2 Pasang Kasut Untuk Isteri Kesayangan


10:00 AM
women shoes, kasut sales, VERN's
hadiah birthday 


Hadiah sempena Birthday Girl ( NOVEMBER) | Alhamdulillah, tak minta pun hadiah ni. Tuptup suami ajak masuk kedai kasut VERN's. 


Ikutkan birthday Ina jatuh pada 19th November ( tetapi biasa sambut  yang tercatat pada sijil kelahirana adalah 25 November 1987) 



chicken rice shop, makan lunch di East coast mall
Swafoto sambil menanti order makanan di Chicken Rice Shop


Lunch di Chicken Rice Shop,East Coast Mall 


Lunch di Chicken Rice Shop aje. Tetiba jer suami nak makan nasi.Kebiasaannya jika masuk dalam shopping mall macam ni, mesti makan makanan segera seperti Pizza hut ataupun KFC.Tetapi hari ni makan nasi pula di Chicken Rice Shop. Sedap pula, ada 6 jenis lauk dalam satu set tu. Harga pun untuk set 3 orang makan tu berjumlah RM 59.XX .Memang puashati lah makan di situ.Kenyang sampai petang okehhh. 


Shopping time 



Selepas makan tengahari di East Coast Mall semalam, lantas suami mengajak memasuki ke kedai kasut. Memang tak terfikir pun membeli kasut baru (iyerlah, perut pun hampir memasuki 6 bulan kandungan, asyik fikir barangan baby je). Yang sedia ada pun masih boleh dipakai. Oleh sebab suami nak bayarkan, jadinya ambil lah juga. Bagi menjaga hati suami.



VERN's sales, women shoes,
Tadaa~ ni lah 2 kotak kasut tu



Kasut berwarna beige seakan kuning tu, harganya RM 69.99 sepasang. Manakala kasut bewarna coklat gelap harganya RM 59.99 ( Kasut ni nampak seperti orang tua sikit kan? Ihiks~ biarlah ) Kasut ni memang ada sales. Belian ke-2 baru dapat pada harga RM 10. Iaitu kasut warna ke-2 jadinya berharga hanya RM 10. ( Ehhh, bukan setiap pasang harga RM 10 tau. Ihiks~ kot ada salah faham kee) 


kasut coklat gelap tu lah yang berharga RM 10 selepas ina membeli kasut RM 69.99 .. 

women shoes, VERN's sales,kedai kasut VERN's
kasut yang dibeli 


Kaki pernah jadi macam strok akibat pakai kasut bertumit


Pilihan Ina sangat simple. Ina beli kasut yang jenis flat je. Dulu-dulu pakai juga kasut heels 3 inchi.Oleh sebab pernah dulu kaki hujung tu jadi keras,dah macam nak jadi strok pun ada.Kaki tu jadi keras,tak boleh diluruskan.Huhuhuhu~ menangis tau. 3 kali jadi macam tu.Tetapi selepas stop penggunaan kasut bertumit 3 inchi tu,terus kaki kembali kepada normal. Risau juga jadi strok muda-muda ni. Bagi ina sendiri,biarlah tak cantik tak bergaya mana pun janji kaki sihat tak mencederakan kaki ni, keselesaan yang lebih penting. Lagipun mudah nak kejar anak-anak nanti dalam shopping mall.



Hari Ahad semalam adalah hari yang sangat happy bagi kami seisi keluarga. Reward dari suami setelah berhempas pulas setelah bekerja siang malam. Semoga rezeki suami Ina sentiasa lancar hendakNya. Nak lagi baby bakal dilahirkan pada tahun hadapan pada bulan March 2020. 





No comments:

Powered by Blogger.