Alamak! Lewat pula Bangun SAHUR

SAHUR hari ke 4 |  Huihh,kelam kelibut bangun pagi ini.Jam loceng tidak berkunci.Nasib baiklah terjaga sahur jam 4.15 pagi.Itu dah kira lewat bagi Ina ni.Hihihi..


  Tak,sebenarnya.Bangun jer sahur 4.15 pagi,tetapi belum makan lagi tu.Nak siapkan lagi untuk sahur.Setengah orang makan nasi sejuk jer untuk bersahur.Tetapi bagi Ina sendiri,nak makan nasi yang panas! Lauk baru (kalau rajin ).Ahaks!


  Oleh sebab lauk lebihan berbuka semalam masih berbaki.Jadinya,Ina panaskan.Suami pula memang jenis tak makan nasi ketika bersahur.Hanya cukup dengan roti bersama jem kacang lady's choice.


  Jadi Ina dan anak sulung jer yang makan nasi.Perut Ina pula sejenis yang tak boleh tahan jika tak bersahur nasi.Dah set minda kot.Eehehe.. tapi kan,dari kecil lagi mak abah ajar bersahur makan nasi.Memang tak boleh tukar lahh. 




Sunnah melewatkan sahur



 Bagi Ina,memang betul.Sunnah melewatkan sahur.Tetapi tak biasalah.Takkan nak bangun jam 4 pagi baru nak memasak lauk dan nasi.Lagi-lagi Ina yang masih mempunyai anak kecil.Itu sebab Ina bangun 3.30 pagi. Bangun awal pagi,kalau rajin.Ina masak lauk fresh juga.

  Harini bangun jam 4.15 pagi baru tersedar.Memang tak boleh nak kejar waktu tu.Tak best pula.Sebab banyak lagi nak kena buat kan.


  Bila sahur siap awal,ada lagi aktiviti yang lain boleh dilakukan seperti membaca al-quran dan solat tahajud.Solat tahajud boleh dilakukan sebelum bersahur ataupun sebelum masuknya azan subuh.



Tapi yang Ina hairan,suami Ina rileks jer bangun kul 5 pagi.Ermmm,mungkin dia lelaki.Tak perlu memasak,tak perlu kejutkan anak-anak dan sebagainya.Itulah yang beza kot.Berbeza dengan tugasan seorang ibu dan isteri.




Menu sahur



Wajib sahur kali ini dengan minuman nestum oat . Sebelum ini minum Lazz Kambing.Tapi masa Ina nak tu,agen dia balik kampung.Huhu,jadinya cuba lah pula minuman nestum oat ini.


Menu utama sahur Ina mesti kena ada jeruk maman.Berselera sangat,2 kali menambah nasi tau.Beserta lauk tambahan lain.Nestum oat tu pula Ina minum selepas makan nasi.Itu kot yang jadi lambat sikit siap makan sahur.




bersahur,sahur dengan nasi goreng, sahur bangun lambat
Nasi goreng pada hari pertama bersahur








Catat Ulasan

9 Ulasan

Suria Amanda berkata…
Sama la pagi td sahur SA buat nasi goreng...sedap makan..bahan dah siap2 sediakan waktu malam...senang lebur je kul 4am
Umi Nazrah berkata…
kalau bangun sahur lewat ni, memang kami pun makan je apa yang ada. tapi jam 4.15 pagi tu masih dalam kategori awal la pada kami. hehehee
ina berkata…
Ohh,senang juga buat macam kak SA yer. Tak terpikir nak buat gitu. mekaseh
ina berkata…
Jenis perut tahan takpelah. Ehehehe..
dorsett pink berkata…
Fuhh! awalnya Ina bangun. kalau lah saya secekal Ina boleh bangun seawal jam gitu kan bagus,hehe. Saya biasa bangun jam 4.30 pagi. Tapi start masuk dapur jam 5 pagi. Cuma panaskan nasi dan lauk berbuka jer, pastu makan. Saya pun sejenis yang memnag kena makan nasi bila waktu sahur. Kalau tak makan nasi, nanti lapar.hehe
dorsett pink berkata…
kalau bangun jam 3.30 pagi, siang tu Ina ada tidur (nap) tak?
ina berkata…
saya tak bekerja.Tu kot yan boleh awal bangun,kalau bekerja tak tahu lah macam mana.Hahaha,migrain tak cukup tidur tau.Paksa mata untuk tidur jam 10 malam. Tapi ada juga tersasar kadang tu.
ina berkata…
Tidur sekejap,sementara nak tunggu asar.Ni kalo puasa memang tak tidur siang.Hihi..
Cik Ash berkata…
Ekin pukul 4 bgn dah.. Buat lauk lain waktu sahur.