Pengalaman Menyertai Pertandingan Anekdot


Jumaat, September 10, 2021

     Sebelum ini, aku menulis anekdot ikut rasa. Main langgar sahaja tanpa mengikut format. Eh, kalian tahu tak apa itu Anekdot? anekdot ialah satu cerita pendek ( tapi bukan lah cerpen ). Cuma ianya sama seperti cerpen. Yang membezakan anekdot ialah panjang satu kisah. Ia juga adalah kisah lawak atau jenaka yang ingin disampaikan dan memberi pengajaran kepada pembaca.

 

 

anekdot

 Masa ni, aku sibuk sebenarnya. Mana nak uruskan manuskrip, jaga page client dan siapkan tempahan copywriting. Masyallah tabarakallah.. mungkin ini rezeki aku, allah berikan aku cukup masa untuk sertai pertandingan anekdot.

 


    Pengalaman Ikuti Pertandingan anekdot


    Dah nak menjadi rezeki aku barangkali, baru terdetik di hati nak belajar anekdot. Masyallah tabarakallah.. allah berikan aku rezeki bagi menyertai satu pertandingan menulis anekdot. Allahuakbar! memang terasa bersyukur sangat. Kebetulan jari-jemariku gatal nak stalk twitter. Dan, terjumpa satu bebenang daripada cikgu menulis yang aku sertai kelas Penulisan Ramadan iaitu Tuan Zamri Mohamad.


 

Di bimbing oleh Cikgu Penulisan Virtual Ramadan

 

    Alhamdulillah, jumpa dengan cikgu penulisan yang betul. Kebetulan pertandingan anekdot tu, Tuan Zamri yang membimbing untuk penyertaan dari kelas penulisan ramadan yang lalu. Bukan semua yang boleh sertai pertandingan anekdot tersebut. Sebab ada syarat tertentu, antara syarat utama adalah peserta mesti terdiri daripada negeri-negeri yang di sebut. Kebetulan sangat, ada dari pahang. Sempat lah nama aku terpilih.

 

    Apa yang mengejutkan aku semasa berada dalam peserta anekdot itu adalah, satu group telegram telah di cipta bagi peserta yang mengambil bahagian. Ada sesi zoom meeting di separuh hari. Calon-calon pun bukan sembarangan. Ada yang memang betul penulis aktif iaitu memang yang pernah terbitkan naskah buku. Kiranya nama besar juga masa tu, jika nak bandingkan aku seorang penulis upahan atau ghostwriter yang baru sahaja terbitkan buku antalogi. Apapun, aku juga bersyukur sebab berada dalam kelompok tersebut. Boleh lah aku sedut ilmu-ilmu penulisan dan bertukar pendapat dalam sesi zoom meeting. 

 

 

Komitmen

 

    Ya, komitmen memang penting. Lagi-lagi cikgu sendiri sudah belanjakan ilmu mahalnya kepada peserta. Jadi, kami sebagai peserta kena tumpukan masa kepada sesi zoom dan dalam group telegram tersebut.  Separuh hari kelas zoom meeting bagi anekdot.


     Kami di kenalkan dengan  anekdot dengan lebih mendalam. Apa yang aku belajar dari sesi zoom meeting tersebut adalah :


1. Anekdot dengan 500 patah perkataan, 20 perenggan, 25 patah perkataan . Syarat pertandingan anekdot haritu.


2. Semasa menulis anekdot atau apa sahaja jenis penulisan, kita mestilah menulis sahaja dahulu tanpa perlu edit. Menulis lah apa yang kita ingin cerita. Keluarkan segala idea yang ada di minda.


3. Peram penulisan kita selama satu hari setelah siap menulis. Ini bagi minda kita berehat, tidak stress.


4. Kemudian, keesokan hari barulah kalian baca penulisan tadi. Baca secara kuat. Untuk apa baca secara kuat? ia bagi mengesan kesalahan penggunaan ayat. 


5. Seterusnya, proses suntingan tatabahasa. Jika berlaku pengulangan ayat, kalian akan dapat mengesan dengan bacaan secara kuat tadi pada setiap perenggan. Peringkat ini, mengesan dan godam kesalahan. Jika perlu betulkan tanda bacaan serta ejaan di setiap ayat.


6. Untuk satu-satu penceritaan itu kelihatan menarik adalah dengan menambah dialog dalam penceritaan. Menulis dengan bawa jiwa kita dalam setiap penulisan.


     Ini lah antara 2 hari sesi pembelajaran secara zoom meting. Setiap peserta hendaklah mempunyai idea ( draf atau point penting ) untuk anekdot sebelum sesi zoom bermula. Alhamdulillah, walaupun rezeki tidak berpihak padaku tetapi ilmu yang aku ada ini mampu buat aku puashati. Kadang kala, melalui anekdot aku tulis di status facebook ada client yang menyuntingku dengan kerja-kerja sebagai penulis upahan iaitu Ghostwriter




Pengalaman Menyertai Pertandingan Anekdot Pengalaman Menyertai Pertandingan Anekdot Reviewed by azlina ina on Jumaat, September 10, 2021 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.