Biskut Coklat Chip Mudah , Rangup dan Gerenti Sedap!

Biskut raya kegemaran ramai. Bagi peminat coklat dan mereka yang gemarkan biskut raya yang rangup bersama kekacang almond. Tak raya pun boleh bikin biskut ni tau.Boleh jadi pengganti biskut chipsmore tu. Jom tengok cara bikin coklat chip mudah , rangup gerenti sedap ni.




sukatan cawan-biskut coklat chip mudah-dan sedap,resepi biskut coklat chip kurang manis, rahsia biskut seperti di kedai bakery
Biskut Coklat chip Mudah, rangup dan gerenti sedap







Biskut Coklat Chip Mudah , Rangup dan Gerenti Sedap!

Bahan-bahan :


250gm Buttercup
4 Cawan Tepung gandum
1/2 cawan gula castor
1 biji kuning telur
100 gram Cip coklat
100 gram Badam cincang
100 gram badam Flakes
3 Sudu Besar Serbuk coklat
1 Sudu kecil Tepung Beras
1 Sudu kecil Baking Powder
1 penutup kecil Butter Oil


Tips kekacang Rangup :


Bakar kekacang tersebut di dalam oven atau air fryer selama 5 minit atau sehingga kacang garing. Agar setiap kunyahan terasa rangup biskut. Bagi memudahkan, Ina hanya bakar di dalam air fryer.


Tips nak biskut wangi macam bakery :


Masukkan sedikit Butter Oil. Semasa bakar biskut, aroma seperti di bakery. 

Cara-cara :::


1. Masukkan butter, telur, dan gula castor gaul sekata.
2. Masukkan butter oil,Cip coklat, badam nibs, badam flakes dan serbuk coklat.
3. Masukkan Baking powder, tepumg beras
4.Masukkan tepung gandum sedikit dahulu. Ikut keras adunan. Jika masih lembik,habiskan tepung.
5. Rehatkan doh setengah jam. Simpan di peti bahagian bawah (chiller)
6. Keluarkan doh. Sapukan tray dengan marjerin.
7. Cubitkan doh sebesar saiz duit 50sen. Tekan dengan garfu untuk nampak cantik.
8. Jarakkan antara doh yea.Sebab ia akan mengembang semasa proses bakar.
9. Bakar biskut pada suhu 180' selama 10 -15 minit (mengikut oven masing-masing)
10. Biskut ni apabila siap masak, atas permukaan biskut nampak lembut. Beberapa minit akan mengeras.Maknanya masak betul lah tu.
11. Sejukkan biskut dan simpan dalam balang



tips biskut rangup, biskut pengganti chipsmore
biskut chip coklat dipenuhi kekacang badam






Ikut resipi ini, Ina dapat 4 tray. Saiz pun lari, sebab anak-anak yang buat.Jika korang nak jual, biskut ini hendaklah dijual mengikut berat.Ia kerana saiz biskut tidak sama saiz antara satu sama lain.



Bagi mendapatkan biskut raya yang rangup, berbau wangi seperti di kedai bakery, dan menghasilkan biskut coklat chip mudah , rangup gerenti sedap. Ikuti setiap langkah demi langkah diatas. Jangan skip langkah diatas yea. Akhir kata, selamat mencuba!



type='text/javascript'>