Disebalik Kurus,ada kisah MISTIK!


3:24 PM
Assalamualaikum..


Sepanjang bulan Februari ni,memori pergi honeymoon di Melaka kembali segar.Bulan Februari adalah anniversary Ina.Makanya,banyak lah memori yang berlegar di dalam kepala ni haa.Ahaks!





Ini gambar masa pergi Honeymoon dulu.Tak tahu nak ke mana,lagi pun masa ni masih malu-malu dengan suami.Heee,nak request pergi jauh-jauh honeymoon pun segan.Ahaks! Dah rugiii kan.. hahaha.Dekat je pergi honeymoon nye.Kahwin suka sama suka,tetapi tulah masing-masing mempunyai sifat malu yang menebal.Hmmm,mungkin sama sifat kejadian kot.Anak no tiga macam ni,pemalu tahap apa entahlah. 



Kahwin awal



Usia Ina ketika ini ialah 24 tahun.Hee,muda lagi dah kahwin kan? Suami pula 32 tahun. Hiiii,jodoh memanggil.Terima je dengan hati terbuka,lagipun ni jodoh sekampung . Kedua keluarga saling mengenali,langsungkan aje lah.



Ina lah antara adik beradik yang berkahwin awal.Hee,dah terlangkah bendul kakak dan abang.Aisehhh~ 



KURUS sebab menderita putus cinta atau Buatan Orang?



Entahlah,nak kata apa. Perasan tak..dalam gambar tu kan,Ina kurus sangat-sangat.Macam tak cukup makan pula dah.Alahaii,ni kang nampak dek makcik bawang confirm ayat-ayat membawang macam peluru keluar.


Macam mana nak start ekkk,ni cerita kecewa bercinta ke atau buatan orang.Ina sendiri pun tak pasti.Tetapi selepas beberapa peristiwa putus cinta dengan ex mix jepun tu.Terus Ina rasa semacam..




Beberapa Hari  sebelum Majlis Perkahwinan



Rumah kampung,biasalah lah kecil dan tidak mempunyai banyak bilik.Bilik ada 2 buah jer.Dua hari sebelum majlis perkahwinan,Ina dah siap cat bilik pengantin.Perasaan gentar,gembira dan sedih pun ada bercampur baur.Rasa macam tak nak kahwin pun ada.Sebab sayang nak tinggalkan keluarga.Dalam fikiran pelbagai anggapan kehidupan selepas berkahwin.Dunia perkahwinan bersama mertua. Hihihihi...


Okay,bab tu tinggalkan sekejap.Malam tu,rasa macam pelik.Terasa aneh sangat,lain macam.Kemudian Ina buat tak tahu jerlah.



Hari berikutnya,sehari sebelum majlis perkahwinan.Suasana malam hari,di luar kawasan rumah bunyi macam cengkerik.Tapi bunyi pelik.Seumur hidup memang tak pernah dengar bunyi macam tu.




Belalang...



Ada satu hari tu,ada belalang besar masuk ke dalam bilik.Menjerit sakan lah Ina ni.Zaman anak dara, memang Ina seorang yang lemah semangat.Sangat-sangat lemah.
                
Tetapi belalang tu berbunyi tau, bunyi lebih kurang macam ni "Ziiiiinggg...Ziiiing..zingggggggg"

Aduiii,seram betul malam tu.Sehinggakan Ina takut nak masuk tidur ke dalam bilik.Dalam bilik tu,di penuhi dengan barangan hantaran yang telah siap di gubah. 

Ina pun menjerit dan menangis,katanya tak nak tidur dalam bilik tu.Takut dengan belalang tu.Besar dan berbunyi nyaring.. puas juga mak abah halau belalang tu.Tetap tak keluar,keesokan harinya.Barulah belalang tu lesap entah ke mana hilang.Lega dah kat situ Ina tauu.. Hahaha.




Beberapa bulan Perkahwinan



Seorang kawan di tempat kerja menegur akan keadaan diri Ina yang semakin susut berat badan.Hmmm, pada mulanya dah ada yang tegur.Dalam hati, ehh,,,yeke? Jadi,Ina tak ambil peduli langsung.Tetapi kali ini,kawan lain pula tegur.katanya lagi,bukan kurus biasa.Tetapi lain macam katanya.


Ina pun bertanya kepada abah,apa nak buat ni.Makin hari semakin kurus,sebenarnya.. keluarga Ina sendiri pun ada juga menegur akan penampilan Ina yang semakin kurus hari demi hari.Macam biasa,memang Ina payah sikit nak percaya.Entahlahh.. sampai lah satu hari terbuka hati nak pergi berjumpa dengan orang yang pandai dalam hal-hal mistik ini.



Berjumpa pawang




Perkahwinan baru berusia 7 bulan ketika itu.Tetapi kehidupan Ina sangat dipenuhi tekanan.Sana sini orang sekeliling memerli menanyakan hal zuriat.Rupanya mulut lelaki jika membawang,lagi betul-betul pedas.Bekerja pula di kalangan kelompok lelaki.Maka setiap hari lah ada kata perli dari mereka ini.



Satu hari,kami suami isteri dan diikuti bersama abah pergi berjumpa pawang A. Dalam rawatan itu pawang itu meminta membawa telur ayam kampung dan beluru.Fuhhh! Jenuh juga masa tu,tak tahu apa benda beluru.Mujurlah abah tau apa benda tu.Jadinya,proses menjadi mudah.


Hari ke-2 rawatan pawang membacakan ayat qursi dan menghembus pada telur ayam kampung tersebut.Dan sesudah pulang ke rumah, Ina meminta bantuan mak untuk mengalihkan telur ayam kampung itu ke seluruh badan Ina.Suami? Hal-hal macam ni,suami kurang percaya.Jadinya,dia tak mahu tolong,katanya ini semua mengarut semata.



Telur ayam kampong


Pawang tersebut ada memberitahu punca Ina lambat mendapat zuriat adalah disebabkan perbuatan khianat seseorang.Rahim Ina dikatakan ditutup dengan 'anak kerak' yang mana anak kerak tersebut ia memakan benih.Dan setiap kali benih nak menjadi,anak kerak tersebut makan terlebih dahulu.Jadinya,Ina sukar hamil.


selepas mengalihkan telur keatas badan Ina,telur yang bila digoncang berbunyi cecair secara tiba-tiba keras macam batu.Huhhh! Seram sangat masa tu.Telur yang ringan,tiba-tiba bertuka jadi keras seperti batu.Apakah??? 



Bermimpi aneh



Sebelum berjumpa pawang tersebut,Ina ni banyak dah bermimpi benda pelik.Contohnya,ada satu malam tu bermimpi ibu jari kaki Ina dikikis oleh seseorang.Orang yang kikis kaki Ina tu,bermisai tebal.Dan semasa lelaki itu mengikis ibu jari kaki Ina.Sanngat-sangat sakit ibu jari kaki,sehinggakan Ina terjaga dari mimpi tengah malam tu. Apa yang iNa perasankan,semasa terjaga dri mimpi itu.Airmata membasahi pipi dan tersedu dibuatnya..


Start dari situ,Ina asyik teringatkan ex.Emm,pelik pula sedangkan dah lama putus sebelum itu.Dalam mimpi kerap bermimpikan ex jumpa bomoh bersama anaknya.Moga-moga itu semua hanya mainan syaitan yang suka menyesatkan anak-anak adam.



Diharap pengalaman ini menjadi iktibar kepada semua pembaca di ruangan blog Ina.Semua yang datang,adalah ujian dari allah.Tiada yang hebat kuasanya selain allah s.w.t.



2 comments:

Powered by Blogger.