Malam yang luarbiasa, jika allah kehendak

 

Kisah semalam, kisah luarbiasa kami.
 
Kisahnya, mahu sambut birthday Furqan sambil menikmati keindahan malam di bandar Kuantan. Tempat viral kononnya.


 

 

kuantan
makan-makan di kuantan

 

Bayangkan, sejam cari kedai makan tu langsung tak jumpa. Puas pusing bandar Kuantan. Dah WhatsApp tuan kedai tapi masih tak jumpa. Tapi takpelah, mungkin takde rezeki nikmati keindahan malam tadi di bangunan tersebut. Dah gunakan waze, boleh pula jadi connection lost beberapa kali,


    Kemudian, suami teruskan pencarian kedai makan yang mengena selera dia pula. Entah lah, malam tu tiba-tiba kami jadi cerewet memilih makan malam.  Cari kedai makan, ada yang penuh. Ada yang dah tak berniaga lagi. Dari bandar, suami tekan minyak terus ke batu hitam. Dan, situ pun tutup restoran. 

Allahuakbar. Ujian apakah malam tadi.


Lalu, suami mengajak ku pulang terus ke rumah. Katanya, dah tak sedap hati lagi.
Kami balik dengan perut kosong, dan makan apa yang ada di dalam stok simpanan makanan kami. Sungguh, malam tadi adalah malam yang tiada rezeki untuk menyambut birthday Furqan. 


Begitulah kisah malam tadi. 2 hari berderet-deret pula pada minggu lalu, kami hampir accident. Walhal ayat penggerak sudah di baca. 

 

 

ayat penggerak

  • Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
  • Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

 

Info dari :Islamituindah


 

 Walaupun anak-anak pulang dengan hampa, mujurlah mereka faham dengan situasi tersebut serta abahnya menggantikan aktiviti pada  keesokan harinya. 


"cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami"
Maksud Ayat Ali Imran 173. 

 

 

type='text/javascript'>