9 Kriteria untuk jadi si tukang review Limited Edition

Disebabkan semakin banyak kewujudan produk dan servis di pasaran sekarang, maka wujudlah pekerjaan sebagai tukang review. Kriteria untuk jadi tukang review, semestinya ada jika mahu sampaikan maklumat tepat kepada sasaran pengguna. 


tukang-review-produk
Salah satu contoh kerja tukang review adalah review di Tiktok




Tukang review akan membuat ulasan berkenaan produk yang digunakan seperti sabun basuh pakaian, baja pokok , syampu, minyak wangi, pakaian, tudung dan kosmetik atau servis. Sebagai contoh servis meliputi kedai dobi, bengkel kereta, peralatan keselamatan, mahupun restoran.   


Matlamat tukang review 

Kajian semula tujuan adalah menghebahkan produk atau perkhidmatan pelanggan mereka di platform media sosial mereka. Sebaliknya, mereka tidak membuat jualan.
 Cara mahu mendapatkan jualan adalah daripada pihak pelanggan itu sendiri melalui Facebook Ads, penggunaan landing page, platform Shopee, Lazada, dan sistem affiliate di TikTok mereka.

Matlamat utama tukang review semestinya mahu memperkenalkan produk baharu atau produk sedia ada di pasaran. 


Tips review produk dengan berkesan


Dimanakah tukang review akan membuat review mereka

Tukang review akan membuat ulasan review produk atau servis klien mereka di media sosial seperti di Facebook, Instagram, Blog ( hebahan di Google ) , Tiktok, dan Youtube. 

Ulasan tersebut mungkin dalam bentuk penulisan di Blog, gambar dan Video di Tiktok mahupun Youtube. 


Apakah kriteria untuk jadi tukang review 


1. Niche 

Kebiasaannya, ulasan tukang dipilih berdasarkan niche Influencer, Instafamous, Tiktokers dan penulis blog itu sendiri. 
Sebagai contoh : Abu ialah seorang Influencer parents, maka kandungan beliau adalah mengenai kehidupan sebagai ayah dan suami . 
Mulai sekarang, wujudkan niche anda. 


2. Minat 

Boleh juga, bina kandungan berdasarkan minat. 
Sebagai contoh : Azlina ialah seorang penulis upahan. Minat dalam bidang penulisan. Makanya, kandungan dibina berkenaan penulisan. Jadi, mereka yang mahu beliau menulis review produk seperti buku atau kelas amat sesuai. 


3. Pengalaman 


Tukang review boleh jadi melalui pengalaman. Besar kemungkinan, anda sukakan berkongsi pengalaman menggunakan pelbagai produk dan servis. Jadi, pelanggan akan memilih anda. 
Walaupun ada beribu tukang review diluar sana, anda mungkin memilih klien jika anda mahir menulis atau mengulas ulasan dengan baik berdasarkan produk yang diberikan oleh mereka. 


4. POV ( Sudut Pandangan )


Sebagai tukang review, anda dinasihatkan memberikan yang terbaik untuk memberi ulasan produk. Anda bukan sahaja memberi ulasan sebagai pengguna, bahkan boleh memberi ulasan daripada sudut pandang yang berbeza . 


Selain asyik mengulasnya dengan perkataan cantik dan padu sepanjang masa, ianya akan menjadi cliche. 

Sebagai contoh, mungkin anda boleh mengulas dari segi rekaan botol, pembungkusan produk tersebut dan jika mahu mengulas mengenai makanan cuba menggambarkan keadaan makanan tersebut.
 Bagaimana keadaan makanan tersebut, adakah rangup, terasa kepekatan coklatnya atau sebaliknya. Ini contoh sahaja. 


Contoh review bertulis di Facebook :


Sebenarnya saya terpengaruh dengan kes viral baru-baru ini daripada bekas kakak iparnya, yang dikatakan sambal ini laku keras!

Dek kerana kisah viral tersebut. Terus saya cari di Tiktok, dan order 1. Hasil dari kajian, saya dapati sambal petai ini lagi sedap dari brand yang ada di pasaran.

Ya tepat sekali. Betul apa yang dikatakan segelintir netizen.

Sambal hijau petai Ali Puteh bukan semata-mata lada hijau je. Malah, turut rasa bawang merah. Ini yang penting, dan tak ramai kekalkan rasa sambal.

Petai yang rangup!

Tahap kepedasan ok sangat. Pesakit gastrik dan perut sensitif pun boleh makan. Ini paling saya suka.
Harga sambal petai Ali Puteh RM 25.30 termasuk pos.

Kesimpulannya:

1. Ciri keunikan ( USP ) produk makanan daripada Ali Puteh bukan menang dari segi rasa sahaja. Malah kotak pembungkusan juga cantik, dan padan dengan warna sambal petai.
2. Tema dia berlainan daripada mana-mana pesaing yang dalam satu industri.
3. Produk beliau juga menggunakan hashtag #manamanaponpetai sebagai bahan pemasaran.
4. Dalam marketing, sebenarnya kisah viral ini bagus. Tetapi, jika kerap tunggang dengan kisah sedih dah jadi cliche. Kesan daripada menagih simpati orang ramai boleh jadi orang meluat. Maaf, tiada kaitan pun dengan cerita asal.

Saya rasa cukuplah disini review pendek sebagai pelanggan.



5. Pengikut 


Jika anda mahu menyemak di media sosial, pastikan anda mempunyai pengikut yang ramai dan engagement bagi setiap posting. 


6. Pertunangan


Sebagai contoh metrik diukur berdasarkan jumlah komen, like dan share setiap posting. 


7. SEO 


Bagi penulis di blog, memastikan klien mahukan artikel review ditulis dengan kata kunci iaitu dalam format Search Engine Optimization ( SEO ) . Tujuannya, mahukan artikel review tersebut berada di halaman pertama di Google. 

Mahu menulis artikel dalam format SEO, anda mestilah faham di mana mahu masukkan kata kunci dalam artikel. Tujuannya, artikel tidak menjadi spam. Google paling tidak sukakan artikel spam. 


8. Kreatif 

Majoriti klien sukakan tukang review yang kreatif bagi menguar-uarkan produk atau servis mereka di Media sosial. 
Sebagai contoh, mungkin kreatif dalam membuat video, copywriting di media sosial tukang semakan. 


9. Tarikh akhir 

Deadline sesuatu kerja adalah mengikut tukang review sendiri, memandangkan kerja-kerja review agak berat. Mungkin perlu menangkap gambar yang cantik, mengedit gambar / video, seterusnya mencari idea untuk menulis di blog dengan kata kunci atau Kata Kunci. 

Tarikh akhir, jika klien yang minta segera disiapkan mengikut tarikh. Makanya, harga akan dinaikkan mengikut persetujuan antara kedua belah pihak. Jika tiada persetujuan, maka tidak berlaku proses semakan.  

Kesimpulannya, 9 kriteria untuk jadi tukang review Edisi Terhad dengan penuhi keperluan seperti Niche, minat, pengalaman, tarikh akhir, POV, Engagement dan Followers. Berbaloi jika anda ikuti jika mahu serius sebagai tukang review. Kebaikan ini bukanlah kepada satu pihak sahaja, malah kepada klien juga. 



Contoh review di blog dalam format SEO : 


1. Review servis : Tolong Beli barang dari Indonesia  

2. Review produk : Beg Sekolah Swan    , Perfume De'xandra 



Jika ada yang berminat untuk servis review di blog, terus ke pautan : Servisreviewblog