Banyak yang Pending!

Hai.. dah lama sangat tak menulis entri personal ni tau.Semenjak Komputer rosak.Bertambah lah malas nak update blog ni haa.Sorry yea.. hari ni sudah memasuki 20 september dah wooiiii. Tapi baru jer 4 ke 5 entri baru di update ke blog ni.



Komputer Buat Hal



Start dari suami outsation lah.Buntu betul fikiran.Mana nak repair komputer ni haa.Risau sangat.Banyak betul job pending.Lepastu nak menghadiri Family day kbba9.Boleh kemurungan tau.. bagi ina,benda paling berharga selain anak-anak dan suami adalah komputer.Mana tidaknya,kat situ lah periuk nasi dan tempat ina berkongsi pengalaman hidup melalui penulisan digital.Hmmm.. Gelap sekejap dunia ni.


Puas dah tukar wayar komputer,tetapi tetap sama masalah.Komputer ni boleh di ON tetapi beberapa saat kemudian dia OFF sendiri.Sakit betul hati masa ni tau! Nak meraung pun ada ni haa.


Rakan blogger ada bagi petua dan cadangan supaya taip entri di applikasi blogger terlebih dahulu.Kiranya draft terlebih dahulu sebelum pergi ke CC untuk upload gambar di sana.Fikiran ina.. memang tak boleh ikut cara begitu.Ina ni mempunyai anak seramai 3 orang yang masih kecil.Paling kecil tu pun berusia 1 tahun 8 bulan.Huuuuh! Jenuh nak duduk CC lama-lama.Silap-silap jadi mak kau hijau kejap lagi.Haaahahaha...


Kabel HDMI Rosak


Komputer



Rupanya,kabel HDMI rosak.Tercabut pula wayar tu dengan besi dia..aisehhh! Anak-anak ni selalu bagi mama marah yeee.

Entahlah.. nak marah.Puas sudah kena marah dan cubit.Tapi itulah...,anak-anak.Pantang betul mama buat kerja kat dapur (memasak) atau tengah solat.Memang korang suka buat kerja.Hmmmm...



Selepas pulang dari Family Day Kbba9 Di Farm In The City,Seri Kembangan tu.Bergegas cari kedai komputer.Cari Kabel HDMI pula ni.Ganti yang baru.Alhamdulillah.Lega sangat dah..,bila sudah dapat kabel HDMI ni tau.


Tadaaaa! Kabel HDMI ni beli pada harga RM 20 Jerrrr..



CPU Pula Rosak!



Tetapi,malangnya pabila keesokan hari.Ina baru je nak ON komputer untuk start kerja blogging.Aisehhh! Masih tak boleh lagi nak ON.CPU pula buat hal.. hadoiii.Apa lagi... menangis lah ina ni haaaa.Errrkk! Macam budak kecil jer kan.Hahahaha... tapi tulah perangai dari kecil sehinggalah ada anak 3 pun tetap sama.Ahaksss! 




Tambah stress lagi..,setibanya dari Family Day tu.Rumah pula ketiadaan air.Dengan baju yang banyak dari balik holiday.Ohhhhhh! Jenggg sungguh lahaiiii. Betul-betul allah nak uji masa ni kan..


Hantar Servis CPU



Petang semalam,barulah suami nekad hantar ke kawan baik dia bagi membaik pulih CPU tu.Kena cas sebanyak RM 50.00 dan malam tu juga dah boleh bawa balik CPU tu.Huuuuh! Dan hari ni.Ina marathon lahhh taip entri ni haaa. Ada beberapa lagi yang perlu di siapkan.Harap client memahami masalah ina ni.. 


Alhamdulillah...,di sebalik ujian ini.Allah hadirkan rezeki lagi.Allahuakbar! Besarnya nikmat yang engkau berikan  kepada hambamu ini.



Catat Ulasan

3 Ulasan

Hasrul Hassan berkata…
Uishh ..dugaan seorang blogger ni. Hmm kabel HDMI guna kat PC ke? Uhh .. mesti komputer mahal ni.
azlina ina berkata…
Connect dr CPU ke TV led..heeeeeh. Tu jer...
Cik Ash berkata…
Semoga dipermudahkan urusan ina.. Pernah diuji dengan serentak tak boleh nak taip entri.