Cerewet Bab Makanan


9:30 AM
Assalamualaikum


Pengalaman makan burger prosperity McDonalds. Bagi Ina sendiri,tak sedap.Tak tahu lah kan,masing-masing punya tekak.Tetapi bagi Ina memang out terus rasa prosperity burger tu.Maaf yea McDonalds. 


Mcdonalds gombak,staff kurang ajar



Konon masa tu,on the way nak balik ke Kuantan setelah seharian berada di Kuala Lumpur.Memang dah berangan masa tu nak makan menu baru tu.Sebab nampak sedap pula,bila tengok di dalam Iklan tv.Fuhhh! Tetapi, kat atas tu yang dapat.Sedih sangat-sangat.


Baca : Jalan-jalan Shopping Lowyat 



Bayangkan masa tu tengah kelaparan,dengan anak-anak lagi duk beratur di kaunter.Ina pula serba salah nak pilih menu apa lagi.Ingat nak tunggu suami dan order sekali.Tetapi, suami pula lambat masuk ke McDonalds tu.




Staff  Kurang Ajar


Bukannya tak reti nak order.Apa lah sangat kan? Tetapi yang buatkan rasa geram sangat pada staff yang ambil order tu.Haisssh~ pandang Ina macam nak perlekeh je.Cara pandangan dia tu pada customer dan muka macam mengejek haaa,macam tu lah. Kalau boleh dah muka macam tu,sebolehnya buat lah perangai elok sikit.Suara kepit,dia pula yang nak gelakkan ( mesti dia kata Ina pekak,walhal suara kepit ). Suara pun tak jelas..

Tetapi jika awak tu OKU,boleh jer dimaafkan.Nasib baiklah Ina ni bukan jenis suka mengadu pada suami.Kalau tak ni,habislah budak jaga kaunter tu.Nak kurang ajar sangat.Baru kerja ambil order McDonalds kot.




ayam goreng Mcd,staff biadap


Selain dari Prosperity burger yang Ina order tu,mujur lah ada side order lain lagi seperti bubur ayam (large),ayam spicy chicken dan Double cheese burger set.Nasib baik juga tak beli banyak prosperity burger tu tau.


Rasa prosperity burger ni memang fail sangat.Ina pilih ayam sebab nak bagi suami.Kalau Ina sendiri nak makan,dah tentu order beef.Tetapi tengoklah prosperity burger tu.Sikit pun tak terliur.Di mana lah tarikan prosperity burger yang dikatakan sedap tu yeeeea? 


Makan kat situ pun,burger penyek.Geli tengok,terus tutup selera.Dengan rasa kuahnya yang pahit dan terlalu pedas.Bagi Ina,pedas tu masih boleh dimakan lagi.Tetapi rasa pahit blackpepper tu,macam mana? Langsung tak boleh makan.Nak taknak,suami terpaksa habiskan.Hihihihi.. 


Kalau bab makan ni,tersangat cerewet Ina ni tau.Sebab tu lah kurus Ina ni tau.Hehehe~


Bab makan ni memang berlainan citarasa orang lain tau,macam murtabak yang dikatakan sedap.Bila Ina sendiri makan,memang tak sedap langsung dan lebih mengejutkan lagi,roti kosong kedai tu lagi lebih sedap berbanding murtabak.Haaa~ 




7 comments:

  1. haha.kalau cik nor pun xmkn..tgk rupa pun xselera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee...mula buka tu agak terkejut juga.Hiii.

      Delete
  2. tak pernah try..selalu pergi mekdi order...mchicken je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah try gak,tetiba rasa nak cuba.Sekali hampaa..

      Delete
  3. iklan bukan main lagi kan..time nak CNY ni berpusu lah rang nak makan prosperity burger

    ReplyDelete
  4. Hmmm kita dah try yang fish! Ok je.. cuma kalau daging lagi sedap rasanya la prosperity ni. Ayam xpernah pilih pun..

    ReplyDelete
  5. not a fan juga burger prosperity. kuat naw rasa black peper dia
    tapi suka air yang dengan set tu.. McFizz..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.