INTROVERT! Nak Tak Buat LIVE? Meh sini, baca 7 Tips LIVE Buat si Introvert

 Rasa macam mimpi saya dah Breakthrough! 

Sungguh! Alhamdulillah, segalanya dengan izin allah. Saya dah breakthrough pada tahun 2021. Saya kecapi kejayaan sekecil-kecil ini. Memang tak sangka seorang introvert dapat lakukan perkara macam ni. Saya berjaya buat LIVE berturut-turut selama 4 hari tanpa henti.

Introvert kot? Takkan tak tahu, introvert tu penakut orangnya. Sejenis individu yang tak yakin pada diri juga. Dan takut untuk berhadapan depan orang ramai. Takut nak bercakap. Takut nak meluahkan pendapat. Pendek kata, orang INTROVERT ni KING dalam segala jenis PENAKUT! Tapi alhamdulillah, allah mudahkan urusan saya.  Jalan saya sebagai seorang Ghost Writer. 

 

 

INTROVERT! Nak Tak Buat LIVE? Meh sini, baca 7 Tips LIVE Buat si Introvert
INTROVERT! Nak Tak Buat LIVE? Meh sini, baca 7 Tips LIVE Buat si Introvert

 

Entri ini, bukanlah nak bercerita mengenai seorang ghost writer. Tetapi saya nak bercerita mengenai sikap introvert saya ni.

Ya, syukur ke hadrat Ilahi. Saya kini menjadi lebih berani. Saya seperti menjadi individu lain seperti sebelum-sebelum ini. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. allah sahaja yang berhak di sembah bukan selain allah.


Berikutan kes, saya sebenarnya bosan buat content secara bertulis. Dan apabila bosan, maka.., jadilah content LIVE pula. Setiap hari secara berturut-turut LIVE setiap jam 6 petang.

Pada awalnya saya LIVE, takde topik khusus. Memang kelakar! Rasa plastik jer, dan seolah kaku semasa LIVE pertama. Berpeluh-peluh saya semasa LIVE tau. Dan apa yang kelakarnya, saya ni bahasakan diri saya sebagai AZLINA. Walhal, semua content bertulis saya bahasakan diri dengan panggilan 'Saya'. Ini lain pula jadinya..


LIVE hari pertama > https://www.facebook.com/100001148648765/videos/3804506146264303/


LIVE hari ke-2 saya sudah mempunyai topik untuk perbincangan. Saya LIVE seorang sahaja. Saya lebih kepada membebel, saya buat storytelling. Konon janji nak LIVE 5 minit, sebaliknya lebih 10 minit keatas pula. Begitulah saya, saya tak pandai pula nak bersembang pendek. Lagi-lagi topik kesukaan saya. Haha. Topik kesukaan saya ni tentulah Motivasi / inspirasi, saya suka berkongsi pengalaman saya dalam bidang ghost writer.


LIVE hari ke- 2 , bertajuk : Saya buat tak jadi, tapi orang lain buat menjadi

https://www.facebook.com/100001148648765/videos/3807307159317535/

 

 LIVE hari ke- 3 :


Hari ke-3 LIVE, bertajuk : Bongkar Potensi Diri 

https://www.facebook.com/100001148648765/videos/3810283995686518/

 

LIVE hari ke-3 saya jadi gugup kembali. Mungkin saya ni, lambat masuk set. Hahaha~ walau bagimana pun, saya tetap meneruskan sesi LIVE selama 16 minit. Fuhh, lama kan? Banyak sembang. Tapi alhamdulillah, ada point berguna untuk tontonan umum. 

 

LIVE hari ke- 4 :


Hari Jumaat, sesi LIVE ke- 4. Alhamdulillah. Yang ini saya paling suka tajuk ni. Saya kupas secara details di sini > https://www.facebook.com/100001148648765/videos/3813220855392832/

Tajuk LIVE ke-4 : WHY. Ada 3 jenis WHY yang kalian patut tahu jika kalian berbisnes.

 LIVE jumaat ni, saya perasankan. Saya sudah ada penonton tetap. Alhamdulillah. Walau tak banyak, saya bersyukur sangat.



7 TIPS BAGI MEREKA NAK BUAT LIVE :


#1.  Sediakan Tajuk LIVE 

Iya, untuk kelancaran sesuatu LIVE. Mesti perlukan tajuk bersesuaian dengan kalian. Lebih elok lagi tajuk LIVE mesti dalam niche kalian. Serta tajuk juga mesti mempunyai persamaan dengan penonton. Pendek kata, banyak titik persamaan dengan ramai orang.

 

#2. Bersedia

Maksudnya, andai kata nak buat LIVE. Kalian mesti bersedia. sehari sebelum LIVE, buat persediaan. Catat dalam buku, apa nak di bincangkan. Sebab nanti, kalau tak di catat, kalian akan lupa point penting untuk bercakap dalam LIVE.

Setting prop kita, Lighting , kamera dan internet kita. Periksa semua. 


#3. Jadi Diri Sendiri 

Ya, ini paling penting. Kalian tengok, kegagalan LIVE hari pertama saya. Saya tak bersedia. Tak jadi diri sendiri. Kaku membeku macam tu.

Kat sini, kita jadi diri kita. Tonjolkan diri kita dalam sesi LIVE.

 

#4.  Berinteraksi dengan Audiens

Penting untuk berkomunikasi bersama penonton. Andai kata ada komen di LIVE dari penonton, jawab pertanyaan mereka. 


#5. Jangan Asyik betulkan tudung

Juga mustahak point ini, semasa LIVE. Tolong jangan main-main betulkan tudung sepanjang sesi LIVE berlangsung. Nanti audiens tertanya dan hilang fokus dengan sesi LIVE kalian.


#6. Asyik bertanya-tanya

Paling bahaya. Jangan lah asyik bertanya-tanya suara jelas ke tidak. Nanti, masa kalian yang rugi dalam sesi live tu. Ingat ya! Teruskan sahaja.


#7. Tunggu VIEWS Naik

Lagi merbahaya! Jangan nak tunggu viewers naik, baru nak bermula sesi LIVE kalian. Ingat tu! Teruskan sahaja sesi LIVE. Jika kalian nak tunggu viewers menaik, memang takkan bermula agaknya sesi LIVE tu. Ingat ya, kita bukan Dato Siti Nurhaliza. Jadi, kita teruskan LIVE. Jangan merugikan masa. 


Kesimpulannya, buatlah LIVE yang bermanfaat. Dan LIVE yang mengandungi content yang berguna serta memberi ilmu kepada penonton kalian. Nak selitkan menjual pun boleh dalam sesi LIVE tersebut, cuma sambil-sambil sahaja. Bukan secara hardsell. Takut terus takde orang tengok. Ingat! Zaman sekarang, orang dahagakan content ya. 


Ada sesiapa yang nak saya buatkan content LIVE? Boleh. saya boleh tuliskan untuk kalian. Whatsapp je ke nombor 0189107161 atau picit link > wasap.my/60189107161/CONTENTLIVE

Catat Ulasan

0 Ulasan