4 Rahsia Resipi Donat Gebu Macam Kapas

Sejak kebelakangan ini, donat sudah menjadi antara menu pilihan setiap petang mahupun pagi. Boleh dikatakan WAJIB buat lah donat ni.Dah jadi menu wajib bagi setiap keluarga kan ? Tetapi nak dapatkan donat yang selembut kapas dan tidak menyerap minyak silap-silap semasa menggoreng tu terapung mungkin susah.Betul? Okay, Ina kongsikan rahsia donat lembut seperti kapas ini. 

 
 
Bahan - bahan 



Cara uji Yis jika tak buat, maka tak dapatlah donat selembut kapas tu ( Sebelum gunakan yis, seeloknya test dulu yis samada elok atau tidak )


1. Yis
2. Gula 
3. 1/2 Cawan air suam


Campurkan ke tiga bahan diatas dan biarkan selama 5 minit yis berbuih.Yis akan berbuih seperti teh tarik. Jika yis tidak berbuih,sila buang. Jangan bazirkan waktu korang untuk gunakan yis tersebut.



Bahan-bahan bikin donat selembut kapas 



1. 4 cawan Tepung High Protein ( cawan yang minum kopi tu)
2. 2 Sudu Besar Tepung susu atau 2 Sudu Besar Nestum yang dikisar  ( antara 2 bahan ini adalah antara tips melembutkan donat seperti kapas)
3. 2 Sudu Besar Marjerin 
4. 1 1/2 cawan Air sejuk Mengikut kelembutan doh
5. 1 1/2 cawan gula castor / dusting sugar
5. Minyak untuk menggoreng



Cara-cara :



  1. Masukkan tepung high protein, marjerin, susu tepung dan gaul sebati. Ia akan jadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan air sejuk ( gunakan suhu dalam peti ) . Dengan memasukkan sedikit demi sedikit ikut kelembutan doh. 
  3. Agak-agak adunan sudah menjadi doh. Air jangan letak.
  4. Uli doh tersebut sehingga menjadi licin. Pastikan permukaan doh tidak menggerutu.
  5.  Macam mana nak dapatkan adunan elastik? Cuba masukkan doh tersebut didalam plastik yang bersih. Dan ketuk-ketuk atau campak hempas sedikit. Jangan sampai pecah plastiknya yea. 
  6.  Uli doh dengan gaya seperti kita membasuh pakaian menggunakan tangan. Korang faham tak yea? Uli dan layankan sahaja. Jangan stress okayy. Slow-slow uli. Insyallah doh korang akan jadi elastik.
  7. Masa mengguli tu adalah 30-45 minit untuk betul lembut.
  8. Kemudian rehatkan doh selama 15 minit.
  9. Tumbuk doh, keluarkan angin.
  10. Ambil doh ikut berat 20gram. Bulatkan doh
  11. Terus tebuk lubang donat.
  12. Bila dah naik donat, sudah boleh di goreng.
  13. Guna minyak sedikit untuk menggoreng.
  14. Goreng selama 60 saat sahaja. Kemudian terus balikkan donat tersebut. ulang macam tadi.
  15. Biarkan donat sejuk sebentar. Tabur gula castor. 
  16. Boleh di makan.
 
 

Tips Donat lembut dan cantik 

 
donat lembut macam kapas, donat sedap sukatan cawan,
Selembut kapas . Kejap je dah licin
 
 
 
 
  1. Goreng donat dengan api sederhana. 
  2. Guna minyak sedikit untuk hasilkan RING pada donat. Iaitu di tepi donat ada garisan putih.Tu yang cantik kejadian.
  3. Masukkan doh ke dalam plastik dan hempas / ketuk doh tersebut. Ini adalah cara cepat lembutkan doh. Boleh dapat doh elastik. 
  4. WAJIB guna tepung High Protein untuk dapatkan donat ringan dan juga tak menyerap minyak.
 




proofing donat, donat lembut macam kapas
Donat ni kalau cukup rehat dia mesti jadi lembut dan cantik je permukaan donat tu


taknak bagi liat donat, petua donat lembut gebu
Bila ada kawan-kawan buat donat tak jadi.Terus minta tips.Tips donat lembut macam kapas ni,Ina dah kongsi tips


donat gebu dan mudah, tips donat gebu dan mudah
Gebu donatnya





Berikut merupakan resipi donat lembut dan gebu macam kapas. Jika korang nak makan donat yang lembut dan terapung ketika menggoreng sila cuba gunakan segala tips diatas. Insyallah, selepas ni semakin seronok aktiviti mendonat korang tu. 
 
 
 
 
 
 
 
 


Catat Ulasan

5 Ulasan

Rodiah Amir berkata…
uish lama ya nak uli tu.. nanti nak cuba la.. thanks share resepi
ina berkata…
layan je. Uli dengan tenang aje.. sental-sental macam basuh kain guna tangan macamtu.
iam.umifuzy berkata…
minggu lepas anak2 buat donat...mmg sedap sampai tak cukup hehe
Fieza Sani berkata…
tak berani nak mencuba. takut liat ataupun keras donut tu..hehe
ina berkata…
Ina dulu pun macam tu jugak. Tapi kerap buat donat.Dah tau rentak Dia. Seronok buat donat.