HERNIA PUSAT


Entri ni mengenai HERNIA PUSAT. Biasa kita dengar baby kena angin pasang kan? yang alat sulit membengkak tuu.. haa. Tau kan? Tapi nie pengalaman my baby kena HERNIA PUSAT.


hernia pusat,pusat baby terkeluar semasa dilahiran,hernia,berak lebih 10 kali malam
macam ni sebijik... nie gambar pak google







HERNIA PUSAT pula, dia bengkak pusat sahaja. Baby aii nie perempuan.Sewaktu dilahirkan baby lahir normal .. ( berat baby 2.7kg dan lahir pada 38 minggu ).Sewaktu aii bersalin baby (Nur Wardina Soffea) amat mudah.. terus buka jalan 5cm dan bersalin. Selepas dilahirkan, doktor india yang memotong pusat baby..terlalu pendek. (Kata abah, doktor salah potong..terlampau pendek.) Hari kedua berpantang di rumah, baby telah menunjukkan tanda pelik..iaitu cirit birit sehingga satu hari 8kali membuang air besar.Bayangkan...sakit tak punggung baby tu( melecet merah). 

Waktu itu, aii dah rasa tak sedap hati.Setelah segala supplement berpantang  aii berhenti makan..tapi cirit birit masih berlarutan .Aii sedapkan hati, katanya baby jaundis kan..nak pulih la nie. Selepas abah aii yang datang dari kampung cakap, nie bukan normal. Terus aii mintak pelbagai petua dari jiran jiran serta orang tua. Hasilnya..GAGAL sama skali.

Kewangan memang tahap paras hidung waktu nie..kikikikki..Mana tidaknya, malam sahaja 8kali tukar pampers,itu belum siang lagi..(Pendek kata,siang malam cirit birit).Hemmm...masa ni aii mampu menangis dan berdoa je pada allah mintak keajaiban berlaku untuk masalah pusat ni.(kalau tengok keadaan,memang ngeri laaa.. bila ditekan pusat baby...ada bunyi.Klap klap klap.Semacam belon yang yang dah kecut tu..mungkin terkenan kott.Wallahualam)


Petua :BABY HERNIA PUSAT 

Setiap kali mandi atau nak tukar pampers, aii sentiasa baca ayat qursi dan selawat 3x sambil layurkan tali pusat (bungkus bersama habatussauda) keatas pusat baby.Sambil sambil juga berdoa.. (nangis dalam hati)



Sebab DOKTOR di klinik kesihatan Desa syorkan Operate pusat.. untuk betulkan masalah usus tersebut ( doktor bagi tarikh, baby sehingga 6bulan jika pusat tak surut bengkak lagi akan di operate )



Hari ke 40 berpantang, pusat baby sudah kembali ke normal ...Allahuakbar!! masa ni rasa nak menangis je...Allah uji begitu sekali kat aii.




soffea 5 tahun, bersalin mudah, hernia pusat
Soffea sekarang dah besar..