Berpantang Moden atau Berpantang Cara Lama



Berpantang Moden atau Berpantang Cara Lama | Dalam tak sedar, kini kandungan sudah pun mencecah di akhir trimester ke- 2. Maknanya dah tak lama lagi dah nak bersalin rupanya Ina ni. Sekarang ni bermacam yang bermain di fikiran. Nak pantang moden atau berpantang cara lama? Boleh jadi stress tu kan?


Sebenarnya , jika diikutkan Ina lebih selesa berpantang cara lama. Dari bersalin anak pertama sehingga anak ke- 3. Ikut cara berpantang orang lama. Maksudnya disini, dari segi pemakanan memang dijaga. Cukup menjaga betul lah orang kata. Memang tak berpantang ikut moden. 





berpantang moden atau berpantang cara lama, penjagaan ketika berpantang
Berpantang Moden atau Berpantang Cara Lama





Berpantang makan 



Bila tubuh badan sudah mulai serasi dengan berpantang cara lama, makanya dengan cara moden badan Ina memang tidak serasi. Contohnya orang kata boleh makan sup daging dalam tempoh berpantang. Jadi, Ina pun ikutlah. Kesudahannya, badan tak boleh terima. Air masak minum banyak lah juga, dan perut jadi sedikit buncit. Nak meraung pula masa tu tau. Kesan ni dapat dilihat, bila berpantang hari ke-40. Sedih sangat.. Anak nombor 1 dan 2 berpantang ketat sedikit, yealah ikut cara lama kan? Tetapi result memang puashati lah.




Entri Hits : Cara Urut Menaikkan Rahim / Peranakan 




Bentan pulak


Dan, semasa berpantang kali ke- 3 tu, memang Ina tukar air minuman. Daripada asalnya berpantang terdahulu hanya minum kopi. Tetapi disebabkan gatal tangan nak mencuba tu. Terpengaruh juga beli kopi segera kopi garam buluh. 


Ya Allah, masa tu dah bentan. Hari ke - 20 berpantang. Mak dah menangis waktu tu tengok Ina. Yealah, dah menggigil badan serta gigi pun dah mengetap ( seolah nak jadi kacip gigi.. hah lebih kurang macam tu ) . Mak nangis bukannya apa, sebab Ina degil tak ikut pantang cara lama. 

Nasib baiklah di ketika itu, mak dan abah duduk sekali serumah dengan Ina. Jadi tak lah panik sangat. Suami dah over panik masa tu tau. Hahaha~  Dia beli minyak panas banyak-banyak. Kelakar betul. 


Selepas dari kejadian tersebut (Atasi masalah bentan ). Mak menyuruh bertungku 3x ganda daripada biasa. Adehhh, itu yang malas. Sebab normal bertungku pun 10 kali sehari yang Ina dapat buat pun. HUhuhu.. itupun kadang culas juga. 


Alhamdulillah , walaupun bentan ketika itu (malam ). Ia tak melarat sangat. Sempatlah sapu minyak panas. Mak tolong urutkan, sebab memang nak mak je urutkan ketika itu. Bisa- bisa badan pun hilang selepas mak urutkan. Nasib lah jenis bentan yang tak turun darah tu. Lagipun ibu jari kaki Ina banyak kali juga asyik tersepak je, Allah masih jaga. Malam tu juga, mak buatkan Ina kopi ( sinseng ) panas. Jenama ni jer yang tubuh badan boleh terima. 





Dari Segi Penjagaan berpantang 



Seperti Ina nyatakan diatas penjagaan berpantang pun ikut cara lama. Dari segi makan , berbengkung dan berjamu. 


Jamu tu memang tak makan pun. Sebab Ina sendiri punyai kelompok dari darah jenis O Positif. Sudah semestinya baby jaundice. Paling lama, adalah anak ke - 3. Baby boy jaundice selama 33 hari. Nak menangis meraung jer rasanya. Walhal apa jamu pun tak makan. Orang kata, kalau tali pusat dah luruh maknanya nanti jaundice anak akan turun. Tetapi itu hanyalah omong kosong sahaja. Perghh! Pusat Furqan hari ke-4 tercabut pun jaundice masih ada.


 Masa ni, suami siap sewa lampu biru ( untuk turunkan kuning baby dengan kadar sewaan RM 1XX.XX sehari ) Jenuh, tak juga turun. 4 hari kami sewa lampu biru tu tau. Akhirnya ke hospital juga dipantau oleh doktor dan nurse disana. 

Berbengkung sewaktu berpantang

Part ni memang penting bagi ibu yang bersalin normal. Memang WAJIB berbengkung kalau korang nak pinggang bab kerengga.Ahaks! Yup.. betul. Memang tak tipu. 


Sewaktu berbengkung, bukan berbengkung kosong. Tetapi Ina ada lumurkan param di perut. Param ni buatan sendiri. Halia tua (1kg) dicampur bersama Cuka masakan sebotol ( masakkan diatas api ). Ini untuk stock sebulan punya. Hasilnya memang perut kecut serta angin keluar lancar. Agak berbau busuk tetapi memang sangat berkesan. Petua asal ini adalah dari nenek saudara Ina yang berketurunan jawa. 


Bengkung ni pun, Ina ikat sendiri jer. Tanpa bantuan suami. Lumurkan param itu tadi pada perut dan ikat bengkung mengikut keselesaan. 


Ps : Lumurkan param 2 kali sehari. Bengkung dibuka sewaktu hendak mandi sahaja. Tidur pun gunakan bengkung bagi menggembalikan saiz perut ke asal.


Nampaknya param ni, Ina kena sediakan 2 minggu sebelum due date ni. Persediaan awal katakan. Maklumlah, pantang kali ini kena berpantang sendiri.Due date pun biasanya awal Ina akan bersalin paling tidak pun 37 weeks dah bersalin. 


Mandian Serom 


Penting mandian serom bagi ibu berpantang kerana ia dapat mengeluarkan angin dan memberi tubuh badan segar sewaktu berpantang.


Dulu- dulu berpantang memang abah jer yang carikan daun untuk mandian serom ni. Orang tua memang kenal segala jenis daun untuk dijadikan mandian serom. Kalau Ina ni, hanya kenal daun pandan dan serai je. Daun lain seperti mengkudu serta lain-lain daun herba memang langsung Ina tak kenal pun. 


Berpantang tahun 2020, plan nak cari mandian serom bunjut je. Kesian pula nak minta abah tolong carikan. Susah juga tu, nak keliling kampung sebelah cari daun tu semua. Lagipun banyak dah pokok- pokok dah ditebang. Hurmmm... 


Berurut 


Nak cari orang yang betul- betul mengurut pun bukannya mudah.Adeh.. bab ni Ina agak cerewet sedikit. Maklumlah, dah pernah terkena semasa berpantang anak pertama lama dulu. Upah tukang urut tetapi tak pandai urut.Tak pandai cari urat. Urut pun macam gosok.  Sedih sangat! Dan paling menakutkan mata si tukang urut tu merah macam biji saga sewaktu urut. Seram weiii! Kat mana dapat si tukang urut tu? Orang yang rekomen kan.Adehh. 


Berpantang ke -2 dan ke -3 tu Tok Ina yang urutkan, dia bidan. Tetapi macam agak sukar lah nak ambil tok. Dia jauh di temerloh. Takde transport, suami pula kerja tak menentu. Hmmm, entahlah. Tak tahu nak cari siapa ni. 




Kali ini, memang Ina berpantang sorang je.Tanpa bantuan sesiapa. Malas nak menyusahkan orang. Kemungkinan nak cari yang memudahkan untuk diri sendiri. Lagipun ada anak 3 orang nak kena uruskan lagi tu. 



Berpantang Moden atau Berpantang cara lama? Mengikut keselesaan tubuh badan korang sebenarnya. Jika tidak serasi, usahlah diteruskan. Seperti Ina lebih selesa dengan cara lama. Alhamdulillah, kali ini mengandung kali ke-4 pula susu badan dah mulai keluar semasa kandungan mencecah 6 bulan ( 24 weeks). Syukur rezeki susu baby awal. Berbeza sangat dengan 3 kandungan terdahulu. Nantikan entri seterusnya yea. Tanpa ubatan dan supplement..  















Catat Ulasan

1 Ulasan

Mrs. A berkata…
Tak pernah ada pengalaman berpantang moden.
Ketiga-tiga anak Mrs. A berpantang cara lama.