Excited bila pergi tempat healing di Johor - Parit Panjang, Pontian

 Antara tempat healing di Johor iaitu di Kulai dan Pontian. Kenapa saya cakap begitu? ini pandangan peribadi saya sendiri.  Suasana kampung yang best bagi saya. Macam biasa, kami suami isteri last minit percaturan. Iaitu suami nak menginap di hotel bandar Kulai biasa yang kami menginap, sementara itu saya pula nak menginap di homestay. Disebabkan risau dengan kesesakan jalan, kami bersepakat untuk menginap di homestay di bahu jalan sahaja. Iaitu di Pontian, Johor. 

Nak dijadikan cerita, sehari sebelum bercuti ke Kulai. Iaitu di rumah kakak, sejak petang saya sibuk membuat carian di Google sehinggalah di waktu malam. Maka, terjumpa lah satu Homestay. Tapi, malangnya homestay tersebut sudah penuh. Maklumlah, cuti persekolahan kan? tambah lagi cuti Tahun Baru Cina. Bertambah kesesakan rakyat yang mahu bercuti.


tempat-healing-di-Johor

Jumpa Homestay 

Akhirnya saya menjumpai homestay Cik Milah, dengan bayaran RM 320 untuk 3 bilik. Selama 2 Hari 1 Malam, kami menginap di situ. Pada permulaannya, suami cakap nak survey dulu semasa datang tengok tu. Kemudian, saya ingatkan suami bahawa cuti sekolah. Terus suami bersetuju, memandangkan kami sampai ke Pontian sudah jam 2 petang ketika itu. 

Jika diikutkan, memang tidak mahu menginap di sini. Salah satu sebab, homestay ni betul-betul di tepi jalan utama. Kiranya hutan seberang jalan dan sekeliling homestay adalah hutan dan jalan. Belakang homestay hanya mempunyai 2 buah rumah sahaja. Saya tidak fikir lain, risau harimau tersesat sahaja. Teruk kan fikiran saya ni, overthinking! 

Sewaktu di homestay, saya mengajak adik bongsu dan keluarga kecilnya untuk menemani kami menginap di Homestay. Dan, tidak sangka pula abah pun nak tumpang bermalam di homestay kami. Rasa bahagianya bila ramai berkumpul di sini. Jadi, tidak takutlah kami. Jika diikutkan, agak seram juga. Sebab 2 bilik lagi dibiarkan kosong, tapi sudah di bayar. Tu yang rasa rugi je bila bilik homestay kosong macam tu. 

Manakala, mak dan adik perempuan bujang bermalam di rumah kakak di Kulai. 

Hari pertama di Homestay Cik Milah

Malam hari pertama, kami membuat BBQ di homestay. Alhamdulillah, syukur. Sedang seronok  membakar ayam dan membuat steamboat, pelbagai hal yang bermain di fikiran. Maklumlah, depan hutan dan gelap pula tu. Risau, kan bakar membakar di malam hari. Mungkin memanggil sesuatu! 

Peralatan BBQ semua di bawa dari rumah kakak. Kata kakak dan abang ipar, ubah angin dan buat BBQ di tempat orang pula. Sebelum kami membuat BBQ, saya sudah meminta izin daripada tuan homestay iaitu Cik Milah sendiri. Alhamdulillah, dia izinkan kami buat BBQ di situ. 

Selesai  buat BBQ dan berkemas, kakak pulang ke rumahnya pada jam 11 malam begitu. Laluan Pontian ke Kulai, jalannya memang sangat gelap. Sangat  menakutkan ok! 

Tempat healing di Johor 

Masya Allah, tabarakallah. Subhanallah! Pagi di hari ke-2 berada di Parit Panjang, Pontian. Jam 7 pagi, jalan raya semuanya berkabus ya.  Cantik suasananya, betul-betul suasanan yang saya impikan sebelum ini. 

Suasana kampung yang mendamaikan, dengan tahap kesejukan pada awal pagi dengan berkabus. Masya Allah, tabarakallah. Sungguh! Allah izinkan saya merasai suasana kekampungan begini. Anak-anak pun teruja dengan suasana begini. Maklumlah, kami di Kuantan tiada suasana seperti di Parit Panjang, Pontian. Di Kuantan, kami ada 7 buah pantai sahaja. 

Dek kerana keterujaan tersebut, ada beberapa keping gambar dan video saya sempat mengambilnya. Ini lah suasana tempat healing di Johor yang sebenar. Rupa-rupanya berada di Parit Panjang. 

Hari ke-2 berada di Parit Panjang, seawal jam 8 pagi kami berada di rumah kakak di Kulai. Aktiviti kami seramai 4 buah keluarga adalah lakukan brisk walk di sekeliling kampung kakak. Ok lah, lebih kurang 43 minit kami lakukan aktiviti sihat. Alhamdulillah, syukur. Cumanya untuk kenangan memang masing-maisng enjoy tidak pegang langsung smartphone. 

Ladang nanas di Parit Panjang, Pontian 

Paling mengujakan kami seisi keluarga, laluan untuk sampai ke homestay Cik Milah. Ada beberapa gerai peniaga kecil menjual nanas yang segar dari ladang. 

Perkara paling mengujakan kami adalah buah nanas di petik hanya seberang jalan sahaja. Kerana disitulah terletaknya ladang nanas mereka. 

Nanas dengan baka MD2, walaupun kulitnya kelihatan kehijauan. Tetapi jangan risau, nanas tersebut sudah masak. Best! 3 biji RM 20.00 . Ada banyak saiz, saya pilih yang sederhana. Tidak lah besar sangat. 

Oleh sebab bonet kereta kami kecil. Beli sedikit sahaja, cukup untuk jadikan ole-oleh buat  jiran-jiran kiri kanan dan mak mertua. 

Bila melihatkan ladang nanas begini, dan bagaimana buah nanas di petik. Ini menjadikan tempat healing di Johor best, bagi pendapat saya. 


tempat-healing-di-Johor

Kerepek Ayer Hitam, Johor tempat membeli segala kelengkapan kuih raya dan kerepek. 


Matahari naik di Parit Panjang

Subhanallah. Pertama kali dalam hidup saya dan anak-anak dapat menikmati matahari terbit. Ya! matahari terbit dari arah sawah padi. Subhanallah! Sungguh cantik tidak terhingga dengan sun rise ni. Comel je, masa terbit tu tak panas dan tidak menyakitkan mata akibat silau. Maklumlah, saya ni silau. Cermin mata silau tidak bawa, jadi terselamatlah.

Ketika kejadian, matahari terbit jam 7.48 pagi . Kami dalam perjalanan mahu ke Kulai untuk bersarapan di rumah kakak. Dalam perjalanan tu, seakan dia welcoming kepada kami tau. heheh.

Seterusnya kami mandi-manda di wetland, lupa dah di mana. Tapi uniknya, tempat tersebut dalam ladang kelapa sawit. 

Secara keseluruhannya, kami sangat berpuas hati ke tempat healing di Johor . Satu pengalaman mahal buat kami seisi keluarga sewaktu berada di Parit panjang, Pontian.