Kenapa Wanita Perlukan Bio Essence..?



serum berkesan,kecantikan,cara nak hilang kedut wajah,serum untuk wanita 20 tahun keatas
wanita dan kecantikan

Semua wanita di luar sana inginkan cantik.Tak kisah lah, dari segi apa penjagaan.Cantik dan wanita memang tak dapat dipisahkan sejak azali lagi, baik penjagaan dari segi rambut, kuku, pakaian dan paling utama wajah..Haa..Wajah lah, paling kerap menjadi tumpuan orang ramai..( nak berkomunikasi..nak kena pandang wajah..) Kadang tu, kita orang perempuan ni...jerawat sebutir pasir je pun tumbuh di wajah.Sudah menggelabah..betul tak? Terus down.  Tapi janganlah sampai nak bunuh diri.


Hanya sebutir jerawat ini jugaklah boleh jadi mekap tak cantik..ehehehehe. Tapi nak jaga wajah bukannya senang. Mestilah kena rajin mencuci wajah. Scrub wajah seminggu sekali pun sudah memadai.. scrub untuk buang sel kulit mati di wajah. Ina biasa scrub 2 -3 kali seminggu  je wajah.., sebab terasa seolah olah kulit wajah ni kasar sangat. Hmmm..,itu kadang kala guna foundation pun terasa bercapuk solekan.


bird nest,bio essence,elak kedutan,serum
bio essence 


Haaa.. sorry terpanjang pulak dah mukadimah. Sebenarnya, ina nak bagitau korang ni. Nak share dengan korang jugak pengalaman ina gunakan rangkaian skincare dari store iaitu watson dan guardian. Memang berbaloi la kan hasil ina rembat terus Bio essence Bird Nest + Peptide, memang tak sia sia sangat. Masa tu, takda pilihan lagi semasa nak membeli.Tapi disebabkan ada bahan bird nest dan collagen..terus ina sambar. eheheheeh.Pada awalnya memang berkira la kan, sebab tengok harga (RM 69.90 tapi jika ada sale jadi RM 34.95). Hihihihii.. tapi pejam mata aja lah..Masa beli , takda sale,sebab beli di The Store( sesekali reward diri sendiri hasil berblogging, apa salahnya kan?)



Bio essence Bird Peptide




Hasil penggunaan Bio Essence Bird Nest + Peptide.. Oh, lupa, sebelum tu  nak bagitau.Bird Nest Peptide ni dia jenis macam toner gitu.. sejenis macam gam tekstur dia.Tapi pakai, memang tak melekit.Sedap je bila letakkan pada kulit wajah.Sejuk sangat..syokkk! Dan setelah 3 bulan penggunaan sahaja ( 1bekas yang bersaiz 50gram), barulah ina perasan..tompok hitam pada kulit wajah ina semakin berkurangan. 


Tompok hitam ni terjadi disebabkan kesilapan memakai produk wajah yang mengandungi merkuri.Yang menjanjikan bulan bintang..gebus gebas..putih ibarat kulit seperti telur dikupas itu.. ( tapi ina sedar diri, ina ni kulit mamak..hidung pun macam india haa. memang takkan jadi putih laa.. tapi lumrah wanita kan?)berangan tu memang ada.. hihihi. Dan kesan lain, kulit ina semakin anjal pula.Hihihihi..Kulit sihat. Jika ada calar di muka pun, cepat recover. Ini yang bertambah sayang ina dengan produk Bio essence.


Akibat  Bio essence berkesan dengan kulit wajah ina ni, ina mengambil langkah untuk berani mencuba produk seterusnya dari bio essence juga iaitu Rose Water Gold pula.Baru plan nak membeli.Tetapi dah jadi rezeki ina, Bio Essence berikan percuma pula


sampel dari Bio Essence


Rose Water Gold ini ina gunakan sebelum Bird Nest + Peptide.Iya, dengar macam agak leceh.Tapi sebabkan kulit ina mempunyai jenis kulit kombinasi, kejap kering dan berminyak di kawasan zon T wajah.Paling teruk kulit di bawah dagu ina jadi menggelupas. Ina kena lebih penjagaan kulit wajah. Rose water gold ini pada mulanya, keluar pula jerawat time guna tu.Stress pula, tetapi ina teruskan juga penggunaan.


 Malam kedua guna, jerawat kecut dan tiada meninggalkan parut pula di wajah. Terus jatuh cinta dengan rose water ni.. Kulit sekitar mata yang kering pun dapat baikpulih. Kulit jadi lembab sentiasa. Dan paling penting,liang roma pun tertutup,jadi halus kulit.Hmmm.. lepas ni nak pakai pada suami la pulak,Dia ada pori yang terbuka luas..Geram jer nak letak water rose gold ini.


review blogger,review product,review produk
Rose Gold Water

Rose water Gold ni kan, ina ni bersaiz 20ml.Tapi jika di luar, ada disediakan pada packaging 30ml pada harga RM 15 jika taksilap jika ada Offer.Dan Packaging besar iaitu 100ml pada harga RM 50.xx selepas offer. Harga asal ialah RM 75.90.


Okaylah, jika korang nak cari produk bio Essence ni..boleh terus terjah ke Watson dan Guardian terdekat.


Catat Ulasan

21 Ulasan

Eyqa Hasnan berkata…
Selalu tengok kawan share Bio Essence nie. Tak pernah cuba lagi
Fatin Shahrizam berkata…
Patot cantik je skin kak ina. Setia dengan bio essence rupanyaa :D
saidila berkata…
wahhh untungllah dapat free produk mahal....kenan pulak ngan rose water gold tu
Bebelan Cik Min berkata…
ha..dulu pernah try pakai produk ni..memang bagus
dya mohamad berkata…
kite pernah guna bio essence yg gold tu sblm pakai mekap.
Syafiera Yamin berkata…
i bio essence suka yang gold water tu, tanaka krim dia pun not bad suka betul
Hasif Hamsyari berkata…
bio-essence ni memang terkenal betul! harga pun dikira reasonable dan bahannya pun sesuai dengan iklim Malaysia. Sesuai sangat untuk para wanita. :D
Jia Shin Lee berkata…
The price is really affordable knowing that their products works well.
Hanny Abdullh berkata…
Selalu dgr org pakai gold water tu dn katanya bagus..nak gak cuba satu hari nanti
Shasratul Ameerah berkata…
Harga dia memang berpatutan dengan kualiti dia kan? Ramai juga kawan yang oakai bio-essense ni
Ruby berkata…
Bio Essence ni selalu tengok iklan dia je. Tak tau pun banyak manfaat dia eh. Harga pun not bad. Senang cari di drug store. Sekarang ni malas dan rajin je kan. Akak amalkan, nanti boleh tengok hasilnya. Good luck akak!
Anum Abdullah berkata…
berapa harga dia?
Lia Hasty berkata…
Tak pernah cuba produk Bio Essence ni. Takpe 1 day akan cuba juga. biasalah produk kan saling berganti. Nama produk Bio Essence juga dikenali ramai juga.
Zharif Azis berkata…
Mcm best je bio essence nie. Tgh promosi pulak. Nak ajak kakak pi beli lah. Muka dia tgh breakout teruk.
MaisarahSidi berkata…
menarik juga Bio Essence ni ye. ada juga kawan yang guna jenama ni

www.maisarahsidi.com
Bonde Zaidalifah berkata…
Produk Bio Essence ni memang brand yang bagus saya pernah pakai... dia melembabkan kulit muka
Mas FVOME berkata…
nmpk kt watson mcm menarik je tp x terbeli hehe
Huda Halid berkata…
best plak rasa produk bioessencelepas baca review ina. boleh la try rawat muka ni
fleurmj berkata…
Tak pernah try bio-essence ni. Saya pun jenis kulit kombinasi juga.
Tengkubutang berkata…
Rose Gold water tu nampak macam best je.. ada butiran emas dalam tu ye? ada kawan Tb bio essence bird nest dulu.. kulit dia memang sangat cantik..
Betty's Journey berkata…
I have tried their product but it does suit my skin. Too rich for my skin to absorb it.