Mungkin ramai yang telah faham mengenai personal branding. Dan, kemungkinan besar juga masih lagi ada individu yang samar dengan apa itu personal branding. Sebenarnya, jika personal branding yang baik akan jadi seperti Khairul Aming. Kan? tapi dalam artikel kali ini saya nak kongsikan study cases daripada saya sendiri jer. Khas untuk bacaan rakan-rakan yang membuat carian di Google terus menjumpai artikel mengenai personal branding yang tepat .

 

 Berbalik kepada cerita asal. Tidak ingat bila soalan ini saya ajukan kepada bakal pelanggan di whatsapp. Sebab katanya jumpa saya di Google. Dan, kata pelanggan ini lagi beliau juga buat research mengenai diri saya sebelum hired untuk job Ghostwriter . 


Saya pun, penasaran ketika mendengarnya.
Tanya lagi. "Puan cari keyword apa di Google untuk research?" 


apa-itu-personal-branding
Bila klik Nor azlina mohd ali Biography. Maka akan keluar kesemua profile platform media sosial milik  saya.



Taip "Nor Azlina Mohd Ali" .


Apa lagi saya ni, penasaran kan? terus berlari dari ruang tamu ke bilik menulis dan langsung buka laptop nak juga tengok apa hasilnya. 


Dan... gambar itu semua sebagai bukti. Haza rahmatun min rabbi. Terkejut sekejap! sebab nama saya naik dan ada di bahagian penting Google. 


P/S: Sesiapa nak buat carian di Google. Andai kata nak check nama sendiri di sana, jangan gunakan profile sendiri. Sebab jika gunakan, Google akan tunjukkan Semua mengenai anda. 

Maksudnya, tidak telus di situ. ( Orang lain buka, tiada pun nama anda dan sebagainya ) . Anda sendiri akan faham. 


Sesiapa nak tengok keberadaan nama anda di Google, sila cuba. Ia mengenai personal branding.


Di platform manakah audiens jumpa anda ?
Jawapannya ada dalam carian di Google. 


PSS: Untuk rujukan boleh tengok di setiap gambar.
Lahawla wala quwwata ilah billahi alihil adzim.

 

apa-itu-personal-branding
Jika klik di bahagian Copywriting ( ada muka saya ). Ia akan membawa kepada artikel-artikel SEO saya dari semua posting pelbagai platform media sosial saya. Haza rahmatun min rabbi.  

 

 

 

Bacaan lanjut mengenai personal branding 

 

 Dengan study case saya , kini saya tawarkan Kelas Ghostwriter Expert, Kelas Basic SEO untuk penulis artikel  dan Servis Penulisan Ghostwriter Malaysia

 

Apa itu Personal Branding 

 

Menurut saya sendiri dengan apa yang dilakukan sehingga kini. Personal branding adalah  cara kita memperkenalkan diri kepada audiens. Dari jenis penulisan, gaya penulisan, layanan, presentation, dan paling penting tidak sombong. Ehh, ni bukan personal branding tau. Saja tambah ayat.. 

 

Dalam Personal branding  ada 3 unsur iaitu dikenali, disukai dan dipercayai. Jika anda mempunyai ketiga-tiganya pada diri, tahniah! Lulus untuk saringan pertama. 


Contoh personal branding 


Tidak sukar pun mahu menaikkan personal branding. Anda perlu buat orang nampak, kenal dan percaya. 


Bagaimana cara nak buat orang nampak anda sebagai orang bisnes? 


Langkah pertama ialah beritahu apa yang kita sedang usahakan.
Sebagai contoh : 


Jual buku
Jual biskut raya
Servis penulisan Ghostwriter. 


Bagaimana nak beritahu audiens dengan servis atau produk di jual?


Jelaskan apa yang kita jual. 


1. Katakan jual biskut raya homemade. 

Apa jenis biskut raya kita buat?

 Selain sedap, apa keunikan biskut tersebut? 

Sebagai contoh: inti tart nenas dibuat sendiri setiap hari. 


2. Apa jenis servis penulisan Ghostwriter? 


Servis menulis artikel SEO, ebook dan Copywriting. Sebagai contoh : fokus SEO. 


Untuk perkenalkan apa yang kita jual, mesti mula beritahu audiens supaya mereka nampak dan tahu. 

 

Apa itu personal branding dan contohnya ?

Boleh ceritakan cara anda bekerja, mengambil order dan pertanyaan daripada bakal pelanggan. 

 

 

Apakah kelebihan personal branding di Media Sosial 

 

1. Pembeli dan pelanggan
 
Apa yang anda usahakan sentiasa ada pembeli atau pelanggan setia.
 
 
2. Proses close deal menjadi lebih mudah
 
 Tidak perlu cakap banyak, dan pelanggan bersetuju membeli atau bekerjasama dengan produk dan servis anda. 


3.  Kepercayaan 

Walaupun seribu pesaingan yang datang, pelanggan akan setia dengan anda. Jika personal branding anda kukuh. Sebagai contoh Khairul Aming dengan pelancaran Sambal Dendeng nya. Tetap ada pelanggan setia menanti untuk membeli pada hari pelancaran. Dalam masa berapa minit, sold out kesemuanya. Jadi, pelanggan tidak akan berpaling kepada jenama lain. 
 
 
4. Pakar dalam bidang
 
 
Anda akan dilihat pakar dalam bidang tersebut. Sebab anda sentiasa menyelesaikan masalah pelanggan. 



Apakah contoh personal branding di media sosial

 

Konsisten 

Rajin menghasilkan content di media sosial. Sebagai contoh di Facebook, Instagram, Tiktok dan Website. 


Content 

Beri content yang bermanfaat kepada audiens mengikut target sesuai. Sama ada content bertulis, dan video. 
 
 
 
Gambar 
 
Hasilkan gambar poster yang menarik di wall anda. 
 


Baca apa tujuan personal branding   



Kesimpulannya, personal branding yang tepat akan membantu anda menjana pendapatan tanpa henti. Selagi ada usaha, anda akan kekal relevan. Dengan itu, semoga anda faham mengenai apa itu personal branding yang sebenar.

 Jika ada mana-mana individu cakap nak kena tunggu 10,000 followers dulu untuk menjual, ianya salah. Followers datang berdasarkan kepada pembinaan content yang kita hasilkan. Andai kata content anda asyik ajak bergaduh dan mengumpat sempanjang masa. 

Mungkin anda menarik haters menjadi followers dan bukannya bakal pelanggan. Kesannya, memang anda tidak akan mendapatkan jualan sampai bila-bila. Jika ada pun, berhati- hati dengan followers haters kerana ia akan merosakkan diri anda dan dosa seterusnya untuk anda tanggung kelak.




Nak belajar teknik closing deal sebagai Ghostwriter ? jom sertai Kelas Ghostwriter Expert 2.0 pada harga Kelas RM 59 ( 10 peserta terawal Early Bird ) , peserta ke-11 pada Yuran RM 99 (  Mempunyai rakaman Zoom dan nota kelas. Percuma : Exclusive Group Facebook,  dan  Caj Penulisan. )