STAR WARS : The LAST JEDI

Menonton wayang sudah menjadi aktiviti weekend famili kecil ina ni..ehehehe. Habis dari yang kecil umur 12 bulan , hampir 3 tahun dan 6 tahun kami lakibini angkut..eheheeh. Bukan mudah nak handle 3 anak anak kecil bawa masuk pawagam ni, mujur ada Tips.  

Macam biasa, Mr Z suka buat kerja last minit.. nak tengok wayang jam 2.30petang.Jam 12 tengahari baru dia wasap bagitau.Huuuuuu~~~ nasiblah ada mood nak ootd (Outing Of The Day).Nasiblah juga, gantung kuali pada hari hujung minggu..ehehehee.Takdelah letih nak bersiap lagi..cuci dapur lagi.Haishh..


Okay... pada hari ahad lepas, kami menonton wayang Cerita Star Wars : The Last Jedi.. huuuuu... Ina takdelah minta sangat cerita star wars ini.. Tetapi kan, bila tengah tengah jalan cerita tu yang sedap.. Rasanya, jalan cerita baru berkembang.Jika tak... huuu, ina sempat tidur 1 round dalam pawagam tu. Hahahahaah..First time ni tengok wayang tertidur.


Star Wars The last Jedi 





Review :


 Ceritanya bermula.. si Rey merasa pelik akan dirinya.Dia merasai dirinya adalah keturunan JEDI. Jadi, Rey bergegas dalam usaha menjejaki Luke..ingin berguru dengan Luke skywalker, betapa susahnya Rey ingin mendapatkan luke supaya mengajarnya. Selepas rey mendapat telepati dari Ren.Ren cuba mempengaruhi minda Rey.. dengan bermacam cara.Rey hampir dipengaruhi.. 









Kylo Ren Dan Rey masing masing mempunyai konflik dalam diri sendiri.Ren memujuk rey supaya mereka berdua bergabung.Jalan cerita jadi menarik apabila Luke memberi arahan kepada Rey supaya menyentuh permukaan (lantai) dan Rey dapat merasai sesuatu yang luarbiasa. Yes! Kuasanya lagi hebat. Akan tetapi.. Rey tidak mampu mengawal perasaan sendiri.




Rey tidak dapat mengawal kuasa seorang JEDI apabila dia telah berjaya mengetahui apa yang ada di bawah permukaan lantai dengan cara menyentuh sahaja. Luke amat terkejut kerana Rey mempunyai kuasa lebih dari seorang JEDI.



Jalan cerita menjadi semakin menarik apabila perlawanan antara Luke dan Ren. Luke seperti sudah mengetahui akan apa yang akan berlaku.Luke menghantar jasad nya semasa berlawan dengan Ren.Dan Ren ingin membunuh  Luke sebetulnya.. dengan penuh rasa dendam.



Untuk Star Wars kali ini..The Last Jedi rate daripada 10 bintang, ina dapat berikan 9 bintang sahaja.Ia satu cerita yang agak menarik dan setiap watak dikembangkan dengan terperinci.


**Kali ni..dapat kupon FREE bagi pembelian Popcorn dan juga air ..Syokkk!!! Dapatlah jimat duit ni.. 




type='text/javascript'>