TAK SABAR-SABAR NAK PERGI BERCUTI KE PORT Dickson selepas tamat PKP 

 

 

BERCUTI SELEPAS TAMAT PKP

 

 

Genap setahun penularan pandemic Covid-19 yang berlaku di negara Malaysia, semenjak kes pertama di laporkan pada 24 januari 2020 yang lalu.  Susulan penyebaran virus yang kita sendiri tak nampak dengan mata kasar ini, menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berikutan dengan penularan pandemik Covid-19 yang begitu pantas ini, banyak sektor terjejas dan ekonomi merudum.

Nampaknya semua aktiviti biasa kita, dah jadi tak biasa untuk dilakukan. 

Kerja pun tak seperti biasa, apatah lagi aktiviti kesukaan ramai seperti beriadah dan bercuti sekeluarga turut sama terjejas.


Terpaksa cancel

 

cancel bercuti sebab covid
Terpaksa cancel bercuti

 

 

 

Susulan wabak ini juga, pasti ada dalam kalangan korang yang terpaksa membatalkan perancangan untuk bercuti sama ada diluar atau dalam Negara.

Namun, dalam situasi sekarang ini lebih baik kita duduk dirumah. Ikuti SOP yang ditetapkan kerajaan. Kita berusaha bersama-sama untuk membantu semua pihak, membantu frontliners terutamanya untuk mempercepatkan kes penurunan covid-19 dari terus merebak.

 

covid19 kita jaga kita,allah jaga kita

 

 

 

Pastinya, semua orang merindui keadaan normal yang seperti dulu.

Sementara keadaan kembali seperti sedia kala, korang imbau balik kenangan travel dulu-dulu. Maybe lepas semuanya dah okey, dah boleh pergi bercuti balik, boleh jadi rujukan untuk pilihan percutian sekeluarga bukan?


Kalau dulu korang suka pergi tempat yang bersejarah, kali ni apa kata korang cuba tempat yang mendamaikan pula. Kalau korang memang jenis yang sukakan tempat percutian yang menenangkan seperti pantai. Apakata, jom berkunjung dan bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan! 


Port Dickson tumpuan warga kota

Sebut je Port Dickson siapa ya yang tidak tahu sebagai lokasi percutian. Mesti terfikirkan Hotel In Port Dickson yang menarik. Lagi-lagi buat warga kota dari Kuala Lumpur. Mereka yang dari Ipoh dan Melaka yang mengambil masa 1 ke 2 jam lebih untuk travel ke Port Dickson, korang tak patut untuk lepaskan percutian kali ini. Kedudukannya yang strategik dan mendamaikan untuk pencinta pantai, memang WAJIB ke sini !


Korang bayangkan,


Ada yang datang dari negeri Johor, Pahang, dari negeri utara dan pantai timur tau. Mereka sanggup ke Port Dickson sebagai destinasi percutian pilihan mereka kerana pantainya menjadi tumpuan orang ramai. Dan di sana, juga mempunyai banyak pilihan Hotel

 

Okey, jom cerita 3 pantai menarik di Port Dickson ni :


Pantai teluk kemang

pantai teluk kemang
pantai Teluk Kemang





Tarikan pantai teluk kemang ni semestinya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Buat pencinta pantai, masa ni juga untuk korang explore dan boleh mencuba aktiviti seperti paragliding, jet ski dan banana boat.

Banyak juga tempat makan, kepada ‘kaki makan’ tak perlu susah hati ye hihi. Kedai juga banyak kat sini untuk korang beli t-shirt, pelampung atau kalau korang nak beli buah tangan pun banyak juga pilihan yang boleh dipilih.

Ohh ya, yang bawa anak-anak. Turut disediakan dataran teluk kemang. Banyak aktiviti seperti berbasikal, kereta control dan sebagainya. Konfemm anak pun enjoy nanti. 

Jujurnya, pantai Teluk Kemang ini sangatlah meriah. Yang pasti, korang takkan bosan kesini!

 

Pantai Saujana