Dah cuba Makan LOVLIN Bird Nest!

Assalamualaikum..


Selamat pagi jumaat! Bangun jer pagi ni,nampaknya ada perubahan selepas mengamalkan LOVLIN Bird nest.Alhamdulillah..


Sebenarnya,memang dah lama berhajat nak makan bird nest.Tetapi disebabkan harga yang terlampau tinggi nilainya,makanya.Ina batalkan hasrat untuk mengamalkan bird nest tersebut.Uhukkkk,sedih kan?



Stalk di Instagram 


  Sejak beberapa minggu yang lepas lagi,Ina dah stalk kesemua hashtag bird nest di Instagram.Jadinya,terjumpa lah satu produk yang menggunakan bird nest sebagai bahan utama dia.So,apa lagi.. terus stalk seller yang menjual LOVLIN  bird nest.Nak beli yang original bird nest,risau pula tak termakan nanti.Jadi,LOVLIN lah pilihan hati ketika ini.



bird nest,sarang burung walet,sarang burung,wale,lovlin



Kebetulan juga,anak sulung yang tengah flare dari sakit Ekzema.Kenapa tidak untuk mencuba sesuatu yang baru kan? Lagipun khasiat bird nest ni sangat banyak sangat.Rugi lah tak mencuba.



Khasiat bird nest (sarang burung)  Walet 




Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walit menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:

1 Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.

2 Sarang burung walet dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.

3 Pengambilan sarang burung walet ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.

4 Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.

5 Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

6 Untuk kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.

7 Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.






Ginseng,gula batu,sarang burung tidak hanyir,bird nest,lovlin,bird nest for health,burung



Baca :  Bird Nest lagi..



Masa Ina update status di Facebook,ramai yang bertanyakan tentang bird nest yang Ina amalkan ni.Kawan-kawan di facebook bertanyakan cara makan dan rasa bird nest ni.


LOVLIN Bird nest ni tak berbau hanyir.Sebab dalam sebotol ni ada bahan tambahan lain seperti ginseng dan campuran gula batu.Anak-anak Ina berebut nak minum.Hahaha.Nasib baiklah,mama beli 2 set haritu.


1 kotak LOVLIN Bird Nest mempunyai 3 botol yang berharga RM 20.Murah kan?? Ina beli 2 kotak.


Feedback selepas consume LOVLIN bird nest? 

1. Lancar membuang air besar pada waktu pagi.
2. Kulit moist,ini yang suka.Ahaks!
3. Badan bertenaga apabila bangun pagi,tak mudah penat.
4. Kulit anak ekzema,sudah nampak perubahan pada kulit dia yang bersisik dan kering serta sangat membantu ketika ekzema sedang menyerang.



Errrr,tapi first time makan.Rasa pening pula.Menyengat kepala ni sejurus selepas minum Lovlin ni.Dan,rasanya yang agak manis sedikit.Mungkin itu yang jadikan Ina pening kepala.


Ina makan setiap hari,tapi kalau korang  nak jimatkan bird nest boleh makan selang sehari ke.Dapat lah jimat duit korang.Tapi untuk kanak-kanak,kena makan separuh botol je.

LOVLIN Bird nest ni rasa dia sedap.Gula batu tu terasa dan bird nest tu kenyal jee,macam makan jeli kelapa. Ginseng yang kat dalam tu,ina kunyah jee.Dan.. beberapa saat, badan pun berpeluh.Sedap betul! Korang patut cuba tau.Bird nest keluaran LOVLIN ni dulu.


Itu sahaja lah pengalaman Ina mengamalkan LOVLIN Bird nest selama 3 hari! Yuppp, 1 kotak tuu. 


Ni sekarang nak makan untuk kotak ke-4 pulak. 




Baca >>  Minuman Ecolite Bird Nest 



Catat Ulasan

1 Ulasan

Yaya Azura berkata…
belum pernah try lagi bird nest.