Riadah di Pantai Batu Hitam : Pantai yang Unik


Isnin, Disember 30, 2019
Riadah Petang di Pantai Batu Hitam | Akhirnya setelah hampir setengah tahun tak ke pantai, pergi juga bawa anak-anak beriadah di pantai ahad baru-baru ini.


Ikutkan banyak je pantai sepanjang Kuantan ni. Belakang rumah pun ada pantai. Pantai Pelindung, jauh sikit pantai Beserah. Dan jauh lagi dari jarak rumah Ina ialah pantai Batu Hitam. Memandu 15minit juga.


Kesian kat anak-anak je.Asyik terperap bila abah dia asyik bekerja weekend pun. Nak keluar jalan-jalan ke bandar memang tak larat dah bawa perut yang dah mencecah 7 bulan kandungan ni. Tak larat nak duduk je drive kereta. Sakit pinggang.. sakit perut bila baby mengeras.


Tanpa melengahkan masa, selepas je selesai menunaikan solat asar lantas bersiap untuk ke pantai. walaupun cuaca petang semalam acah-acah nak hujan. Nasib baiklah tak terpedaya dengan cuaca petang tu. Beberapa minit duduk dalam kereta cuaca kembali cerah. Nasib baiklah, kami anak beranak dah bersiap nak keluar. Bukan apa, bila berjanji dengan anak-anak ni. Mereka akan ingat sampai bila-bila. Selagi janji tak dilunaskan, selagi itulah asyik bertanya dan terus bertanya..stress nanti mama tau! Setiap minit akan bertanya..


Pantai Batu Hitam yang Unik



Paling Ina suka datang ke sini disebabkan suasana nya meriah. Penuh dengan dengan orang ramai yang bersantai pada hujung minggu. Lagi-lagi cuti sekolah, lagi lah penuh. Takdelah risau akan keselamatan bila berkunjung ke sini walau tanpa suami disisi.


pantai batu hitam, batu hitam Kuantan, riadah
Pantai Batu Hitam,Kuantan



Dan, makanan pula mudah didapati. Terdapat pelbagai gerai makanan dari peniaga disini. Janji korang standby duit je. Layang - layang dan pelampung pun turut dijual disini. Cuma operasi bermula dari tengahari sehingga lewat petang sahaja. Malam takdelah operasinya. Macam di Pantai Teluk Cempedak tu yee.


Pantai Batu Hitam ni memang unik, kalau korang nak tau. Pantai disini ada banyak batu-batu di tepian pantai. Nak jumpa batu hitam ni, korang boleh lah ke bahagian tepi pantai. Ramai pengunjung yang berkumpul disini kerana terdapat banyak anak-anak ikan berkumpul di celahan batu-batu tersebut. Seronok sangat tau! Anak-anak memang suka sangat. Tetapi awas! Kerana batu-batu disini ada segelintir yang tajam dan sudah tentulah licin keadaan batu tersebut.

pantai batu hitam Unik




Sambil makan mangga asam boi bersama anak-anak serta melayan karenah mereka. Best pula, bila tengok  anak-anak gembira je bila berada di pantai ni. Plan dari rumah nak bagi anak-anak mandi pantai. Tetapi seperti yang Ina katakan, memang tak larat nak handle 3 orang ni. Jadinya, cukuplah setakat main pasir pantai dan main air pantai sahaja. Memang happy sangat mereka ni. Berlari berkejaran di pantai.


Macam biasalah, kamera mirrorless memang tak lupa bawa Ina ni. Hihi.. kemana sahaja, wajib bawa. Mudah untuk memotret kenangan orang kata.Ahaks!!


riadah di pantai



Pantai Batu Hitam ni, memang tak pernah buat kami anak beranak jemu tau. Best jee. Boleh tengok keletah pengunjung yang datang kesini. Ada bermain layang-layang,  wau pun ada haritu dan ada yang menyewa ATV.


Pantai Batu Hitam ni juga tempat naiknya kerang-kerang dan juga kepang. Kalau rezeki korang , dapatlah  melihat sendiri depan mata.


Video penuh semasa kami berada di Pantai Batu Hitam boleh ditonton di bawah ini



Riadah di Pantai Batu Hitam : Pantai yang Unik Riadah di Pantai Batu Hitam : Pantai yang Unik Reviewed by azlina ina on Isnin, Disember 30, 2019 Rating: 5

4 ulasan:

  1. bestnya g pantai ina..lama xg pantai..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. best sangat. Hilang kepuasan duduk di rumah

      Padam
  2. Balasan
    1. best sangat, kena angin pantai ni tau. Nak je baring atas pasir pantai tu macam mat salleh, benteng kain.Tapi apakan daya, orang ramai..ehehe

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.