Jangan takut pelihara kucing | Rezeki tak siapa tahu


9:41 AM
Hampir 2 bulan memelihara kucing. Kucing terbiar,kesian pula setiap hari datang minta makan. Dan asyik tidur di ruangan parking kereta rumah Ina je. Akhirnya menjadi milik Ina sendiri. 


Pada awalnya kucing ini amatlah garang. Uiii, setiap kali nak menjemur pakaian di ampaian baju.Mesti kucing ni keluarkan bunyi yang garang itu. Huhuhu~ takut tau. Risau kucing ni gigit orang jer. Nak bagi makan pada kucing ni pun, kadang-kadang tercampak ikan.Bukanlah sengaja pun, ketakutan tau. Hahaha~ 


Entri lain :  Murah rezeki bila bagi kucing makan



Kucing Terbiar 


Tak pasti pula kucing ni jenis apa. Siam ke kucing kampung. Tetapi mata kucing ni cantik tau. Terus tergoda bila tengok kucing ni.Pada awalnya, Ina fikir mungkin dia bertuan.Maklumlah kucing ni nampak macam mahal.Bukan biasa-biasa punya kucing ni.Bulu pun cantik. Dan setiap hari lah juga bagi makan kepada kucing ni tau. 


Dan sejak kerap bagi kucing ni makanan.Alhamdulillah, segalanya lancar buat family kecil Ina ni ha.Rezeki memang tak pernah putus. Malahan mencurah-curah. Ada suatu hari tu, suami nak berikan kucing ni kepada kawan baiknya. Dah 2 kali cubaan nak masukkan kucing ni ke dalam kotak tau. Namun usaha tetap gagal. Memang tak boleh. Akhirnya Ina putuskan, bincang dengan suami nak pelihara kucing ni Sayang nak buang.Sebab sudah setiap hari bagi dia makan. Sayang sangat.




Kucing Bunting rupanya 



Masa ni Ina confius lagi akan status jantina kucing ni. Tak tahu samada ia jantan atau betina. Tetapi sekali pandang macam jantan.Hihih,yer.Macam Ina bagitau,kucing ni amatlah garang.Nak check jantina pun susah,apatah lagi nak pegang.Huhuhu~ silap-silap kena gigit atau cakar nanti. Adeiii.

Sampailah satu hari tu, Ina ternampak perut kucing ni macam bunting. Ina pun terdetik di hati.Ehh,betina rupanya awak ni ekk. So, Ina memang jaga betul-betul lah. Bagi makan dan susu yang mencukupi.Iyerlah kucing bunting kan? Macam Ina juga yang sedang mengandung,tubuh badan nak banyak vitamin dan kalsium untuk tumbesaran baby dalam perut tu.




Dia dah beranak



Adalah suatu hari tu. Bunyi kucing mengiau je di parking kereta.Kot kucing ni nak tuntut janji lah kot.Ehehehe~ sebab Ina dah cakap dengan kucing ni, Ina nak jadi bidan awak eh kucing.Nak sambut kucing beranak. 

Rupanya sehari selepas balik dari holiday dari Terengganu semasa cuti Kemermdekaan,kucing ni dah beranak. Dia menyorok di sebalik tayar kereta yang dah tak digunakan lagi.Suami yang bagitahu,kata "kucing awak dah ada 5 ekor ni". Apalagi, menjerit kegembiraan lah Ina dan anak-anak ni kan? Over excited weii. 



Rezeki semakin murah selepas memelihara kucing



Sepanjang hidup, memang tak pernah pelihara kucing langsung tau. Ni alhamdulillah.. syukur sangat bila allah bagi kucing free kepada kami seisi keluarga. Mula bagi satu, sekarang dah jadi 5 ekor kucing.Syukur sangat-sangat. 

Alhamdulillah,sekarang anak-anak mama dah jadi 8. Satu jer prinsip yang Ina pegang sekarang. Jangan takut pelihara kucing, jangan takut jika makan korang atau rezeki korang tak mencukupi bila ada kucing. Sebaliknya, rezeki semakin mencurah-curah. 

Percayalah, abundance tu dah ada sekeliling kita. Cuma kita tak nampak dan tak yakin dengan Allah. 

Baru-baru ni beli sangkar besi,makanan kucing, pasir , ubat kutu , tempat najis kucing, syampu dan scoop. Habis lah RM 117.00, Alhamdulillah. Bila dapat shopping barang-barang kucing ni rasa happy sangat. 

Sebab sebelum ada sangkar ni,kucing ni dah pernah bawa lari anak-anak dia.Semalaman juga hilang.Anak-anak dah sedih menangis.Masing-masing dah mula sayangkan kucing ni tau. Keesokan pagi, kucing ni pulang semula ke pangkuan kami.Alhamdulillah.. 



kitten, pelihara kucing murah rezeki, kucing kesayangan,owner kucing
Keluarga kucing



Cantik kan kucing ni? Mata anak-anak kucing ni berwarna biru (dalam ni tak nampak sangat,tetapi duk depan kucing ni baru nampak) .Mungkin untuk sementara lah kot mata biru.Sebab awal lagi kan? Ambil masa 2 minggu untuk baby-baby kucing ni celik mata. 




3 comments:

Powered by Blogger.