Kehebatan zikir hasbunallah wanikmal wakil. Saya tak pernah tahu untuk Allah bukakan segala kekusutan. Kalau dulu, saya faham dibaca bila mana rasa terancam atau dalam ketakutan yang maha dasyat sahaja. Tahun 2025 sudah berakhir. Di penghujung tahun, pelbagai ujian melanda kami seisi keluarga. Syukur ya Allah, kau telah gantikan dengan kemanisan itu di tahun 2026. Allah bagi saya lost beberapa bulan. Amat memenatkan mental saya ketika itu.
Dalam fasa lost , saya ada berzikir dengan Hasbunallah wanikmal wakil. Lafaz tersebut sehingga saya tertidur. Bila hati berkata lain, otak fikir lain . Saya kata, nak jadi apa lepas ni jadilah. Aku terima!
Panggilan Scammer di hari Ahad ?
Keesokan harinya, di petang Ahad. Suami menerima satu panggilan daripada nombor tidak dikenali. Katanya saya perlu bawa baby ke unit kebakaran untuk ditahan wad. Suami dan saya anggap scammer. Yerlah, hari Ahad ada ke doktor bekerja? hospital kerajaan pula tu.
Tapi, suami teruskan sahaja dengan panggilan tersebut. Kemudian suami tanya soalan kepada doktor tadi. Rupa-rupanya itu memang doktor di bahagian SOPD ( bedah plastik ) . Hahaha. Punya lah teruk kami suami isteri, keliru jadinya.
Bertambah yakin, panggilan tersebut daripada scammer. Sebab doktor cakap Isnin terus daftar masuk wad di Unit Kebakaran. Lagi bertambah pelik, pembedahan Lip Cleft ( yang lalu ) baby ditempatkan di wad kanak-kanak. Sungguh!
Amanah daripada Allah
Ikutkan plan asal doktor, baby Muqarrabin akan lakukan pembedahan pada bulan 2/ 2026. Iaitu pada bulan ramadan. Tapi, Allah berkata tidak! Masya-Allah. Kebetulan ada 1 slot kosong untuk pembedahan plastik ( ada patient last minute cancel sebab sakit ) .
Dengan keadaan tidak bersedia saya dan suami, tapi kami cuba bersangka baik dengan rezeki daripada Allah. Kami reda. Terima dengan hati terbuka. Memandangkan, baby kami sudah 3 bulan pulih dari batuk. Jadi, kami tak nak tungu lama. Kami terima!
Kehebatan zikir
Rasa agak terkejut dengan zikir tersebut. Allah makbulkan apa keadaan saya alami sekarang. Bukan masalah kewangan ketika itu. Mungkin kewangan tidak penting menurut di mata sang pencipta ( keduniaan ). Jadi, Allah bagi rezeki baby Muqarrabin pembedahan awal. Masya-Allah. Ini lebih penting! amanah Allah.
Saya lost
Semakin tertekan, apabila duit dalam bank semakin surut. Bila duit dalam akaun tinggal RM 2 sahaja. Asyik minta pada suami je duitnya. Saya ni independent women, tapi Allah uji sikit. Maka, terpaksa tebalkan muka pada suami untuk minta duit minum kopi Zuss.
Job pula macam slow. Mungkin sebab hati tak tenang. Korang pernah dengar tak perumpamaan ini? bila hati tak tenang, rezeki payah masuk. Malah, duit macam air keluarnya.
Dipendekkan cerita sini, selepas pembedahan baby. Rezeki satu persatu masuk. Klien mita saya buat content pillar di blog ehbelogaku.com dan ada klien setia azlinaghostwriter.com minta saya tuliskan artikel SEO 2000 patah perkataan.
Affiliate sambilan Shopee
Btw, korang saya secara officially dah jadi affiliate Shopee pula dah. Hahaha.
Itulah, dalam duk mengkaji SEO di Shopee. Saya sendiri dah jadi affiliate secara sambilan. Waktu malam saya buat LIVE di sana. Apa pun, Ghostwriter masih di hati. Dalam dunia serba keras, saya struggle mencari duit demi anak-anak. Bantu sikit-sikit suami yang kerja freelance.
Dah minta izin daripada suami. Dia approved! selepas saya tunjukkan komisyen yang dapat hasil jual perabot dan baju raya. Masya-Allah, rezeki ini untuk anak-anak saya dan pasangan.
Maksud Zikir Hasbunallah wanikmal wakil
Dipendekkan cerita, zikir hasbunallah wanikmal wakil sangat powerfull jika kita baca dengan kesungguhan. Reda dengan apa yang Allah nak berikan kepada kita.
Maksud zikir : Cukuplah bagi kami bahawa Allah itu sebagai sebaik-baik pelindung atau penolong.
Diucapkan sebagai tanda kita berserah diri dan bergantung harap (bertawakkal) kepada Allah SWT semata-mata.
Ok, sampai di sini sahaja . Nanti saya akan sambung pada artikel lain tentang pembedahan lelangit baby.