Cara Mudah Hilangkan Kotoran Pada Baju Sekolah Anak


8:46 AM
Assalamualaikum...


Dulu masa zaman persekolahan,selalu buntu atau mati akal apabila setiap kali baju sekolah terkena kotoran seperti percikan makana seperti sos,kunyit,kicap mahupun terkena contengan pencil.


Bila sudah memiliki anak dan menjadi seorang ibu,barulah Ina berjumpa solutian akan masalah tersebut.Hahahaha.Kelakar jer kan Ina ni.Taklah,dahulu malas masa zaman remaja.Baju kotor ke apa,boleh masuk dalam mesin terus.Ekekeke.Dasar pemalas kan Ina niii.Akibat malas melanda,perasaan tu nak jer beli baju baru jika kekotoran pada baju tu tak hilang.Haaa,angan-angan jee tu.Mana mampu nak beli baru gituuu.

Nasib baik juga lah,alhamdulillah.Bila sudah berkahwin,akal pun semakin panjang dan matang.Adalah kerajinan demi keluarga ni haa. Syukur! Insaf juga akhirnya.Muahaha..



Anak sekolah



Semasa pra-sekolah dahulu baju t-shirt putih jer.Tak mencabar sangat menjadi ibu ketika itu.Sebab kotoran pun,mudah ditanggalkan pada t-shirt berbanding pada baju kurung sekolah yang bewarna putih. 



Semenjak anak sulung bersekolah rendah dan dikehendaki memakai pakaian seragam berwarna putih.Terus gigih bagi mencari solution tersebut..

Hari pertama persekolahan,stress dah Ina ni ha.Baju dan tudung dipenuhi dengan sos cili, tak tahulah samada Sara ni mandi ke dengan sos cili tuu.Haiihh! Separuh merungut dah ketika itu tau.Rasa nak menggelupur jer pertama kali ternampak baju sekolah penuh kotoran.


cara hilangkan kotoran pada baju sekolah,kotor,baju terkena kotoran,petua baju kotor



Gigih mencari solution



Entah macam mana,allah nak bagi idea.Tiba-tiba datang idea cara nak hilangkan kotoran pada baju sekolah ni.Terdetik di hati nak cuba letak sabun basuh pinggan pada pakaian sekolah anak.

Dan,ternyata.Ia memang berhasil dalam menanggalkan kotoran berminyak,cili,kunyit dan juga bekas contengan pensil pada pakaian.


Korang janganlah gelakkan pula tau.Tapi memang betul petua ni.Heeee..walau tak masuk akal ataupun nampak kelakar.Tapi,cuba lah. Cara menghilangkan kotoran pada baju sekolah anak dengan menggunakan sabun pencuci pinggan iaitu "good maid" jenis paste.Tenyeh lah kat tempat kotoran tu.Insyallah,memang hilang kotoran.


Dan korang jangan lupa pula,basuh sekali lagi dengan serbuk pencuci pakaian okay? heee.. 


Korang boleh tengok kat channel youtube ni.. demonstrasi Ina menggunakan sabun pencuci pinggan bagi menanggalkan kekotoran pada baju sekolah anak.






3 comments:

  1. hah..lepas ni cikma nak cubalah... ina tau tak?anak nak masuk sekolah masalah ini yang cikma pikir selalu,,,huhuhuh,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah mak-mak kan.Silap haribulan,memang tak lena tidur malam memikirkan hal tak settle ni

      Delete
  2. biasa yaya guna sabun mandi.
    boleh cuba ni..thank you share.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.