SYAWAL KE-2 BERAYA BERSAMA JULIA JOHARI

beraya dengan julia johari,Tetamu datang beraya,Blogger beraya




Assalamualaikum, hari ni baru rajin nak update blog.Mood raya dah habis,makanya update blog seperti biasa lah.Entri ni nak jadikan satu kenangan indah sebab blogger Julia Johari datang beraya ke rumah Ina.Ehehehe..


Alhamdulillah, tak plan langsung sebenarnya.Tuptup Juju ( nama panggilan mesra ) atau lebih dikenali sebagai  Julia Johari pemilik blog Julia Johari Dot Com  datang beraya di Kuantan. Tak sangka pula bertemu kami ni.


Artikel lain : Last minit beraya di kampung, Kulai Johor

Syawal ke -2 



Sebenarnya hari tu, baru je balik beraya dengan keluarga mertua.Rasa macam boring pula bila beraya kat Kuantan ni. Tak best sangat,sebab aktiviti tak meriah. Pssst~ walaupun sememangnya memang mempunyai keluarga dan keluarga mertua di Kuantan.Tapi kan,serius syawal kali ni sepi sangat.Terutamanya syawal pertama dan kedua tu.


  Tetapi masuk je jam 1 petang.Notification kat smartphone berbunyi.Itu notification whatsapp daripada Julia Johari. Sedikit terkejut lah,sebab ada tetamu nak datang beraya.Satu apa pun tak siap kat rumah ni tau.Kebiasaannya tetamu memang takde pun yang singgah.Hehehe.. 



 Rumah pun tak berapa nak siap sebenarnya.Ekekeke,wallpaper dah beli tak berpasang pun lagi.Tak cukup pula wallpaper yang beli haritu.


 Takkan nak halang pula kan,tetamu yang nak datang. Oleh sebab saudara mara mak nak datang beraya.Jadinya,Ina ajak lah Juju datang beraya kat rumah mak jer. Berkumpul kat sana jer. 




Beraya Dengan Julia Johari 




Terima kasih sangat buat Juju yang sudi datang beraya ke rumah mak Ina ni. Alhamdulillah.Tak sombong orangnya.Sangat peramah.Suami dia pun sama.Rancak berbual dengan ayah Ina.


 Juju pun banyak juga berkongsi ilmu blogging dengan Ina.Syukur sangat! Dikelilingi dengan orang yang tak kedekut ilmu.Itu pun salah satu rezeki dari Allah sebenarnya. 



Tak Lokek Ilmu 


 Satu-satu duk kupas topic pasal blogging.Lepastu pula cerita pula bab kamera.Hahaha~ Ina suka betul hal-hal kamera ni tau. Terutamanya pasal kamera Sony Alpha.Hihihihi.. mudah jer nak kongsi cerita kalau dah berkaitan ni.Kebetulan Juju pun pengguna kamera Sony Alpha.Apa lagi,sempatlah Ina bertanya itu ini.


 Ya allah,rupanya kami ni memang gila bergambar.Banyak betul duk bergambar.Ahaks! Juling biji mata mak Ina yang duk kat sebelah Ina tau.Asyik snap sana sini gambar.Tapi itulah,minat kan.


  Dah menjadi kebiasaan pun,lagipun dah memang blogger memang akan minat bergambar.Posing sakan,beratus gambar kot snap.Dan gunanya hanya 3 keping jer update dalam blog.Kahkahkah... tapi kalau entri job,berbeza lah.Mungkin akan banyak update dalam Instagram dan Blog juga.



blogger beraya,salam aidilfitri 2019, juju datang beraya
Posing sebelum balik



  Mujurlah ada suami Juju.Dia lah yang snap gambar kami ni.HIhihi.. anak Juju pun peramah dengan orang.Dengan anak-anak Ina dia mesra,siap bagi pinjam lagi tab pada anak Ina tu.Huhuhu..  Handsome pula abang Qi ni tau. Ermm,nak chop bole tak ni Juju? Ada 2 orang anak dara Ina ni tau. Hahaha.. 




 Pertama kali Juju jumpa Ina,dia terkejut.Hihihi.. Ina jarang up kat media sosial gambar wholebody ni.Segan,bukan apa.Kurus kan, nanti adalah mulut makcik bawang duk kata tak cukup makan ke?



Bye-bye Juju, kepulangan,Juju nak balik dah
Bye-bye Ina,kata Juju




 Terima kasih banyak-banyak Juju sekeluarga sudi datang ke teratak mak Ina ni.Barulah ceria sikit syawal Ina ni tau. Tak cukup masa pula bersembang.Entah bila pula dapat berjumpa Juju ni lagi.
type='text/javascript'>