Sakitnya, Tulang Punggung! Terjatuh semasa beraktiviti

Allah Nak Gantikan Yang Terbaik |  Begitulah, sejak akhir-akhir ini. Apa sahaja menyusul dalam kehidupan saya sejak akhir-akhir ini. Saya fikir, mungkin allah ingin beri sesuatu kepada saya kelak. Bukankah bersangka baik adalah satu sifat yang bagus? Mungkin di sebalik allah hadirkan ujian, allah ingin hadirkan manis penghujungnya. 

 

Sejak kebelakangan ini, nasib saya dan keluarga tidak begitu baik. Bermula percutian di Rompin, Pahang. Rosak mood kami seisi keluarga. Bukanlah mengeluh, tetapi hakikatnya itulah. Kecewa! Last minutes planning hancur.

 Surprise short vacation katanya, telah membuatkan saya tidak bernasib baik. Semasa beraktiviti di Pantai Hiburan, Rompin. Saya telah terjatuh semasa membawa motor beca. Malang sekali waktu itu. Mungkin silap saya juga. Sakitlah tulang punggung! Terjatuh dan tercampak, jatuh terduduk diatas pasir pantai. Mujurlah penumpang ( 5 ahli keluarga tiada kecederaan) 

 

Seolah sedang lakukan aksi stunt semasa terjatuh tuu..


 Selepas balik dari Rompin, Keesokan harinya saya ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Saya bernasib baik, doktor hanya memberitahu hanya berkaitan urat sahaja.  Tiada menyebabkan masalah tulang retak, apapun tetap kena lakukan pemeriksaan susulan ( X-Tray ).

 

Disebalik ketakutan selama saya dalam kesakitan..

 

  Yang ini pun lucu sebenarnya, bila diingatkan kembali. Selama saya sakit akibat jatuh dari aktiviti lasak. Saya menjadi takut untuk membuang air besar. Iyalah, tulang punggung sakit. Nak duduk lama pun, sakit. Sakit di bahagian tulang punggung. Tulang sulbi tuu. 

Betapa azabnya nak bangkit dari kerusi. Aduii! Seksa tau. 

 

Kembali pulih.. 

Sekarang ni, hanya On supplement kalsium bagi masalah tulang punggung tu. Ubat urat saraf hanya makan jika perlu sahaja. Tetapi dah tak sakit, dah tak perlu makan lagi. 

 

 Alhamdulillah, hari ini 24 September 2020, kembali pulih dari kesakitan tulang punggung.  


Bagi masalah tulang punggung (akibat jatuh ) sakit ni, doktor tidak galakkan untuk berurut.


azlina ghostwriter






 

Catat Ulasan

1 Ulasan

Ana Jingga berkata…
bagus ina buat pemeriksaan sebab bahaya juga bila jatuh ni, maacam kak ana skrg pengidap slip disk tak tahu punca dari mana rasanya tak pernah jatuh tapi tak tahu lah kalau masa remaja dulu ke kan .