Dikunjungi oleh 3 manusia dan seorang wanita ketika batuk berkahak

  Bila melihatkan anak-anak dan suami mulai batuk.  Segala perasaan beraja di dalam diriku seperti  panik, ketakutan, dan trauma.  Disebabkan oleh pengalaman suku tahun 2022 iaitu batuk yang kronik menyerangku dek kerana simptom long Covid pada tahun 2021. Itulah punca batuk berkahak. Dalam kisah ini, berkaitan kisah mistik dan mungkin juga ianya kisah dongeng daripada diriku sendiri. 


punca-batuk-berkahak





Bawaan suami 


Jika tidak suamiku, anak-anak yang membawa penyakit ke rumah. Begitulah antara 2 situasi ini. Tapi, kali ini suami yang membawanya asbab keluar masuk ke site secara kerap dalam tempoh seminggu di daerah Kuantan. 


Biasanya, aku adalah orang terakhir yang akan dijangkiti jika keluargaku sakit. Sejenis yang mempunyai antibodi yang lemah, bila dijangkiti sukar tubuh badanku mahu sembuh. Memang begitulah nasibku. 


Batuk Berkahak


Permulaan diserang batuk, aku hanya batuk kering. Ya Allah, masa ini hanya Tuhan yang tahu. Sakit kemain tekakku. Pelbagai ubat ku gunakan ketika  ini, baik ubat batuk yang biasa aku gunakan mahupun saranan daripada  rakan-rakan di Facebook. 


Anak-anak dan suami semakin menunjukka tanda mahu sembuh. Tapi, tidak diriku. Hari demi hari, batukku semakin teruk. 


Kemudian, aku tergerak hati mahu mencuba ubat batuk di Farmasi. Alhamdulillah, semakin pulih. Namun, batuk aku semakin teruk. Ubat tersebut hanya bertindak balas kepada tubuhku hanya seminggu, kemudian batuk berkahak menyerang kembali. 



Serangan batuk berkahak


Batuk berkahak aku semakin teruk. Setiap kali batuk, segala urat-uratku tertarik. Bahagian dada terlalu sakit, seakan mau pecah setiap kali batuk. Manakala, bahagian pinggangku bagaikan mahu terputus 2 antara bahagian badan atas dan pinggang kebawah. 


 Sakit! Ya Allah. Masa ini saya sudah habis ikhtiar. 


Pada suatu malam, sebaik meletakkan kepala di bantal.  


"Koh, koh, kohhhhhhh." Bunyi batuk yang dihasilkan sebaik saya merebahkan badan. Berlari saya ke tandas bilik, bagi membuang kahak. 


"Kof, koffffffffff. Ya Allah, sakitnya bang. Rasa nak mati dah ni." Jerit saya disebelah suami. 


"Esok kita ke hospital ya? malam ni, ayang minum air suam sebelum tidur." 


Aku terus ke bahagian dapur, bagi mendapatkan air suam. Terasa lega sekejap anak tekak, setelah aku menelan kapsul susu harimau yang dibeli dari Farmasi. Aku menapakkan kaki ke bilik utama untuk menyambung tidur. Jam di ruang tamu, menunjukkan angka 12.49 tengah malam. Bayangkan dari jam 10.00 malam cubaan untuk tidur, sehingga jam sekarang masih tidak boleh melelapkan mata. 


Belum pun seminit berlalu, batuk kembali berulang. Kali ini, aku tidak boleh langsung berbaring. Baring je, batuk. 


Akhirnya..

Aku mengambil bantal dan menyandar didinding bilik. Ya Allah, sampai begitu sekali tidur malamku. 

Sedang aku tidur dalam keadaan duduk menyandar, batuk menyerang lebih teruk. Walaupun teruk, kali ini kahak sudah tidak ada lagi. Mungkin ubat yang ku telan semasa minum air suam sudah bertindak. 


  Mengapa dan apa punca batuk berkahak aku?


Punca batuk berkahak aku disebabkan pada tahun 2021 diserang Covid19 sehingga keguguran kali kedua. Dari sini lah punca batuk berkahak terjadi, dan jika menyerang memang teruk. Pernah tercungap-cungap diriku jika batuk. 



Mistik 


Sekejap beralih di hujung kaki suami untuk tidur, sekejap ke dinding mahu tidur menyandar. Dan, begitulah. Aku sentiasa menukar posisi tidur untuk keselesaan, dan bila tidur di hujung kaki suami batuk semakin teruk. Manakan tidaknya, betul-betul direct kipas siling. Sejuk! itu yang mengundang batuk. 


Aku menahan daripada batuk. Ya Allah! aku rasakan  malam ini adalah yang terakhir bagiku. Aku menangis bersungguh-sungguh malam itu tanpa mengeluarkan bunyi esakan. Tidak mahu menganggu suami yang sedang enak diulit mimpi ketika itu. 


Malam itu, aku tertidur  sesekali aku bertahmid dengan Lailaha illah Allah  . Sakit yang tidak dapat ditanggung lagi. 


Cerita mistik bermula disini..


Baru sahaja aku pejamkan mata. Ada kelibat yang menghampiri diriku. Iaitu di bahagian sisi katilku. Kelibat tersebut persis manusia, tetapi tidak dikenali. 2 tetamu yang datang melawatku pada malam itu adalah lelaki. Iaitu seorang lelaki muda bertanjak dan satu lagi adalah dalam bentuk  kepala sahaja berbentuk binatang manakala badannya manusia, tetapi hanya samar-samar wajah kedua itu. Tidak bercakap, aku hanya tergamam melibat kelibat tersebut. 


Tersentak daripada mimpi tersebut, aku beralih tidur  didinding dalam  keadaan  menyandar. Kali ini, terus lena. Pejam je mata, aku didatangi  kelibat perempuan. Apa yang aku pasti, rambutnya rapi disanggul. Matanya memandang sayu kearahku. Seperti datang melawat orang sakit. 


Serius, dalam mimpi ini pun aku tidak pasti siapakah gerangan tersebut.  Kemudian terjaga daripada tidur. Sebaik aku tersedar daripada mimpi, segera aku membaca potongan ayat Innahu min sulaiman wainnahu bismillahirrahmanirrahim. Berulang kali sehingga tertidur. Punya lah ketakutan! 



Petua batuk berkahak


Entahlah, ku rasakan malam ini adalah terpanjang untuk habiskannya. 


Baru je rebahkan badan. Dapat mimpi lagi!!! aku penat nak melayan mimpi-mimpi begini. Walaupun aku tidur baca dengan ayat-ayat suci Al-Quran seperti Al-Baqarah, Al-Mulk dan Yasin 7 penjuru. 


Ya Allah, apakah ini? aku berkhayal ke? langsung tidak makan ubat batuk jenis cecair. Tidak sama sekali. Ubat yang aku makan tu, beli di farmasi je. 




punca-batuk-berkahak
Tiger milk booster berkesan bagi masalah batuk dan bersihkan paru-paru dari kahak




Kali ini, datang seorang lelaki tua. Tidak dikenali datang dalam mimpiku. Beliau memberikan kepadaku petua untuk masalah batuk. Ya, pakcik tersebut memberiku petua untuk batuk-batuk aku. 


Seingat aku kena ambil daun. Tetapi itulah, aku terlupa pula pesan pakcik tersebut. Daun apa untuk penyembuhan. Walaupun aku tidak ikut petua tersebut, dengan izin Allah batuk aku sembuh. Asbab aku menangis kot tiap hari tidak sanggup batuk lagi, jadi Allah makbulkan hajatku. 


Lain-lain mimpi,  pernah aku didatangi oleh 2 orang perempuan dan mengurut kakiku. Ketika itu, memang kakiku sakit, entah lah antara percaya atau tidak. Semoga aku dan keturunanku dijauhkan dariada tipu helah syaitan. 


Secara kesimpulannya, aku memang takut jika batuk berkahak menyerang diriku lagi. Trauma sebenarnya dengan mimpi-mimpi diatas, dan keadaan dalam dunia nyataku iaitu batuk berkahak. Tidak sanggup menanggung batuk kerana sukar tidur pada waktu malam juga. Kipas siling pun tidak boleh On jika batuk. 


Selain itu, aku juga mengamalkan potongan ayat ini sebagai amalan diri untuk keluar rumah setiap hari bagi mengambil anak-anak pulang dari sekolah.



Ayat tersebut adalah penggerak diri :



بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ،


Maksudnya:


Bismillahhi Lazzi La Yaduru Maasmihi Syai'un Fil Ardhi Wala Fissama eiwahuwwa Sami'ul Alim. 


Maksudnya: 


"Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu pun dengan nama-Nya sama ada di bumi atau di langit. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui sebanyak tiga kali nescaya tidak akan dimudharatkan dengan sesuatu pada hari ter

sebut."



Amaran : Jangan fikir  yang bukan-bukan, apabila membaca cerita mistik perkongsian daripadaku. Semuanya saya sudah berusaha, mungkin ini ujian Allah untuk diriku.