9 Amalan untuk keluar dari Kekusutan dan kekal positif

    Akhir-akhir ini, ramai individu yang mengalami emosi terganggu akibat pandemik covid19. Berkenaan kes yang tidak tahu bila berkesudahan serta pendapatan terjejas. Jadi , bagi mengalami masalah tersebut, apa kata kita bersama mengamalkan 9 amalan berkesan untuk keluar dari kekusutan dan kekal positif. 

 

keluar dari kekusutan
9 amalan untuk keluar dari kekusutan dan kekal positif,  ini dapat merubah kehidupan anda yang membaca serta mengamalkan.






9 Amalan Berkesan untuk keluar dari kekusutan dan kekal positif.


     1. Bangun sepertiga malam,lakukan Solat Sunat 


        Solat hajat , taubat dan tahajud. Mengadu pada Allah, bercerita pada-Nya.

 

     2. Solat Sunat sebelum Solat Subuh

 

Hanya 2 rakaat sahaja. Dan, solat sunat juga dikatakan pembuka rezeki. 

   

     3. Segerakan Solat


        Jangan melambatkan suruhan Allah.

  

     4. Sedekah subuh


    Buat tanpa putus. Hasilnya luarbiasa. Salah satunya rezeki akan berlumba-lumba masuk kepada kita.

 

   5. Membaca Al-Quran


    Baca lah , walau 1 helaian muka surat al-quran sehari sudah memadai. Tapi jika lakukan setiap kali selepas solat pun lagi bagus.

 

Saranan saya, baca surah Al-Kahfi. Surah ini sangat bagus untuk menghadapi dunia yang penuh kejam ini. Jiwa stabil, fikiran tenang dengan membaca surah ini selepas solat wajib. Iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. 

 

Baca ayat 1-10 terawal al-kahfi, dan 1-10 akhir ayat. Baca Al-kahfi penuh paa hari khamis dan sambung bacanya pada hari Jumaat. 

       

   6. Jangan tidur selepas Subuh


    Salah satu punca rezeki 'lari' , jika tidur selepas subuh. 


    

   7. Dengar ceramah agama atau motivasi pagi 

 

      Salah satu cara  mengekalkan momentum dan aura positif. 


    

   8. Solat Dhuha


    Salah satu cara menjemput rezeki. Tapi jangan anggap dhuha untuk kerezekian semata, tapi ia lebih daripada itu.

 

   9. Zikir 


    Perbanyakkan zikir. Berzikir dan fahami maksud zikir yang diamalkan. 

 

 

    Mungkin amalan ini nampak berat nak diamalkan, betul tak? Tetapi percayalah. Hasil memang sangat luarbiasa. Ikhlaskan diri anda untuk beribadah kepada allah. Tidur jam 10 malam, selewatnya. Dan, bangkitlah seawal jam 3 pagi atau 4 pagi bagi melakukan solat sunat seperti diatas. Insyallah, bila dah biasa anda akan sayang untuk tinggalkan. Lain-lain amalan, anda bolehlah berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis setiap minggu. 

 

Selain itu juga, amalan diatas juga menjadi pendinding diri daripada gangguan makhluk halus dan syaitan. 



     Tip ini saya ikhlas berkongsi dengan anda semua.  Semoga 9 amalan untuk keluar dari kekusutan dan kekal positif,  ini dapat merubah kehidupan anda yang membaca serta mengamalkan.




type='text/javascript'>