Furqan Sudah Botak!! Makin Handsome anak mama

Alhamdulillah, pada usia Muhammad Arif Furqan 1 tahun 3bulan  ina telah berjaya mencukur kepala baby.Yang mana ia Satu-satunya anak lelaki ina. Syukur sangat, baru teringat semalam ialah hari jumaat. Kenapa ina cukur sendiri kepala baby? Ina kan Supermama.  








Sebenarnya, ina takut sangat nak bercukur rambut anak ni lebih-lebih lagi yang masih baru lahir tu.Merah lagi.. Seram.. kulit halus dan masih nipis. 

Semalam baru lah ada masa nak bercukur. Sebelum ini,masa furqan di lahirkan terus di botakkan rambutnya oleh nenek iaitu mak ina sendiri.Terima kasih sangat kepada mak.. selalu ada time ina susah senang.Masa berpantang mak duduk bersama ina.Mak lah jaga ina berpantang dari anak pertama sehingga lah yang nombor 3 ni..

Kali pertama dibotakkan rambut Furqan ialah hari Jumaat iaitu jatuh hari ke 7 furqan di lahirkan. Teringat pesan nenek ina yang juga seorang bidan kampung yang kini menetap di Felda Kg Awah Temerloh,Pahang.Katanya, untuk mengambil keberkatan hari Jumaat sahaja.Selagi ia tak menyalahi syarak,kita boleh ikut.

Ikutkan hati memang ina tak pandai nak cukur rambut anak ni.Furqan yang masih kecil..jenis duduk tak diam.Risau sangat jika mata gillete itu terkena kulit kepala furqan,mau menangis. Tapi kan, heeeh.Sudah terkena mata pisau di telinga furqan tu. Errr.. Tunggu besar sikit lah, baru sambung cukur pula yeea.


jadinya,mama cukur rambut kamu tak perfect.. maaf ya nakk



Lagi pun ada yang mengatakan bercukur banyak kali mampu melebatkan rambut anak. Rambut anak ina, mengikut gen ina sendiri. Iaitu nipis dan ikal. Hmmm, kalau rambut lebat dan hitam di tambah pula hidung mancung mesti ada nampak macam keturunan syed kan? 



muka terkejut furqan


Reaksi furqan selepas di botakkan??

Sambil menggaru kepala.Dan cuba menarik rambut yang sudah takda.Bayangkan.. kelakar weiii. Kebiasannya, memang dia akan tarik rambut jika dia nak tidur..(habit sebelum tidur). Nasiblah Furqan dapat biasakan dengan keadaan sekarang.




Apa-apa pun, mama doakan supaya anak mama jadi seorang yang soleh dan Taat kepada perintah Allah


Doa supaya anak mentaati Perintah Allah


(Surah Al-Baqarah Ayat 128)

“Rabbana waj alna muslimaini laka wamin dzurriyatinaa ummatan muslimatan laka wa arinaa manaa sinakaa watub alaina. Innaka anta tawwabur rahiim.”
Maksudnya: Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani


Catat Ulasan

1 Ulasan

Anum Abdullah berkata…
hensem anak sis.