Kittens mata biru~ Si Bulus Siam


9:35 AM

Hari ini genap 41 hari  anak-anak bulu tu hidup.Alhamdulillah.. sekejap je dia membesar. Sekarang ni kittens ni 100% menyusu badan ibu dia jer. 



 Pernah cuba bagi kittens ni susu dalam bekas,tetapi masih kecil.Masih tak pandai lagi nak minum sendiri. Urm, plan nak beli botol susu untuk kittens ni. Masih dalam list lagi. Sebabnya Ina nak kumpulkan sekali barang-barang yang perlu dibeli ( pasir kucing, botol susu, susu kittens dan ubat kutu ) .Senang lah sedikit, sekali jalan je kan? Lagipun kedai yang menjual barangan kucing ni pun bukannya dekat sangat. Veterinar pun masih tak bawa jumpa lagi kucing-kucing ni tau. 


Eh, pernah sekali tu.Try bagi susu dengan cara titiskan susu tu atas jari Ina.Geli yang amat.Kittens yang menjilat tu, seram betul.Rasa tajam-tajam gitu lidah dia.Apalagi, jeritlah Ina ni haa. Kan tak pernah seumur hidup pelihara kucing. 



entri lain : Kucing pembawa rezeki 







Gambar atas ni 2 ekor jer. Lagi 2 ekor lagi kittens ( dah lari keluar )masih bermain di luar sangkar. Masing-masing memang pantang betul kalau dapat keluar dari sangkar terutamanya si Tamtam dan Mochi. 2 ekor tu memang suka bermain.Aktif sangat berbanding yang di atas kereta biru.


Setiap petang, anak bongsu (Furqan) memang akan bawa 4 ekor kittens ni jalan-jalan dengan kereta mainan dia ni ha. Tengoklah tu.. 2 ekor kena paksa duduk dalam kereta.  Masing-masing seperti ketakutan. Tetapi pasrah jerlah kittens ni. Kalau tak ikut kata tuan kecik ni, maka duduk lah dalam sangkar tu yerkk? Ahaks~ 



siamneese cat, kucing siam,kittens


Itu satu hal. Untuk check gender kucing tu pun, mak Ina yang datang tengokkan.Hahaha~ Gitu sekali kan? Dekat sebulan umur kittens ni, baru dapat tau gender kittens ni ha.Kelakar tak? Adehh. Dan kittens ni ialah 3 jantan dan 1 ekor betina. 



Seperti yang diberitahu, Ina memang tak pernah mempunyai kucing sebelum ini kan? Jadinya agak kekok lah nak handle 5 ekor kucing. Yang paling Ina geli adalah kutu kucing tu. Eeeee~ geli sangat tau. Lagi-lagi ni Ina pregnant. Lagi cepat nak termuntah tau. Macam mana lah nak buang kutu ni di telinga ibu kucing ni erk? Ada yang kata suruh korek. Ada yang pesan pula hanya titiskan sahaja ubat kutu tu. Tetapi Ina dah cuba titiskan ubat kutu tu tanpa korek telinga kucing. Rasanya macam tak berkesan pun. Gelinyaaaaa~





Ibu kucing dan kittens ni pun tak masuk dalam rumah.Hanya letakkan di dalam sangkar iaitu luar pintu dapur jer. Risau pula bulu-bulu kucing tu berterbangan dalam rumah sebenarnya dan risau juga jika kittens ni terberak dalam rumah. Lagipun Ina memang ada alahan dengan bulu kucing.Tetapi yang ni, alhamdulillah.Takde pula masalah.. 


Kucing ni ada beberapa orang yang dah mula minta nak jaga.Ada juga yang nak beli kittens.Hihihi~ sayanglah nak beri. Lagipun dahulu ini kucing terbiar .Dari bunting sampai beranak pinak Ina pelihara tau. Dengan kittens bermata biru, itu yang jadi tarikan sebenarnya. Ibu kucing tu, masih belum diberi vaksin. 


4 comments:

  1. salute dengan org yg rajin bela kucing,memang seorang yg rajin,kalu cik sue mau mati kang kucing2 semua,pemalas hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ina bela kucing je automatik rajin. Bela pokok,semuanya mati..ekeke. Ni je yang mampu bela sesuai dengan effort.

      Delete
  2. alahai comeinya, kat rumah ni ada 3 ekoq anak2 bulus kecil, tapi kak ana sedih sangat laa nii sebab kucing kesayangan kak ana sekor dah dua minggu tak balik rumah, risau sangat mana dia makan tidur. Follow sini naa #147

    ReplyDelete
    Replies
    1. siannya.. Moga kucing kak ana pulang kembali. Pernah alami juga kucing tak balik. Sedih kan

      Delete

Powered by Blogger.