Cara-cara Buat Roti Paung



Lama dah tak meroti. Harini bikin Roti Paung untuk keluarga kecil kami. Teruskan pembacaan untuk mengetahui cara-cara buat Roti Paung yang mudah dan lembut hanya sukatan cawan. 




Roti paung lembut, roti paun sukatan cawan




Roti Paung 




Bahan-bahan Roti Paung 


1 sudu kecil Yis ( Boleh guna yis Mauripan atau Brand SAF ) = Beza antara 2 brand ini adalah segi bau. Mauripan berbau kuat sedikit. 
1 sudu Kecil Gula 
sedikit air suam 


Campur 2 bahan diatas serta biarkan ia berbuih. Jika YIS tidak berbuih sila buang yis tersebut kerana Yis tersebut sudah mati. Rosak adunan nanti kalau tak naik.Rugii masa korang yea.


1 Biji Telur 
2 Sudu Besar Marjerin 
3 cawan Tepung High Protein ( guna cawan minum kopi tu )
2 Sudu Besar Nestum kisar halus
Air sejuk ( ikut keras doh )
Sedikit Garam


Cara-cara buat Roti Paung 



  1. Masukkan yis yang telah berbuih tadi di dalam tepung.Seterusnya masukkan telur, marjerin, air sejuk dan nestum ke dalam tepung yang mengandungi yis.
  2.  Gaulkan sehingga ia menjadi serbuk roti.
  3.  Jika adunan lembik,sila tambah sedikit tepung sahaja. 
  4.  Gaul adunan sehingga ia menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
  5.  Uli doh sehingga ia betul-betul lembut iaitu permukaan licin, bukan menggerutu. Yang part ni, memang kena sabar. 
  6.  Uli lebih kurang 30 minit atau 1 jam.
  7.  Rehatkan doh tersebut selama 20 minit.
  8.  Tumbuk-tumbuk doh keluarkan angin.
  9.  Cubit atau gunakan gunting untuk potong doh tersebut kepada saiz yang korang suka.
  10.  Timbang doh 20 gram setiap 1 bola roti.
  11.  Rounding kan roti tersebut agar permukaan roti menjadi licin dan cantik permukaan. 
  12.  Jarakkan antara roti-roti di dalam loyang. Ia akan berubah saiz selepas proses proofing.
  13.  Rehatkan roti untuk proses proofing. Tempoh lebih kurang 2 jam atau roti tersebut naik 2 kali ganda dari saiz asal. 
  14.   Selepas roti di rehatkan, roti akan naik cantik. 
  15.  Sapukan marjerin di dalam loyang tersebut.
  16.  Bakar Roti Paung tersebut suhu 180' selama 20-25 minit. Ini mengikut suhu oven masing-masing. Harini Ina membakar menggunakan Air Fryer.
  17.  Selepas Roti Paung siap dibakar, sapukan permukaan atas roti dengan marjerin. Ini adalah teknik kilatkan roti.
  18.  Sejukkan roti, barulah boleh keluarkan roti di dalam loyang


Tips::    Cara Cepat Roti Naik

Cara penyimpanan Roti 


** Sejukkan roti dan letak dalam plastik.Simpan dalam bekas yang kedap udara. Roti akan kekal lembut selama 3-6 hari.
**  Uli - Rehatkan doh 1 jam - Tumbuk doh keluarkan angin - Bentukkan roti - proofing selama 2 jam untuk hasil roti cantik naik. 



cara penyimpanan roti, teknik ulian tangan meroti, cara buat roti
Roti paung lembut






cara-cara buat roti paung, roti paung lembut, roti paun
Cara-cara Buat Roti Paung 


Akhir kata, selamat mencuba resipi Roti Paung. Ikuti dengan betul cara-cara buat Roti Paung ni yea.Jangan derhaka resipi pula.. 



Catat Ulasan

9 Ulasan

Ana Jingga berkata…
caantik kejaadiannya ina :) mesti sedap makan panas-panas kan
ina berkata…
sedap. Sejuk pun masih lembut.. sis boleh cuba
Siti Awadah berkata…
nampak sedap.. boleh cuba nnti.. tq resepi ni
ina berkata…
selamat mencuba.. terima kasih singgah sini
Siti Yang Menaip berkata…
bessstnyaaa pandai buat roti ! saya ni tangan tak bersni. benda2 macam ni selalu x menjadi. huurmm..
ina berkata…
takpe siti bole cuba. Practise make perfect.Musim RMO ni semua bolehh jadii.
Fieza Sani berkata…
cantik..pandai buat roti..klu akak ni, x tau la jadi ke idak..haha..
mrsliez berkata…
thanks utk resipi.. Liez minat baking2 ni tapi bila bab roti ni mmg payah sikit sbb nak tunggu dia kembang bagai tu..
Cik Nor berkata…
alaa..xde serbuk nestum plk..huhu