Check up di O&G Klinik HTAA Kuantan

Check up di O&G Klinik HTAA Kuantan | Semalam buat pertama kali untuk seumur hidup (walau anak dah nak masuk - 4) kena check up susulan di bahagian O&G.


O&g klinik HTAA, Kes berisiko ibu mengandung,
betapa ramainya orang di klinik O&G Htaa 




Adehhh.. itulah dia. Dulu tak tahu pun O&G ni untuk ibu mengandung juga. Ina fikirkan hanya untuk mereka yang menghadapi masalah kesuburan aje.Rupanya silap jangkaan.. Noob kan Ina? Ehehe..


Isnin,20hb January 2020 appointment bersama doktor pakar. Berdebar nya bukan mainlah. Errr, tekaan Ina pun salah. Ingatkan kena berjumpa doktor pakar di tingkat atas HTAA yang itu.. (ada history sebenarnya,tapi tak apelah) habis je kat situ.


Klinik O&G tu macam klinik kesihatan biasa je. Kena daftar terlebih dahulu, dan untuk pendaftaran disini kena bayaran RM5. Berbeza dengan klinik kesihatan free je. Err, mungkin klinik O&G ni sebab berjumpa dengan pakar.Itulah sebabnya berbayar.  Takpelah.. RM5 jee.


Appointment 8 Pagi



Kat sini hanya pagi sahaja jika ada appointment, sebelah pagi je yang ada doktor. Mungkin petang, doktor sini turun ke bahagian dewan bersalin ataupun jadual kena round wad. Andaian Ina aje okehhh..


Sampai hospital parking memang agak payah. Jadinya Ina lah yang masuk ke hospital dahulu ambil nombor. Kat sini, okay juga servis. Tapi tulah, kencang berdebar Ina ni semalam. Bacaan blood pressure sampai jadi 120/60 . Ahaks! Biasanya 90/60 jee normal.


Biasalah kan, hospital kerajaan.Menunggu sudah menjadi kebiasaan. Jam 10 pagi barulah giliran Ina di panggil. Nurse catat berat badan semasa kandungan,  Blood pressure diambil dan seterusnya kena test urin pula. Nak boleh giliran dipanggil,punyalah azab. Perut pula buat hal. Sakit memulas mulas,walhal bukan nak membuang pun. Saja main-main. Dan pinggang pula mula sakit. Start kandungan 7 bulan lagi, start sakit kalau duduk lama-lama. Rasa macam tercucuk jeee. Contraction mula lah datang ON OFF di ketika menunggu giliran ni pula.


32 weeks Appointment berat baby 2.3kg 



Mulanya risau lah juga. Sebab masa kena tahan wad tempoh hari baby breech dan baby pula tak berapa aktif dalam perut ni ha. Itu sebablah kes Ina dirujuk ke bahagian O&G pula.


Apabila giliran Ina dipanggil oleh doktor. Doktor tanya mengenai pergerakan baby adakah mencukupi atau sebaliknya seterusnya scan perut.


Scan kali ini, doktor tengok air ketuban (13 bacaan.. mencukupi,takde leaking), Placenta ke baby ( supply Ok), dan  heartbeat baby pun cantik graf. Kepala baby pun dah mulai turun ke bawah. Cuma doktor bagitau, kandungan awal dan baby masih boleh berpusing lagi sehinggalah kandungan matang.



Summary check up bersama doktor pakar di bahagian O&G ini adalah doktor memang tak bagi Ina bersalin memgikut due date. Adehh.. disebabkan pergerakan baby tak aktif haritu dan Ina sendiri pun pernah bersalin baby premature di usia 35 weeks kandungan (baby 2.4kg) akibat leaking yang disebabkan oleh masalah keputihan yang teruk.Huhuhu..


Makanya, doktor nak tengok untuk check up 36 weeks (repeat scan) pula. Sama ada nak induce atau sebaliknya. Hurmm.. rasanya macam tak sempatlah kot. Errrr, sebabnya malam tadi pun sudah ada contraction seperti senggugut yang kuat. Pusing ke kiri dan ke kanan pun sakit. Kebiasannya terlentang aje yang baby mengeras.Ini tidak pula. Berak pun dan 4 hari ni, bukanlah cirit birit. Tetapi sakit perut lenguh-lenguh pinggang ni disusuli dengan membuang najis.


Pagi tadi pun sakit macam senggugut lagi dan mengeras cuma tak kerap jee. Bahagian miss V pun dah rasa sakit sangat pagi tadi. Agaknya bukaan serviks sedang berlaku kot. Sama macam kandungan ke-3 dahulu. Sakit seperti senggugut menyerang tu semakin kerap sekali pakej berpeluh-peluh.Terus bergegas ke hospital masa tu bukaan serviks dah 3cm.Hari yang sama juga bersalin.


ibu mengandung, Check up di HTAA
Selfie dulu sementara suami berhenti di stesen minyak


type='text/javascript'>