Yayyyy!! Aku Dah Jadi Supermama

Rasa sangat gembira apabila sinki yang tersumbat dapat di baiki sendiri. Alhamdulillah,syukur sangat tau. Saya kategori jenis yang tak suka bertangguh kerja. Dengan pinggan mangkuk banyak yang kotor, perlu dibasuh dan  air bertakung dalam sinki...Euwwww.. kotor kan? 

gambar ihsan google



Lebih kurang macam kat atas tu la. Semasa kejadian.. sinki ina tersumbat.Tapi Air dah penuh..geli pula rasanya.Cuba pelbagai cara semuanya tak jalan..antara tips yang mak ina berikan ialah siram dengan air panas  kedalam sinki.Dan lagi satu cara ina pam sinki dengan tangan aje.Alatan pam tu takda pula time nak guna ni.. haishh.



Akhirnya, ina cuba buka perangkap sinki di bawah tu.Masa ni kan, ina main hentam aje.Redha je lah kalau pecah yee.. tapi yang menggantikan, cik Suami lahh.. sebab siapa suruh tak mahu tolong bini kan? hahhh.Lagipun,sebelum ini pernah ternampak abah ina buka semasa sinki tersumbat.









Bawah tu kan.. bukan jenis yang senang punya.Disebabkan sinki ina jenis double tap,agak sukar la nak membuka dibawah tu. Dah bocor macam ni, pastinya bahagian bawah kabinet menganggu tempat tong sampah kami . Bercakap mengenai tong sampah, saya reccomend recycling  bin in Malaysia . Satu-satunya pembekal tong sampah berkualiti. 


Jenis saluran bawah tu pula,nasib baiklah tukang rumah tak gam habis paip.Alhamdulillah.Jadinya, lega lah sikit.Mudah jika sinki tersumbat (maksudnya nak buka tu senang lahh). 

Lagipun,tukang yang buat dapur ina ni, memang sekadar melepaskan batuk ditangga..Menyesal tau.Sinki ina bocor, air selalu menitis di bawah tu.Walhal haritu masa masuk rumah ni tahun 2014 lagi sudah bocor.. hubungi pun tak berjawab telefon.Habislah juga RM 11,000 bagi penyambungan dapur basah ni (ini pun kira pakej bajet juga,tingkap jenis naco).Memang tak berbaloi.. jika ikutkan mahu jer cari sampai ke lubang cacing orang tu. 



Dengan menggunakan kuasa seorang ibu dan juga isteri.Akhirnya, dapat dibuka juga saluran bawah tu setelah cubaan ke berapa kali gagal.Anak-anak ina, bertepuk tangan tengok mama dia berjaya lakukan tugasan seorang lelaki.Berketul sisa makanan keluar bersama air kotor.Berminyak lagi tu..ikutkan memang geli,tapi nak gunakan sinki.Apa lah sangat.. kena berkorban.Yang ina ni, lagi lah gembira,selembik lembik ina sebagai seorang isteri.Mampu pula ina selesaikan kes sinki tersumbat ini.. ( sambil berseloroh dalam hati..)



Tips Sebelum nak buka saluran bawah sinki itu:



1. Pastikan korang tadah dahulu dengan besen atau baldi bagi menampung air kotor keluar.

2. Bersedia lah korang.. Segala kemungkinan yang akan keluar dari saluran sinki korang tu ye.. 

3. Tunggu sehingga air kotoran betul betul habis keluar, baru lah boleh angkat paip getah itu.

4. Pastikan bawah sinki..antara yang menghubungkan jejaring keluar itu dibersihkan juga dari sisa-sisa kotoran.

5. Siramkan air yang bersih pada saluran paip tersebut. Bagi memastikan tiada lagi kekotoran tersumbat.

6.Jika sudah selesai,pasangkan semula paip getah itu dengan kemas supaya tidak menitis air sinki.




Haaa..tengok tu, anak jantan mama pun sejak tengok mama baiki sinki di dapur.Terus nak baiki sinki yang satu lagi ni.. Hihihihihi.. Furqan Oh Furqan. Ini pun dia dah start pandai memanjat dah. Apa yang ina nakkan untuk anak lelaki ina ni ialah nak jadikan furqan seorang yang lasak, taknak manja sangat.Takut nanti akan menyusahkan hidup dia bersama pasangan kelak.Memang lah furqan ni masih kecil.. 



Okaylah.. untuk wanita yang bergelar isteri diluar sana, jika boleh lakukan sendiri,cuba lakukan sendiri tanpa bantuan suami. Eheheehhe... seronok pula tau.Rasa macam baru lepas sahut cabaran pula.


type='text/javascript'>