Bird Nest Lagi..

Assalamualaikum..


Bird Nest lagi?? | Kebelakangan ini,boleh dikatakan trending akan bird nest iaitu sarang burung walet.Tak dinafikan,bila sesuatu produk dah trending dan VIRAL di socmedia,maka berpusu lah netizen mencari produk tersebut,termasuklah Ina sendiri.Ahaks!


Hey.., kali ni memang Ina sendiri pun terjebak juga. Ina seorang yang suka try and error akan sesuatu produk.Khasnya untuk kesihatan dan of course untuk kecantikan.Muahahaha~ Gila kan? Dah jadi tikus makmal je bunyi nya niii.



Bird nest,walet bird nest,sarang burung,kebaikan sarang burung,benefit bird nest
Bird nest 



BIRD NEST



Ni lah dia rupa bird nest tu.Harga nya memang agak mahal lah kalau nak beli dalam bentuk raw begini.Huhuhuh..mampu tengok ajer lah.Pernah terbaca orang jual untuk 1 Kilo bird nest pun dah cecah seribu ringgit.Hekks~ tak larat nak maintain.Sebab tu lah,ramai founder yang keluarkan dalam bentuk botol.Iaitu dalam packaging yang mudah diminum dan mampu milik.Haaa.. gitu.


Okay,sekarang kita tengok pula khasiat sarang burung aka bird nest ni yee.

Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walit menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata ( wahh,baguslah untuk mata Ina ni yang rabun) . Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:

1 Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.

2 Sarang burung walet dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.

3 Pengambilan sarang burung walet ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.

4 Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.

5 Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

6 Untuk kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.

7 Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.






Bird Nest raw atau sedia diminum ? Mesti korang pening mana nak pilih kan?



 Terpulang lah kepada korang.Pokok pangkalnya,jika korang berduit beli lah yang jenis raw.Hihihii.

Jenis raw ni bagus,sebab dia sudah semestinya 100% khasiat dari bird nest tu kita dapat sepenuhnya.Haaa,gitu.

Tapi korang rajin ke jika beli jenis raw tu? nak kena buang bulu burung lagi tu,jika terdapat pada bird nest yang melekat tu? Agak-agak leceh tak? Korang rajin ke? Nak kena merendam lagi bird nest semalaman.Kalau rajin.Bolehlah beli  jenis raw.Bird nest ni ada pelbagai gred.Yang gred elok,mestilah yang mahal kan? 

Berbanding dengan jenis sedia diminum tuu.Sah-sah di campur dengan pelbagai ramuan tambahan lain seperti ginseng,rock sugar atau mungkin lotus.

Satu lagi,jika korang nak minum yang sedia diminum tu.Pastikan ia ada logo halal yaa.



Kesimpulannya,korang kena pandai lah cari content ingredient bird nest yang banyak.Daripada content ingredient bird nest tak banyak.Lastnya korang tertipu.Kang macam minum air gula pula rasanya.Ahaks! Iya,betul.Konon nak cantik,lastnya dapat kencing manis pula.Tak ke merana.Hahaha.



Kinohimitsu,product review kinohimitsu,bird nest,Kinohimitsu,produk bird nest guardian
Bird Nest Kinohimitsu


Ni bird nest Ina guna.Stok pun tak putus.Boleh cari di guardian store je.Harga pun Rm 44 untuk sekotak ni.Ina amalkan setiap malam sebelum tidur.


KINOHIMITSU LOTUS BIRD NEST Boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja. Dari usia 12 tahun dan keatas.Tetapi jika ada penyakit kronik,lebih baik refer kepada doktor terlebih dahulu.


 Ni tukar kepada brand Kinohimitsu sebab bird nest 28% yea korang.Bukan 7% bukan 10%.. banyak tu kandungan bird nest yang terdapat dalam setiap botol.Selebihnya ramuan lain seperti lotus dan campuran air bersih. Minum bird nest ni pun okay,tak sakit kepala. Lawas membuang macam biasa lah dan yang paling Ina duk gila dengan bird nest adalah disebabkan ia nampak perubahan yang sangat ketara bagi masalah kulit anak yang mempunyai masalah ekzema tu dan masalah kahak.



rupa bird nest kinohimitsu,produk bird nest,bird nest product
Bird nest yang sedia dimakan.Sedap weii! Tak manis Bird nest pun banyak ni 

Baca :  Dah Cuba Makan LOVLIN Bird Nest 


Rekomen betul produk bird nest! Okay,misi selesai dengan try and error produk bird nest ni.Yang pasti,sila check terlebih dahulu content ingredient bird nest tu yea.. sikit ke banyak dia letak bird nest.Jangan semata rock sugar jee yang banyak.


Sebenarnya kan,memang Ina addicted dengan bird nest ni.Guna juga Bio Essence Bird Nest Peptide Collagen


Kalau takde stok kat guardian berdekatan,Ina beli secara online kat sini jee >> Produk Bird Nest Kinohimitsu di Guardian




Artikel berkaitan >> Minuman Ecolite Bird Nest 

Catat Ulasan

5 Ulasan

Radhia berkata…
Bird nest memang ada banyak khasiat
Ika.S berkata…
Tak pernah cuba lagi bird nest ni hehe. Nak cuba la nanti. :)

Ika datang singgah sini sis. https://sicasjjm.blogspot.com/2019/03/book-review-lelaki-neraka-by-asraf.html
Cik Nor berkata…
good sharing ina..:)
azlina ina berkata…
yup.Sangat rekomen untuk kesihatan
Cik Ash berkata…
dulu masa kat kelantan pernah g kedai yg sarang burung ni.. Memang mahal.. Hahahha