Kekalkan Aroma dan Rasa : Kini BOH Experteas 90 Tahun di Pasaran


5:01 PM


Hari kami seisi keluarga takkan lengkap tanpa BOH. Dari zaman kanak-kanak lagi mak dah ajar minum tea BOH ni tau. Bayangkan lah punyalah lama BOH berada di pasaran. Kini BOH telah menjadi experteas di Malaysia selama 90 tahun di pasaran dunia. 


Experteas BOH menjadi citarasa Malaysia kerana aroma dan rasanya kekal dari dahulu (tahun 1929) sehinggalah sekarang . Daun yang dipetik segar dari kebun teh Cameron Highland yang ditanam sendiri. Hanya daun terpilih sahaja dijadikan tea.Serta diproses berperongkat seterusnya di uji rasa oleh pakar teh. 


Setiap pagi Ina akan menyediakan satu teko ‘experteas’ BOH ini bagi sarapan pagi kami seisi keluarga. Sekarang BOH telah memperkenalkan BOH Potbag iaitu dah tak perlu gunakan uncang bertali lagi. Ina adalah orang paling Happy sekali bila tengok BOH keluarkan dalam potbag.Dah tak perlu risau lagi akan tenggalam tali tu semua,sebab sekarang ia hadir dalam packaging baru iaitu potbag. Yayyyy! 



cameron highland tea,BOH Potbag, Experteas BOH, daun segar dipetik untuk dijadikan teh berkualiti, Aroma dan rasa sama,
Kini BOH Experteas 90 Tahun di Pasaran dengan mengekalkan Aroma dan Rasa


Potbag ini telah memudahkan lagi kegunaan orang ramai. Dengan saiz petak segi sama,comel pula tak terlalu kecil dan mudah dipegang. Cara penyediaan teh : Hanya letakkan dalam teko dan tambahkan air panas serta gula. 




Eh, ramai yang cakap. Minum teH ni macam orang tua jee. JAWAPAN : Tidak! Sama sekali. Ina bersama keluarga menikmati teh setiap hari bersama anak-anak juga. Dan minum petang bersama keluarga ( anak-anak , suami dan mak ayah ) adalah satu tradisi kami sekeluarga bagi mengeratkan lagi hubungan antara kami bersama. Sangat-sangat seronok, apabila dapat berkumpul bersama keluarga sambil meluangkan masa bersama.Menceritakan hari masing-masing berlalu dalam seharian. 






Sama seperti zaman kanak-kanak Ina dahulu. Setiap petang mak akan masakkan jejemput udang bersama teh . Perghh~ memang mengimbau betul. Gandingan yang mantap bila dijadikan pelengkap minum petang mahupun sarapan pagi. Dan paling best experteas BOH potbag ini tidak menyebabkan kembung perut. 



Experteas BOH kini dalam POTBAG


Dan Experteas BOH potbag ini memudahkan kerja-kerja Ina dalam menghasilkan teh yang sedap.Sesuailah dengan tagline Ada BOH ada Ummph!! Dan sesekali juga Ina sediakan teh tarik KAW. BOH potbag ini amat mudah direndam di dalam air panas, mudah jadi pekat.Aroma nya yang mampu memikat sesiapa sahaja. 



uncang, potbag BOH, Uncang teh, Bau dan aromanya wangi
Potbag Experteas  BOH 




Kalau korang nak tau, ia turut menjadi pilihan rakyat Malaysia. Di pelbagai majlis keramaian minuman teh telah menjadi pilihan.Kerana ia mudah disediakan serta dihidangkan bersama para tetamu. 



boh tea plantation , teh cameron highland, boh teh cameron
 untuk dijadikan teh berkualiti, daun dipetik segar di BOH tea Plantation




Korang juga boleh mencuba pelbagai resipi teh dengan menggunakan experteas BOH. Antara resipi pilihan Ina seperti menambahkan madu + lemon untuk rasa sensasi atau teh di campur limau kasturi . 2 resipi ini memang menjadi kegemaran suami. 





BOH experteas, Potbag BOH, dalam 2 saiz pckaging, aroma dan rasa yang kekal,
Kini Experteas BOH terdapat dalam 2 saiz pek




“Mulakan harimu dengan Experteas BOH agar hari-hari penuh bermakna” 



Untuk maklumat lanjut dan update terkini BOH,Lawati laman mereka di : 
















2 comments:

  1. Boh memang menjadi kegemaran semua

    ReplyDelete
  2. Boh tea pun fav akak satu family...best sangat..akak biasa suka minum panas2

    ReplyDelete

Powered by Blogger.