Soffea Nak Pakai Tudung Setiap Hari la Mama..

Tudung Kanak-Kanak Mudah dipakai dan Selesa | Nak cari tudung kanak-kanak ni, bukan mudah. Silap beli, silap memilih tudung kanak-kanak boleh hilang minat anak-anak bertudung. Jadi, nak bagi anak suka bertudung ia bermula dari pemilihan tudung kanak-kanak.


Menjadi ibu bapa, mestilah kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Bagi yang  mempunyai anak perempuan,pastinya ingin mendidik anak untuk bertudung. Didiklah dari kecil supaya anak bertudung agar auratnya terjaga. 

Sebelum ini, dah banyak duit dihabiskan dengan membeli tudung untuk Soffea. Beli sekali je terus dah tak pakai lagi. 

Kain tudung tebal tak boleh,
Kain tudung jenis awning keras.. dia pula yang cerewet. Awning patah, dah tak boleh digunakan lagi.

Kadang tu kan, Soffea berkongsi tudung dengan saya tau. Hahaha...



4 TIPS PEMILIHAN TUDUNG KANAK-KANAK


Nak bagi anak suka bertudung, ibu bapa WAJIB TAHU tips pemilihan tudung untuk kanak-kanak. Antara tips pemilihan tudung ialah :


1. Mudah Digunakan


Bagi saya, ini adalah syarat utama dalam pemilihan tudung. Pastikan ibu bapa mencari tudung yang mudah digunakan oleh kanak-kanak. Biar Simple tetapi nampak manis dan menutup aurat serta mudah digunakan. 


2. Material


Pemilihan material tudung ni, memerlukan ketelitian.  Jadi, bukan sahaja Soffea sahaja yang cerewet. Saya pun apa kurangnya.

Material tudung nak di beli, mestilah saya cari kain yang lembut. Bukan setakat lembut sahaja, nak juga cari jenis awning lembut. Jenis awning yang tak patah.

Paling penting jenis kain tudung lembut dan sejuk apabila dipakai. Tak berpeluh bila dipakai .


First impression semasa Soffea memakai tudung Si Comel ni.

"Sedap pakai tudung ni mama, rasa sejuk dan tak panas. Soffea nak pakai setiap hari lah"

Alhamdulillah, sejuk hati seorang ibu mendengar bila anak berusia 5 tahun bagitahu macam ni.

Saya apatah lagi. Nak beli lagi tudung kalau macam ni. Masa ini lah kita nak melentur buluh sedari  kecil lagi.

3. Saiz Tudung Bersesuaian dengan Muka Kanak-kanak


Yang ini paling penting, tudung mestilah sesuai dengan bentuk muka kanak-kanak. Jadinya, tak perlu kanak-kanak menggunakan sebarang pin. Dah selamat disitu, tiada pin tajam tercucuk.



4. Kain Mudah Digosok dan Selesa


Bagi kanak-kanak semua tahu, mereka adalah lasak di waktu usia begini. Jadinya, pastikan memilih tudung yang mudah digunakan tak mudah berkedut. Paling penting aliran udara mudah keluar dan masuk. 


 TUDUNG SI COMEL MENJADI PILIHAN


Tudung Si Comel antara pilihan saya untuk Soffea. Soffea ni sebenarnya seorang yang cerewet dalam bertudung. Silap memilih tudung, dia takkan bertudung sampai bila-bila. Sebab sudah pernah terjadi, puas juga la pujuk dia. Nak kembalikan kepercayaan tu bukannya mudah.


tudung kanak-kanak yang mempunyai awning lembut




One Stop Centre Tudung Kanak-kanak

PELBAGAI PILIHAN TUDUNG KANAK-KANAK


Terdapat pelbagai pilihan tudung kanak-kanak yang ada di Tudung Si Comel. Antaranya ialah :


1. Tudung Kasual 
2. Tudung Sekolah
3. Inner


Tudung Kasual 


Terdapat pilihan tudung Kasual seperti Marshmallow Elle , Marshmallow Ruffle Elle, AB Double Loop, Marshmallow Zarra, Smores Collection, Little Maryam , Waffle Collection dan  Truffle Collection.



Tudung Sekolah



Juga terdapat pilihan tudung sekolah di Tudung Si Comel. Antaranya ialah Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Scuba Dagu , Tudung Sekolah Scuba Dagu Labuh, Tudung Sekolah Scuba Dagu Getah. 



Pelbagai Saiz Tudung



Yang ini ekslusif tau.Tudung  Si Comel memang tahu  keperluan saiz tudung anak-anak. Dari saiz bayi 3 tahun ke bawah sehinggalah saiz kanak-kanak 12 tahun. Dan sehingga ke saiz remaja yang berusia 17 tahun. 




Berikut merupakan tips pemilihan tudung bagi kanak-kanak. Serta pengalaman saya sebagai seorang ibu dalam menitikberatkan aurat anak sejak kecil. Walau ia masih kecil, dari kecil kita harus memupuk minat anak bertudung.Jika anda ingin mencari keperluan tudung kanak-kanak yang selesa, awning lembut dan mudah digunakan oleh kanak-kanak. Bukan sahaja tudung jalan-jalan, tudung sekolah pun turut dijual di Tudung Si Comel. Jadi, selepas ini memang ibu-ibu dah tak perlu pening kepala lagi mengenai tudung anak-anak. 



Tudung Si Comel | Tudung awning lembut dan selesa







Layari laman sosial mereka :


Website : TudungSiComel
Facebook : TudungSiComel
Instagram : tudungsicomel



Catat Ulasan

0 Ulasan