Night Zohor Johor : Kami tunaikan hajat anak-anak

Tak jangka kakak yang berada di Kulai, nak bawa kami ke Night Zoo Johor Bahru. Pada mulanya, saya rasa mesti membosankan. Eh, rupanya tidak! tersergam indah rupa-rupanya zoo. Kami tiba di sana, zoo sudah hampir ditutup tau. Last tiket jam 10 malam. Manakan tidaknya, kami dari Kulai jam 8 malam. Sepanjang jalan pula jem sebab malam minggu. Ditambah pula ada yang baru pulang dari kerja kan?

Selain itu, kami pernah ke Zoo Negara juga. Tapi yang ni, Zoo yang mempunyai keluasan yang besar . Maha dasyat yang ni.

Harga tiket Night Zoo Johor Bahru

Korang nak tau tak, tiket kami beli di kaunter sahaja. Bayaran secara cash. Ada je pilihan pembelian atas talian, tapi kami selesa dengan cash. Kami suami isteri kalau bercuti, memang akan sediakan cash mencukupi. Semuanya untuk anak-anak. Kad bank jarang guna jika bercuti.

Kos tiket kesemua adalah RM 85.00 . Caj termasuk dewasa 4 orang, 1 remaja, 1 pemegang kad OKU, 3 kanak-kanak. Baby bawah 5 tahun tidak dikira bayaran. Masa ni, abang ipar dan kakak ikut. Kalau tiada mereka, mungkin kami tidak sampai ke sini. Haha. Tapi betul lah, jalan nak ke Johor Bahru suami tidak tahu. Dengan jalan jem, risau sampai ke border Singapore.

Pemandangan malam di Zoo, Johor Bahru

Kata suami saya. Zoo ni besar. Sakit bahu lenguh dukung Obin ( 1 tahun 7 bulan ). Entah lah, bagi saya sendiri. Tak pula rasa macam tu. Kami bergilir dukung. Nak bawa stroller tak muat kereta Alza kami. Bonet memang dipenuhi dengan beg anak-anak. Beg saya sendiri pun ada 3 dah situ. Jadi, memang tak pernah bawa stroller.

Pemandangan malam di Zoo, sangat cantik. Ada lampu sekitar laluan antara sangkar haiwan-haiwan tersebut. Saya ok je. Lagi pun kami dewasa 4 orang. Ada beberapa keluarga juga di situ yang kami terserempak sepanjang lawatan.

Cumanya, cuaca di Johor agak panas pada malam itu. berpeluh-peluh juga kami menaiki tangga untuk sampai ke setiap sangkar haiwan tersebut. Ada yang dekat, serta berjauhan dengan haiwan lain. Agaknya berapa pula kilo atau inci yang turun ek? masing-masing baju basah bermandi peluh ya.

Kemudahan di Zoo Johor

Paling saya suka berada di zoo ini adalah kemudahan. Terutamanya untuk masuk ke dalam sangat mesra golongan yang berkerusi roda, warga emas juga. Tandas pun cantik dan bersih. Jadi tidak perlu risau jika anak-anak korang nak membuang air besar dan kecil. Kalau penat berjalan, ada tempat duduk di tepi .Boleh sahaja berehat di situ.

Pakaian untuk aktiviti di Zoo

Saya dan anak-anak berpakaian t-shirt dan seluar panjang sahaja malam tersebut. Anak-anak selesa dengan t shirt sekolah kain jersey dan seluar slack. Manakala, saya mengenakan seluar longgar, baju t-shirt panjang, saya minimal make up ( cukup eyeliner, lukis kening dan sapu serum sedikit ). Lagi pun, memang tahu kalau dah beraktiviti macam tu, memang jadi berpeluh. Mana nak berkejaran dengan anak-anak lagi. Jadi mak-mak ni, segala kemungkinan akan berlaku ( overthinking) .

Tak dinafikan. Langsung tak menyesal beli seluar tu ye. Seluar wide, cawat pun labuh. Berangin betul bila bergerak. Walaupun malam tu cuaca berbahang. Tak jadi masalah pun. Saya gunakan seluar baggy style warna green . Betul-betul tak ikut bentuk paha dan punggung.

Nak pantau anak-anak lagi, sebab saya tidak mengharapkan suami. Orang lelaki dia lain cara mereka berfikir. Mak-mak ni overthinking juga macam saya sendiri. Maklumlah, saya mempunyai anak pemegang kad OKU. Ada masa, Furqan dia akan buat apa-apa di luar jangkaan ( alhamdulillah, cuma bukan jenis tantrum). Memang saya akan berpesan pada anak-anak lain juga untuk pantau adiknya 10 tahun. Kemudian, jaga diri masing-masing.

Perkara utamanya, jangan berpecah jika berada di night Zoo Johor ni. Syukur sangat datang bersama kakak dan abang ipar. Mereka juga bantu saya tengokkan anak-anak. Anak 5 orang, bayangkan macam mana nak kawal kalau dah berada di tempat begitu. Perangai budak-budak ni kan? tak boleh dijangka. ke anak saya sorang je macam tu ek.

Sempat saya rakam kan dalam bentuk video semasa berada di Night Zoo Johor : Tiktok

By Nor Azlina

Minat menulis artikel di blog dan website. Suka cabaran sebagai penulis artikel SEO.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *