga yang ditawarkan itu harga bermula dari RM 8 - RM 9 secucuk Corn Cheese. Kerangupan seakan ayam goreng dan tidak muak!

Jadi, tidak ralat saya tidak dapat makan Corn Cheese daripada Family Mart. Yang mana, Family Mart dipenuhi dengan students sekitar sahaja. Huuhu. Bagi mak-mak macam saya ini, mana larat nak menunggu beratur sampai ke luar pintu Family Mart. Walhal, dah buka lebih sebulan. Masih tidak hilang fenomena di Kuantan ya. Mujur lah, sempat singgah Family Mart di Bentong yang lenggang tempoh hari selepas bercuti di Janda Baik

Bagaimanakah untuk ke Lokasi Kotasas?

Jika kalian nak sampai ke sini, gunakan waze. Taip Kotasas Tasek, Bandar Baru Kotasas Kuantan. 


Fasiliti lain 

Memandangkan Foodcourt ini selesa, jadi fasiliti lain turut menyediakan tandas dan surau bagi kegunaan orang awam yang datang berkunjung. Best sangat! 

Kalian jika datang ke sini, jangan hairan jika ternampak budak-budak remaja bermain scooter di sini. Kerana ruangan luas untuk bermain di bahagian tapak berdekatan taman permainan. 

Taman permainan di sini pun meriah. Jam menunjukkan 10 malam, tetapi anak-anak kecil masih hebat bermain gelongsor dan buaian. Ramai ibu bapa dan penjaga yang luangkan masa bersama anak-anak mereka di sini. 



Kesimpulannya;



Inginkan makanan sedap Kuantan, kalian perlu rajin mencari. Kena explore macam saya. Baru jumpa tempat makan best di Kuantan dengan suasana tenang untuk beriadah di waktu malam bersama anak-anak.




makanan-sedap-kuantan
Belakang tu lah Kiosk yang menjual Corn Cheese yang sedap